33

84 9 0
                                    

"Encik Elmir?"

Leia pandang kiri kanan. Mimpi apa lelaki ni muncul di depan kedainya? Muka pun macam serabut semacam.

"Awak ke mana?"

Soalan itu mengundang tawa kecil dari bibir mungil Leia.

"Saya balik kampung. Kenapa? Rindu saya ke Encik Elmir?" Soalnya dengan nada bergurau. Wajah lelaki itu berubah merah.

Elmir mengosok belakang tengkuk sendiri. "Jangan nak mengarut. Rindu apa? Saya saja je tanya sebab staff awak kata awak menghilang tanpa notis. Tup tup ada harini.."

Leia mencebik kecil. Iya lah tu.

"So awak datang beli bunga ke masa saya takde?" Leia tayang muka sinis. Setahu dia tiada rekod nama lelaki itu dalam buku jual beli masa dia check tadi.

Elmir terkumat-kamit. Hah! Kan dah kantoi! Mesti tercari-cari dia kan. Biasalah ni Leia lah.

Manusia akan tergilakan kecomelannya. Ahaks..angkat kain bakul sendiri itu biasa.

"Jom lah masuk dulu.." Leia menarik lengan baju kemeja hitam Elmir pakai. Lelaki itu ikut saja langkahnya masuk ke dalam kedai. Disebabkan mahu privasi mereka masuk ke dalam pejabat terus.

"Sorry lah semalam kena serang dengan ribut taufan.." Bilang Leia sambil mengutip barangnya terabur di atas lantai. Elmir terkejut juga bila kondisi pejabat itu seperti tongkang pecah. Apa maksud dengan 'ribut taufan' Leia katakan?

"Hmm saya rasa better kita keluar..banyak kaca pecah ni.." Elmir menarik tubuh Leia yang ringan itu menjauhi serpihan kaca. Dia heret macam tu je. Leia membebel pun dia tak layan.

"Awak bergaduh dengan siapa huh?" Soal Elmir sangsi. Sempat dia menyuruh staff Leia mengemas bilik bosnya. Pelik juga bila staff tak datang kemas bilik bos. Kata kena serang ribut taufan semalam.

"Ada lelaki gila datang buat kecoh. Geram tau tak? Lelaki memang suka buat hal. Ingat perempuan ni lemah sangat ke?!?"

Elmir terkebil-kebil seketika. Marah sangat tu.

"Bergaduh dengan boyfriend?" Jarinya naik menyelit rambut Leia yang terjuntai di dahi ke belakang telinga. "Percayalah saya tak laku.."

Elmir menyimpan senyum.

"Kata-kata tu doa tau. Ada cita-cita nak jadi andartu?" Cepat Leia memijak kaki Elmir. Namun pijakannya tidak memberi kesan langsung. Macam tapak kaki kucing je. Fluffy!

"Kalau saya andartu awak tu bujang tak laku! Pakcik tua! Humph!" Leia memusing tubuh dari Elmir. Merajuk. Boleh dia buat drama dalam kedai tu. Staff yang lalu lalang enjoy je freeshow dari bos mereka. Dah biasa.

"Elok lah tu.. kita sama-sama tak laku. Fair enough.."

Leia merengus kecil. Bukan nak pujuk. Makin keruhkan suasana je. Si Elmir memang tak pandai memujuk agaknya!

"Kalau ada persamaan ni selalunya orang kata jodoh. Kalau dengan awak.." Elmir menarik lembut bahu gadis itu menghadapnya. Leia pandang ke arah lain. Elmir mengoyak senyum.

"Nampaknya jodoh saya mesti suka merajuk jugak kan? Masammmm muka diaaa"

Leia hampir tergelak bila Elmir gunakan intonasi suara kecil di akhir ayatnya. Comel je!

Tak jadi nak teruskan rajuknya.

"Jodoh saya kena pandai pujuk saya tau. Lagi-lagi yang guna suara kecil macam awak.." usik Leia. Elmir baru perasan tindakan memalukannya itu berdehem kecil. Tangannya melepaskan bahu Leia.

BOOK 1: CIK BUNNY [✓]Where stories live. Discover now