65; Basikal Pak Ali

2.3K 215 4
                                    

Aku tinggal di sebuah kawasan perumahan berkos sederhana bersama sepupuku Alib.

Berdekatan dengan kawasan perumahan aku tinggal seorang pakcik yang bernama Ali.

Pak Ali tinggal berseorangan kerana dia tidak pernah berkahwin (bujang tua).

Pak Ali gemar membawa basikal bmxnya pada larut malam,dan meronda kawasan taman perumahan di situ.

Kerana memiliki kulit yang gelap dan kepala yang botak serta hobinya itu telah mendapat gelaran Pakcik GTA iaitu watak dalam permainan tersebut.

Malang tidak berbau ajal telah menjemput Pak Ali apabila dia dilanggar kereta.

Sebagai jiran yang terdekat aku menjalankan tanggungjawabku untuk menguruskan jenazahnya.

Setelah selesai pengebumian arwah Pak Ali, aku dan Alib melepaskan lelah di garaj kereta yang berhadapan rumahku.

Ketika sedang melepaskan lelah tetibe ada sebuah basikal bmx melintasi kami dan aku amat kenal penunggangnya itu adalah Pak Ali namun selepas melepasi kami, basikal itu kembali pusing ke arah kami tetapi kali ini hanya basikal sahaja yang terkayuh sendiri tanpa penunggang.

Apalagi, dengan sekuat hati kami berdua berlari masuk ke dalam rumah dan Alib demam keesokan harinya.

-Jejaka Misteri.

# Midnight. Where stories live. Discover now