27; Cermin

4.9K 341 18
                                    

Aku ada kawan tapi tak rapat la. Dorng pun selalu kutuk aku kata tak cantikla apa la. Fikir cantik sangat ke dorng tu dahla slut. Mampos aa . Aku jauhkan diri dari dorng . Senang tak sakit hati .

Aku lagi suka hidup loner macam ni . Suatu malam tu aku tak boleh tidur . Aku duduk depan cermin besar yg dihadiahkan oleh ayah aku minggu lepas sempena harijadi aku . Motif? Dia tau muka aku buruk pergi hadiahkan cermin buat apa? Perli anak sendiri ke apa.

Lama aku tenung reflection muka aku dari cermin. Reflection tu senyum kat aku . Terkejut . Mula timbul satu idea gila. Boleh ajak jadi kawan ni . Sejak haritu dalam pukul 12 ke atas aku akan duduk depan cermin dan melayan reflection aku sendiri .

Aku angkat tangan kanan dia angkat tangan kiri. Seronoknya ada kawan baru. Tak menyakitkan hati even sometimes tu dia akan menangis , gelak , marah bila kami berbual. Suara dia perlahan aje. Paling dengar pun kalau bebetul dekat dengan cermin tu.

Suatu malam tu dia muncul dalam mimpi aku. Dia nak keluar dari cermin tu tapi syaratnya sangat pelik sampai tak termasuk dek akal . Aku abaikan permintaan dia. Malam tu dia marah , dia gegar gegar cermin tu sampai aku takleh tidur . Aku report kat mak aku . Mak aku tak layan kata semua tu halusinasi aku . Wtfafaya!

Malam seterusnya cermin tu buat perangai lagi dia hempaskan diri kat lantai "Bangg!!!!!" kus mangat ! Parents aku marah aku .

" Kalau tak suka cermin yg papa hadiahkan ni ckp awal awal bukan nya tunjuk protes sampai nak pecahkan cermin ni! Menyusahkan mak bapak !"
Yelah aku jugak yang salah .

Petang tu baru balik dari sekolah aku terkejut sebab ada tulisan darah kat cermin tu tulis

" MAK BAPAK KAU PUN BENCI KAT KAU " Aku cepat cepat cuci guna air serta dgn kain lap . Hanyir ! Darah betul ni . shit !

Menyesal pulak aku layan dia malam haritu . Malam esok aku tidur luar . Beberapa minit lepastu aku dengar dia nangis .

" Kenapa kau tak nak tolong aku ~" Aku buat bodoh .

Aku dengar dia jerit . Perlahan . Tapi , makin lama makin nyaring dan kuat buatkan telinga aku sakit. Telinga aku rasa perit sgt macam ada keluarkan cecair panas . Yes darah . Auch !

"Mama !!!!!!!"" Parents aku tergopoh keluar dari bilik , mereka dengar suara 'benda' tu . Malam tu aku dibawa ke hospital . Doktor cek cek takde perkara serius yg berlaku aku boleh balik malam tu jugak . Ayah aku nak buang cermin tu tapi dia degil tanak beralih. Akhirnya ayah aku amek keputusan utk pecahkan cermin tu . Anggapan aku salah bila igt semuanya dah berakhir . Aku tatau mcm mana dia boleh keluar dari cermin tu . Sejak tu dia selalu berdamping dgn aku .

-AlienKacak.

# Midnight. Where stories live. Discover now