48

49 7 0
                                    

"no, no, no. Shit!"

Pisau ditangannya dicampak ke tepi. Kedua-duanya tangan Zayn basah dengan darah milik Leia yang sudah meringkuk di atas lantai. Menahan kesakitan. Darah membuak keluar dari luka tusukan. Makin parah kerana dia lepas kehilangan banyak darah.

Zayn cuba tidak panik. Cepat-cepat dia meluru ke arah button kecemasan di katil pesakit. Ditekan berkali-kali agar cepat bantuan sampai. Dia kembali ke arah Leia. Jantungnya berdegup kencang. Peluh jatuh ke dahi dibiarkan saja.

"Leia..sabar.. tahan!" Itu saja mampu dia ucapkan. Leia meringis kesakitan.

"Zayn! Leia! Apa jadi ni?!?"

Zayn memalingkan wajah ke arah pintu. Ieirish! Bad timing.. pasti Isterinya fikir bukan-bukan. Dia berpaling kepada Leia semula. Sesaat dia sedar yang gadis ini mungkin sudah rancang dari awal.. memerangkapnya.

"Cik ke tepi! Tolong ke tepi!" Beberapa jururawat memasuki bilik rawatan itu lepas menolak Ieirish yang menghalang jalan mereka. Ieirish kaku di tempatnya berdiri. Memandang suaminya dengan wajah penuh persoalan..

Mata jatuh pada tangan Zayn yang ada kesan darah. Ieirish tak sedap hati. Dia berharap apa yang dia fikir.. tak berlaku.

Jururawat dan Doktor menguruskan Leia. Zayn melangkah ke arah isterinya yang masih terkejut besar. "Sayang.."

"Apa awak buat dekat sini, Zayn? Apa.. awak kata awak kerja.."

Zayn terdiam. Kantoi dia menipu Ieirish.

"Saya habis kerja awal.. saya—" Ieirish menarik lengan jaket leather Zayn. Posisi mereka begitu dekat..

"Awak gila ke, Zayn? Kenapa awak buat Leia macam ni? Saya nampak pisau tu ada darah.." bisik Ieirish perlahan-lahan. Mungkin tak mahu menarik perhatian.

"I can explain, Sayang.."

"You stabbed her. I saw it.. how can you do this to her? Awak kejam, Zayn.." Zayn sudah mati akal. Dia jelaskan pun pasti Isterinya takkan percaya.

"Cik..Encik..tolong keluar dari bilik rawatan dengan kadar segera." Seorang jururawat lelaki meminta mereka berdua keluar. Ieirish mahu membantah tapi melihatkan situasi tegang itu terpaksa dia akur. Keluar saja dari sana Zayn meminta diri untuk membasuh tangannya yang kotor dengan darah. Meminta supaya Ieirish tidak ke mana-mana.

Ieirish melabuhkan punggung pada bangku yang kosong berdekatan bilik rawatan Leia. Dia masih terkejut. Tak percaya dengan apa yang terjadi.

Betul ke Zayn tikam Leia? Dia nak menafikan tapi matanya tak buta. Jelas-jelas dia nampak Zayn menarik pisau itu dari perut Leia. Argh! Serabut!

Memikirkannya saja membuatkan Ieirish rasa loya.

Ieirish memerhatikan gerak keluar masuk jururawat dari bilik Leia. Kelam kabut. Dia berdoa supaya Leia selamat. Harap-harap lukanya tidak teruk sangat.

"Ieirish? Apa awak buat dekat sini? Kenapa tak masuk?" Ieirish kaget dengan kehadiran Haydar tiba-tiba itu. Di sisinya terdapat Ku Ameera. Ibu angkatnya. Dia pantas berdiri. "Bonda.."

Ku Ameera senyum nipis. Ieirish segera menyalami orang tua itu tanda hormat. Kemudian kembali fokus kepada pertanyaan Haydar.

"Leia..doktor tengah rawat dia.. nurse suruh tunggu dekat luar.." Ieirish tidak membuka cerita mengenai Zayn.

"Bonda tunggu kejap.. Haydar nak masuk dulu"  Tanpa menunggu jawapan, Haydar meredah masuk bilik rawatan itu dengan mudah. Nurse pun tak menghalaunya keluar semula. Ieirish agak Haydar ada kebenaran untuk kekal di dalam sana.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now