41; Dream Come True

3.7K 304 30
                                    

KEDAI BARANG UNTUK ORANG YANG DIBENCI

Aku teliti satu persatu perkataan yang tentera di depan kedai tersebut.

"Barang untuk orang yg dibenci?" suara aku seolah olah memerli ayat tersebut.

Macam macamlah sekarang . Barang untuk orang kita benci pun ada nak jual ek ? Ish mengarutlah.

Laju aku mempercepatkan jalan. Jam ditangan dikerling sebentar. Masih jauh lagi kediaman aku.

____________________
Keesokan harinya ,

Harini aku balik awal. Petang camtu aku dah chau . Memandangkan harini aku ada pekerja baru senanglah biar dia settlekan dgn pekerja veteran aku.

Aku ambil keputusan untuk jalan kaki. Best jugak . Banyak benda aku boleh cuci mata. Selama ni aku tak hiraukan apa yg ada disekeliling aku.

KEDAI BARANG UNTUK ORANG YANG DIBENCI

Sekali lagi aku berhenti bila lalu di depan kedai tu. Perasaan aku kuat untuk melihat apa yang menarik di dalam kedai itu.

"Selamat datang pretty lady" sambut tauke kedai itu.

Aku lemparkan senyuman.

"Hei ada orang yang kamu benci? Kami ada buat pakej penghantaran ke rumah dia. Jangan risau, nama pelanggan akan dirahsiakan" celoteh tauke itu menerangkannya.

Aku diamkan aje. Mata tetap memerhati barang barang di kedai itu. Normal. Ada teddy bear , barang barang solekan. Sederetan alat alatan mandi. Alat tulis , hadiah perhiasan , jajan dannnn semuanya barang barang yg biasa aku lihat dimana mana kedai.

Punyalah aku fikir dia jual racun ke parang ke nak tetak kepala org yang kita benci tu tapi erk ? Biase aje.

Tangan aku laju mengambil ubat gigi yang berdekatan dan ..

"so? can you explain this ? kaitan dgn nama kedai you "tanyaku

"Pretty lady , you jangan ingat ini barang biasa punya tau" jawab tauke cina tu.

Mataku memerhati tangan tauke itu mengambil satu teddy bear besar dan tunjukkan kepada aku.

"Ini teddy bear. Ini remote yang kawal bom dalam badan ini teddy bear, mata dia ada itu camera kita just tekan 'on'-"

Tauke cina itu tekan 'on' di remote lalu mata teddy bear itu merah.

"Dan semua apa yg dilakukan kita boleh nampak disini-"

Sambil menunjukkan satu screen lutsinar di sebelah tangan kirinya.

"Dan bila dah smpai masanya kita tekan 'Clear' di rmote ni dan BOOM!!!" tauke cina itu tekankan perkataan boom itu saja nak menakutkan aku .

"Bersepai berkecai itu otak sama badan dan kulit yang orang kamu benci itu! Tak percaya?! You boleh angkat ini barang kasi hadiah kat org yang kamu tak suka" sengih tauke cina itu.

Mengarut gila.

"Dan ubat gigi yang you pegang tu..-"

Belum sempat tauke cina tu habiskan ayat aku cecepat campak ke lantai. Takut tiba-tiba.

"Ahahaa jangan takut , itu ubat gigi you bagi sama org you benci nanti dia pakai mulut gigi dia boleh itu berdarah dan rosak terkoyak koyak sebab bahan ada letak itu asid dan racun" terang tauke cina itu lagi.

Gila ! Ah aku kena keluar dari kedai . Mengarut .

" Pretty lady ! You tak mau beli tak apa. Cuma , hati hati . Kalau you mau tau satu barang itu dari kedai I dia ada tanda bulat warna merah-" sambil menunjuk satu tanda bulat merah sebesar 10sen di belakang telinga teddy bear itu.

Tanpa membalas apa apa aku terus keluar dari kedai tersebut .
____________________
HARI PERTAMA

Malam ni aku tak boleh tidur. Seluruh badan aku terasa gatal gatal. Pedih. Beberapa tempat dibadanku sudah mula mengeluarkan cecair panas. Darah.

Ini semua gara gara losyen yang kawan aku bagi pagi tadi. Katanya kulit aku terlalu kering. Aku terlalu sibuk sehingga kesihatan sendiri akupun terabai. So , aku ambil aje la pemberian kawan aku tu.

Tanpa berfikir apa apa , aku paksa lelapkan mata. Mungkin kulit aku sensitif tak sesuai untuk losyen tu. Aku membuat andaian.

_____________________
HARI KEDUA

Selesai aku menanam bangkai Brodi, kucing kesayanganku dibelakang halaman rumah, laju tangan mencapai secawan gelas untuk hilangkan dahaga.

Kepala aku berdenyut runsing memikirkan keadaan Brodi sebelum aku menanamnya tadi. Brodi terbaring di atas lantai dapur dengan mulutnya berbuih.

Setelah aku mencari puncanya, aku syak dia telah makan keropok ikan yang terletak di atas meja makan aku. Mungkin dia lapar sangat sampai curi naik atas meja. Lama aku tenung plastik keropok pemberian rakan sekerjaku itu. Apa kena keropok ni sampai kucing aku mati?

__________________
HARI KETIGA

Telinga aku rasa gatal sangat. Nak cabut subang yang ada ditelingaku ini tidak boleh. Seolah olah sudah digam rapat dan tidak boleh ditanggal.

Makin lama makin memberat telingaku. Seolah olah subang itu menampung berat yang amat. Telingaku rasa sakit. Tak tertahan. Aku mengambil pisau di dapur. Otakku tidak dapat berfikir secara waras kerana sakit dan gatal yang teramat sangat dibhagian telingaku.

Dengan lajunya aku memotong cuping telingaku. Pedih! Rasa mencucuk mencucuk sakitnya tapi lega kerana beban berat tadi tidak terasa.

Subang itu pemberian teman lelakiku sempena anniversary kami yg ke2 tahun.

×××××

"Argh!!!!! " dadaku berombak laju. Peluh didahi turun seirama dengan darah mengepam laju diseluruh badan.

Mimpi itu. Mimpi selama 3hari berturut turut.

Apa maksud mimpi itu.

Ada orang yang membenciku?

Takanla Darmia kawan aku sendiri yang bagi losyen tu.

Dika rakan sekerjaku?

dan teman lelakiku Zafi?

Ah mimpi aje. Buktinya pun barang dalam mimpi aku tu pun tak pernah wujud. Mungkin aku terlalu banyak berfikir tentang kedai pelik tu. Hm,

××××××

Lama aku tenung losyen pemberian Darmia itu. Sebijik dalam mimpi aku tu. Disebelah tangan kananku pula ada pemberian dari Dika, katanya keropok ikan itu dia beli sewaktu dia bercuti di Terengganu.

Barang ini semua aku terima 2 hari lepas.

Bzzz. Telefonku berdering.

"Hello sayang" Zafi memulakan perbualan. Lama lelaki itu tidak menghubungiku.

"Hmm"aku menjawab dengan malas.

"Kenapa ni? Sorry I busy lately ni. Btw I ada suprise, I ada depan pintu rumah you. Cepatlah buka" riang teman lelaki aku tertawa dihujung talian.

Mata aku sempat meneliti 2 barang ditanganku. Gotcha. Tanda bulat kecik warna merah. Teringat kembali pesanan tauke cina itu menyuruh aku berhati hati.

Gulp! Mimpi tu.

"Sayang bukalah pintu"suara Zafi sudah naik bosan menungguku.

Aku membuka pintu lalu memberinya masuk ke dalam.

"Sayang I ada something untuk you" sambil mengeluarkan kotak kecil di poketnya.

Cukuplah aku rasa perit dalam mimpi tu.
Aku tak akan diperbodohkan dengan rancangan korang nak kenakan aku.

Tak guna!

-AlienKacak.

p/s (Chapter ni based on movie seram Thailand. D'ubahsuai sedikit dan d'bantu oleh sahabat mampai saya -Arfa Syam. )

# Midnight. Where stories live. Discover now