64; Mana satu anak aku?

2.2K 223 14
                                    

Aku seorang ibu yang sudah mempunyai seorang anak berumur 3 tahun bernama Aiman.

Suami aku berkerja sebagai pemandu kargo yang bergaji besar.

Suatu hari tu, aku hanya tinggal berdua dengan anak aku memandangkan suami aku pergi berlayar dan mengambil masa 2 bulan untuk balik ke rumah.

Nak dijadikan cerita, aku tengah solat maghrib masa tu dan terasa ada seseorang peluk aku dari belakang time sujud.

Aku tak terkejut sebab itu mesti Aiman anak aku yang comel tu,biasalah tak budak tak kucing memang suka ganggu kita time solat.

Sejurus sahaja aku bangun dari sujud, aku terkaku dan meremang sebab aku nampak kelibat Aiman tengah lari depan aku masuk keluar bilik.

Dalam masa yang sama masih ada seseorang peluk aku dari belakang.

Ok... aku dah konfius dah mana satu anak aku ni?

-Jejaka Misteri.

# Midnight. Where stories live. Discover now