88; Sosial

1.1K 124 2
                                    

Aku seorang instafamous. Followers aku cecah ratus ribu. Likes pada setiap gambar aku pun dah cecah 1k dalam beberapa minit sahaja.

Macam mana aku boleh famous ? Semua bermula dari idea member aku yang bercita cita nak jadi youtuber nama dia Ijat. Ijat ni dia buat paranormal jadi dia minta tolong aku untuk buat review di instagram tentang channel youtube dia untuk mendapat subscriber. Tak sangka dengan hasil kerjasama ni nama kami berdua naik di media sosial dalam beberapa hari.

Korang boleh panggil aku Saf. Ha bukan rapatkan saf ye. Follow ig aku; saf.wan. Aku nak cerita dimana dunia sosial memakan diri aku di dunia realiti.

p/s kencang ; cerita ni rekaan semata-mata ❗️

* * *
" Wassup saf. Malam ni aku nak singgah kat Villa Abila pukul 10pm. Aku buat live untuk celebrate my 500k subscribers beb !!!! Wahahhak " ujar si  Ijat teruja seperti beruk.

Safwan tersengih kecil dengar akan kejayaan sahabatnya itu.

" Ok set nanti aku buat live satgi tengah hari. Chau weh nak mandi " balas Safwan lalu mematikan panggilan.

Pada waktu tengah hari. Aplikasi instagram dibuka Safwan. Rambutnya disisir tepi untuk menampakkan macho lalu butang camera di belah kiri instagram ditekan. Tanpa ragu ragu tulisan live itu disentuh dan sekarang Safwan hanya menunggu viewer.

" Wassup gais. Saf on air. Thank you for the love " bicara Safwan ramah apabila viewernya sudah mencecah 100 dalam beberapa saat.

Emoticon love melayang layang di screen telefon pintar lelaki itu menandakan dia seorang yang diminati ramai.

" Ok before Saf jawab soalan soalan korang kat komen, tujuan live ni untuk spreadkan  kan korang tentang IjatHunter nak buat live kat channel youtube dia pada pukul 10 malam ni gais wuhh tepuk la sikit yeah " bicara Safwan panjang sambil menepuk nepuk tangannya. Anak rambutnya yang terjulur di dahi segera dikuakkan membuatkan viewersnya menjerit histeria terutama sekali perempuan.

Safwan memberikan senyuman kepada viewersnya apabila love makin memenuhi ruang screennya. Gigi taringnya terlihat saat senyuman ditarik.

" Ok ini Saf nak sembang sikit pasal tempat yang IjatHunter akan pergi malam ni iaitu di Villa Abila. Apa bila ? Bila bila saja huahahuahauahauha "

Dalam setengah jam Safwan menghabiskan masa bercerita tentang tempat tersebut dia mula melayan peminatnya di komen. Satu persatu dijawabnya sehinggalah dia ingin menamatkan live.

Sebelum jarinya ingin mendarat ke end live ada satu komen naik di ruang livenya.

xsgvyj : semoga berjaya menghadapi hari hari kau Safwan :)

Belum sempat Safwan ingin menekan acc itu jarinya sudah mendarat laju menekan end live.

Entah kenapa acc yang mempunyai username yang pelik itu membuatkan dia tertanya tanya apa di sebalik ayat si pemilik acc itu.

Seperti ada yang tidak kena. Lelaki itu mengangkat bahu dan mencampak iphonenya di atas katil.

(continued on next chapter)

# Midnight. Where stories live. Discover now