47

45 7 0
                                    

"Zayn Qaiser.."

Daniela Auleia mencabut jarum di kekura tangannya. Rimas. Dia sudah lama tersedar dari tidur lenanya penangan ubat bius. Tiada sesiapa di kamar perubatan itu sejak tadi. Kehadiran  Zayn Qaiser tanpa isterinya di sisi menjadi tanda soal.

Lelaki itu mendekati katil Leia. Segak memakai jaket leather hitam. Boleh kata pakaiannya serba hitam saat itu. Punggung dilabuhkan atas kerusi pelawat.

"Mana Ieirish?"

"Dekat rumah.." jawab Zayn. Nadanya mendatar. Tidak pelik. Yang pelik kenapa lelaki ini mengunjunginya..

"Bila kau nak berambus?" Leia ketawa dalam hati. Ini ke maksud Zayn datang ke sini? Mencari gaduh?

"Kenapa? Kau takut?" Soal Leia seolah-olah mencabar. Zayn menarik senyum sinis. Tangan naik memeluk tubuh. Dia bersandar tenang pada kerusi.

"Buat apa aku takut? Ieirish dah jadi milik aku.. dia dalam genggaman aku.. kau pun dah tak boleh nak jauhkan dia. Ikut je lah ayah kau tu..serabut je duduk sini lama-lama.." sinis nada lelaki di pendengaran Leia. Seakan-akan bangga dengan hal dikecapi nya.

"Kau pikir Ieirish boleh terima kau?" Zayn menjongket bahu sekali.

"Terima ke tak..dia tak boleh lawan aku. Aku suami dia.. dia wajib dengar cakap aku.." balasnya yakin. Leia mengetap bibir sendiri.
Itu sebab dia tak bagi Ieirish berkahwin dengan lelaki ini. Dia tak boleh buat apa-apa.

Ieirish dah jadi hak Zayn Qaiser. Kalau dia bawak lari..boleh jadi kes lain.

"Kau cinta kan dia ke tak sebenarnya?" Leia pandang Zayn. Lelaki itu diam. Tatapan matanya juga kosong. Sial..

"Kau dengan bapak kau sama je lah! Sama-sama gila!" Leia sudah naik hantu. Selimut hospital menutupi sebahagian tubuhnya di tolak kasar hingga jatuh ke lantai. Zayn tidak nampak terkesan dengan kelakuan Leia.

"So kau nak mengaku lah sekarang yang kau kenal bapak aku??" Mata Zayn melirik tajam kepadanya. Menunggu jawapan. Leia berdecit kasar..

"Siapa je tak kenal orang tua tu?" Dia masih mahu berdalih. Zayn ketawa halus. Lebih kepada memerli.

"And i know you're Lilith.." mata Leia terbuntang luas. "Gotchu!"

"Tak sangka kan? Anak angkat ayah aku tu rupa-rupanya kau.. anak kesayangan Qairel Mustafa! Seronok berlakon, Lilith?" Zayn senyum kemenangan sebab dapat kantoikan rahsia Leia yang satu itu.

"Itu sebab kau perangkap Ieirish dengan Elmir dulu kan?" Leia tersentak. Namun dia cuba untuk mengawal riak wajahnya. Leia taknak kalah.

Peristiwa Elmir dan Ieirish dapat berjumpa dulu. Semua itu angkara Daniela Auleia. Elmir mabuk asbab dia. Dia upah orang untuk masukkan dadah dalam air setan yang Elmir teguk. Ieirish dimanipulasikan supaya bertembung dengan Elmir. Leia menghantar pesanan palsu kepada Ieirish menggunakan telefon Zayn dan padam sebelum lelaki itu tersedar.

Macam mana dia dapat telefon Zayn? Mereka pernah berjumpa dulu. Qairel Mustafa, ayah angkat tak diiktirafnya membawa mereka berjumpa. Tapi, Leia memakai topeng menutup sebahagian wajahnya. Zayn tak dapat mengecam wajah Leia.

Saat pertemuan itu lah. Dia bertindak untuk hack telefon Zayn. Semuanya berjalan lancar tanpa masalah. Tiada silap sikit pun. Dia pasti helahnya tak dapat dihidu sampailah..

Leia menjatuhkan kaki dari katil. Mereka duduk berhadapan satu sama lain. "Aku bangga dengan kerja kotor kau ni..kau nampak macam tahu semuanya. Elmir, Ieirish dan aku..kau mainkan macam tu je.."

Zayn bangun dan mendekatkan jarak mereka. Dagu Leia diangkat hingga mendongak memandangnya. Mata mereka bertemu.

"What's your point, Lilith? She's mine..you know it. But you ruined everything!" Wajah Leia dicengkam kasar. Gadis itu hanya biarkan. Dia tak melawan.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now