9; Kawan Setan [2]

7K 560 77
                                    

Johor Bahru.

Kali ni aku dengan Syer bercuti kat sana sempena cuti sem 2.

Aku drive, Syer duduk seat sebelah.

Masa tu jam dah menginjak ke 12 tengah malam. Masih dalam perjalan, aku pulaaa memandai nak try ikut jalan lama kononnya jalan shortcut ke salah satu tempat di JB.

Walaupun mata masa tu erm dah kuyu aku masih dapat tangkap sekujur tubuh sedang berdiri kat tepi jalan.

Gadis. Aku kesian ah yela dahla tengah malam pastu perempuan pula tu seseorang kat situ. Bahaya deh.

Syer kawan aku kat sebelah dah warning kata jangan berhenti. Kut kut tu orang jahat ke paling taklee bla dia kata tu hantu hek eleh.

Aku still juga berhenti untuk tumpangkn dia.

" Assalamu'laikum kak. Nak pergi mana malam-malam ni? " Aku bertanya seusai dia melabuhkan punggung di seat belakang.

" Rumah " sepatah aje akak ni jawab.

Aku pun terus drive sambil tu dia tunjuk arah jalan ke rumah dia.
Sesambil tu juga aku berborak gelak gelak dengan Syer.

Sampai aje di sebuah rumah kampung yang agak sederhana namun klasik, aku berhenti di tepi jalan.

Akak tu pun mula bersuara,
" Terima kasih ye dik tumpangkan akak. Akak taktau la kau borak dengan siapa tadi. Sebab masa akak masuk dalam kereta, akak nampak kau sorang aje. Takde pulak akak nampak sesiapa kat seat depan. "

-Sol Nuckal + Sis Jambang.

# Midnight. حيث تعيش القصص. اكتشف الآن