94; Tindih

1K 103 5
                                    

Aku ingat lagi waktu tu aku tengah study untuk persediaan exam pertengahan tahun.

Setelah beberapa minit, Mak aku suruh aku masuk tidur sebab jam dah menginjak ke 1 pagi.

Aku pun akur akan arahan Mak selepas selesai mengemas barang dan naik ke tingkat atas.

Bilik aku.

Tubuh aku dah terbaring kemas di atas katil. Acah acah taknak tidur lagi sebenarnya sambil bermain phone tapi lain pula jadi bila aku mula terlelap.

Belum sempat nak masuk ke alam mimpi aku terasa ada sesuatu berbulu bermain di hujung kakiku.

Hati aku dah rasa tak sedap. Air liur diteguk perlahan.

Perlahan-lahan aku buka mata lalu samar-samar sahaja objek besar berwarna hitam kelihatan sedang membelai kaki aku. Aku nak bangun namun rasa berat menghalang untuk aku berbuat sedemikian.

Air mata aku laju mengalir apabila suara aku tersekat di anak tekak sehingga tidak dapat menjerit meminta tolong.

Suara tak terkeluar.

Mujur sahaja Mak datang mengetuk pintu aku. Seperti tahu ada yang mengacau.

Serentak sahaja Mak aku buka tombol pintu, sesuatu berbulu hitam itu bermain dengan hujung kakiku sebelum aku nampak dia seolah-olah terbang pergi dari situ.

Nafas aku mula teratur dan badanku kembali boleh bergerak. Suara aku yang tersekat tadi sudah dapat keluar dengan perkataan " Mak ! " .

-Ninie; bebeh syazwaniemansor_

# Midnight. Where stories live. Discover now