31

87 9 1
                                    

"hai Encik Elmir!"

Bahu Zayn Qaiser dicuit dari belakang. Dia berpaling ke arah empunya suara yang asing itu. Seorang gadis memakai mask hitam menutupi sebahagian wajahnya. Namun dia dapat katakan gadis itu tersenyum kerana 'eye smile' nya.

Kenalan Elmir agaknya.

"Ya?" Layan aja lah. Sambil-sambil tunggu Ieirish datang menjemputnya di KLIA.

"Mak Encik suka ke bunga haritu? Ah! Awak kerja pilot ke? Baru balik ke?" Gadis itu memandangnya atas bawah kerana uniform kerjanya itu. Zayn Qaiser perlahan mengangguk.

"Woah! Mesti best dapat travel macam-macam tempat! Saya pun baru sampai Malaysia ni. Tak sangka jumpa Encik Elmir dekat sini hehe.."

Baru saja Zayn Qaiser mahu menjelaskan dia bukan Elmir tapi seseorang tiba-tiba mencelah di antara mereka.

"Sorry saya baru sampai! Lama ke awak tunggu?" Lengannya dirangkul lembut oleh Ieirish Meryam. Dia senyum manis kepada sang isteri. Baru tinggal beberapa hari dah rindu yang teramat!

"Oh my God!" Ucap gadis tadi bernada terkejut. Mereka berdua melihatnya.

"Siapa ni? Kawan awak ke?" Soal Ieirish perlahan.

"Bukan, Bunny. I think kawan Elmir.."

Ieirish mengangguk paham. Dia pandang orang itu atas bawah. Nampak familiar je..

"Kawan Elmir ya?" Soal Ieirish mesra.

"Bukan! Encik Elmir customer saya! And..awak Aeisha eh?"

Zayn dan Ieirish serentak memandang satu sama lain dengan wajah pelik.

"Muka kita betul-betul sama!" Tiba-tiba tangan Ieirish diraih oleh orang itu.

"Nice to meet you, Aeisha!"

"Eh tak tak! Saya bukan Aeisha! Awak salah faham ni!" Ieirish cuba membetulkan salah faham yang terjadi.

"Ye ke? Tapi Encik Elmir kata muka Aeisha sama dengan saya.." orangnya menurunkan mask yang dipakai. Mata Ieirish terbuka luas. Orang itu memiliki wajah yang sama dengan Ku Aeisha. Malah seiras melebihi dirinya!

"Kalau macam tu.." Gadis itu menghadiahkan senyuman manis kepada Ieirish.

"Saya Leia...senang dapat berjumpa awak! Nama awak apa ya?" Soalnya mesra dan ceria.

Lidah Ieirish kelu. Kerana terlebih ikutkan perasaan dia menarik tubuh Leia ke dalam dakapannya. Gadis itu kaget kerana tindakan Ieirish. Namun dia biarkan saja.

"Bunny...enough. Dia bukan Aeisha.." Zayn Qaiser cuba menarik bahu Ieirish dari Leia.

"Tak apa! Biarkan.. saya okay!" Zayn menjatuhkan tangannya ke sisi. Untung lah orang itu faham situasi isterinya. Sejujurnya, dia pun terkejut bila melihat wajah gadis itu. 100% sama dengan Ku Aeisha versi tidak memakai sebarang make up pada wajah.

"Aku rindukan kau, Aeisha.." bisik Ieirish. Wajahnya jatuh pada bahu Leia. Leia mengosok belakang Ieirish.

"Aku pun rindukan kau.." ucapnya. Ieirish mengeratkan lagi pelukan itu. Dia tahu itu bukan Ku Aeisha tapi hatinya berat mahu melepaskan.

"Kadang-kadang kita kena terima seseorang tak ditakdirkan untuk bersama kita hingga ke akhir hayat...saya tahu sakitnya perpisahan. Saya faham.." ucapnya lembut. Ieirish melepaskan pelukan perlahan-lahan. Dia pandang wajah Leia.

"Maaf Leia..pasti awak tak selesa.." Leia menggeleng kepala.

"Saya yakin segala pertemuan manusia pasti ada sebabnya...entah baik atau buruk. Itu semua ketentuan tuhan." Ieirish mengangguk. Leia berperwatakan positif itu menyenangkan hatinya.

"Ah! Kira Encik Elmir dah kahwin? Saya ingatkan bujang lagi. Staff saya haritu berkenan dekat Encik tau.. mesti kemurungan dia kalau tahu.." cerita Leia dengan ketawa kecil di akhir ayatnya.

"Saya bukan Elmir. Saya abang kembar dia.."

"Haha. Pandai betul bergurau Encik Elmir ni. Dia gurau kan?" Leia meminta jawapan dari Ieirish. Wajahnya jelas-jelas dah kelihatan cemas. Ieirish menyimpan senyum geli hati.

"Ni suami saya, Zayn.."

Leia tergangga kecil. Dia pantas meminta maaf. Malu malu!

"Patutlah suami awak tengok saya macam tak kenal! Ingatkan sombong!" Cerita Leia dengan muka serba salah.

"Dah biasa dah..." Balas Zayn Qaiser. Ieirish menjeling suaminya. Apa biasa? Lain je bunyi.

"Kirim salam lah dekat Encik Elmir. Tak sempat haritu tukar-tukar nombor dengan dia." Leia tayang muka sedih pula. Drama je tu.

Ieirish fikir sejenak. Dia bukan apa. Bila tengok gadis ini seperti naif dan baik. Dia takut Elmir menghancurkan Leia jika berkenalan lebih mendalam. Dia dah tak percayakan lelaki tak guna itu.

"Awak.."

"Iya?"

"Kalau boleh jangan dekat sangat dengan Elmir.."

Dahi Leia berkerut seribu. Pelik.

"Kenapa? Saya dengan dia customer and seller je. Tak lebih!" Gelabah dia menerangkan.

"Bukan-bukan...Dengar je. Okay? Untuk kebaikan awak juga.." Leia pandang suami isteri silih berganti. Mungkin hubungan mereka tidak berapa elok. Agaknya itu lah sebab Ieirish menasihatinya begitu.

Leia angguk kepala.

"Okay lah. Kami kena pergi dulu. Ada janji dengan mak mentua saya..awak, kita boleh jumpa lagi tak lepas ni?" Soal Ieirish penuh berharap gadis itu setuju. Takut juga kalau Leia tidak selesa dengan tindakannya itu.

"Boleh je!" Leia mengeluarkan kad business miliknya dan diberikan kepada Ieirish. Apa-apa boleh saja hubunginya.

"Thanks Leia. Nice to meet you today. See you again.." Ieirish memeluk gadis itu sesaat. Dia pandang Zayn yang setia menunggunya dengan wajah sudah kepenatan. Zayn meraih tangannya dengan lembut. Dia senyum..

"Bye~~" Leia melambai tangan dengan wajah ceria. Melihat bayang mereka sudah menghilang dari pandangan terus senyumnya memudar.

Tangan naik mengosok dagu sendiri. Dia berdecit kecil..

"Ini rupanya Meryam Ieirish ya? Tak sangka cepat betul kita berjumpa.."

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now