96; Misteri

1K 92 8
                                    

Aku pelajar sekolah pengkalan tentera kuantan di kem BT 10. Waktu tu aku darjah 3 dan belajar di sesi petang.

Masa tu lepas pukul 4 petang cikgu tak masuk kelas sama la dengan kelas sebelah. Seperti biasa ada peluang macam ni aku mulalah berborak sakan dengan kawan.

Kami berempat dan semua perempuan ye aku pun gugurl. Seorang iban, seorang lagi india, dan seorang tu bidayuh sama dengan aku. ( see tak racist k. Ini lah rakyat malaysia yang kita mahukan )

Kami berempat ambil port kat tepi tingkap sambil main kad dan lain-lain. Kelas sebelah pun pelajar dia tak kurang hebat jugak lagak macam sekumpulan kera terlepas dari zoo, heh. Kami pun buat tak kisahla. Yelah lumrah murid bila cikgu takde.

Ada yang macam kena histeria pastu terjerit sana sini macam esok lusa dah takde, lol.

Masa kami duduk bermain tepi tingkap tu ada lah pelajar yang terkinja lari lalu lalang depan kelas kami. Tapi aku buat tak endah aje, hanya lihat dari ekor mata.

Kemudian waktu kami semua leka dalam dunia kami sendiri, sorang kawan aku yang berkaum iban tegur. Dia kata dia macam nampak ada benda warna putih melompat-lompat dari ekor mata dia masa kami syok bermain.

Tapi aku dengan kawan aku yang lagi tiga orang tu pun tak perasan apa-apa.
Kawan aku yang berkaum iban tu membuat andaian mungkin khayalan dia aje tersalah tengok.

Dalam beberapa minit lepastu cikgu masuk kelas.

***

Masa perjalanan aku nak pulang dari sekolah, aku terserempak dengan kawan aku dari kelas sebelah. Kebetulan dia pun ada cerita apa yang berlaku masa cikgu takde dalam kelas tadi.

Dia cerita dengan muka serious gila, dia kata ada budak laki dalam kelas dia digelar Si K. Si K ni dia memang terkenal dengan sikap dia yang suka mengusik. Dia nampak Si K ni tulis satu benda kat kertas kosong menggunakan pen marker dakwat merah. Sejurus aje dia tulis sesuatu kat atas kertas tu, kelas dorang serta merta jadi huru hara entah kenapa.

Aku tak tau apa sebenarnya yang berlaku tapi aku dengar dorang kata masa tu memang menakutkan dalam kelas.

Menggigil aku dengar dia cerita tambah pula hari makin senja dan hujan waktu tu.

Tambahan pula aku pernah dengar ura-ura mengatakan bahawa sekolah aku tu dulu sebenarnya hospital yang telah dirobohkan dan dijadikan sekolah.

-Miss Potato; bebeh Lydiamoshi96

# Midnight. Where stories live. Discover now