♥️Halus [end]

1.2K 123 9
                                    

(Bebeh, chapter ni sambungan dari chapter 73. Selak balik untuk tak konpius jalan cerita muehehe)

" Ni stok baru tau. Lagi function kau pakai malam ni jugak. Jangan simpan lama lama " ujar seorang lelaki tampak manis berlesung pipit kepada kawan tampannya yang berada di hadapan.

" Thanks, bro. " balas Seokjin lalu berlalu dari situ.

Sempat tangannya memasukkan sampul yang berisi wang ke dalam poket bomb jacket si sahabat.

Sahabat tak sahabat, bayar tetap bayar heh.

Bungkusan plastik hitam digenggam kuat oleh tangan kekar lelaki tersebut. Bau hanyir menusuk hidung tidak dihiraukan bahkan sudah sebati dengannya.

Asalkan masyuk. Apa sahaja sanggup dilakukan oleh seorang model tampan itu untuk mendapatkan hasil kulit yang cantik dan halus.

* * *

Pov.

Aku terus menamatkan panggilan dari pihak majalah. Boleh dikatakan untung besar bagi aku bulan ni.

Aku di offer untuk menjadi model cover depan magazine yang terkenal di Jepun.

Kakiku laju mengarah ke dapur. Mask on time. Masa untuk aku manjakan kulit mukaku yang semestinya menjadi idaman setiap insan tak kira yang bernama lelaki mahupun perempuan.

Srs aaa semua tanya aku pakai produk apa sampai kulit aku boleh jadi cantik dan halus. Kebanyakan model under agency aku semuanya tacap,dan photoshop lebih disebabkan kulit mereka yang sensitif berjerawat teruk akibat make up.

Chimical.

Tiada satu produk pun yang boleh menandingi produk aku. Heh.

End pov.

Isi di dalam bungkusan plastik hitam itu di keluarkan dengan berhati-hati. Mujur kawannya si Seokjin itu bekerja sebagai ahli forensik.

Sebungkus darah anak dara.
Kepingan kulit muka mayat yang telah dibekukan selama 3 hari.

Bibirnya mengorak senyum puas hati. Terus-terusan bau hanyir itu disedut oleh Seokjin seolah-olah haruman itu mengeluarkan bau yang wangi bak downy puih ?

Sungguh perilaku lelaki itu kelihatan seperti orang yang tidak waras.

Tanpa membuang masa dia melakukan rutin itu seperti biasa.

Kepingan kulit mayat yang dingin itu dioleskan sedikit dengan beberapa titik darah anak dara. Kemudian lembut jari jemari Seokjin menyentuh untuk meratakan ke seluruh kulit dingin tersebut.

Setelah beberapa minit berbuat sedemikian, sambil berbaring terus ditekupkan kulit dingin yang dicorak dengan cecair darah itu ke kulit mukanya seperti memakai masker.

Ya. Itulaaa pembayaran yang di buat Seokjin untuk kulitnya agar sentiasa kelihatan halus dan cantik.

Mudah tapi menjijikkan.

-AlienKacak.

Oh yeah ppulsea thanks for the idea darah ;)

ARMYs check out my new book +kimtaehyung.

# Midnight. Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum