42; Bunian

3.5K 296 13
                                    

"Syifa ! Lepas ni ada apa apa tak?" tanya kawanku sambil tangannya menepek bedak powder dimuka.

"em dalam jadual ni dia tulis ada sesi Hello Highschool. Perkenalkan diri kot?" Jawabku seraya mengangkat bahu.

"Diminta semua yang berada di dalam dorm sila turun secepat mungkin ke dewan, sekarang !!-"

Announcment. Baru lima minit kami naik dorm ni haish.

"Siapa lambat, malam ni kami bogelkan dia" sambung satu suara di speaker.

Serentak dengan itu kedengaran di block dorm lelaki sedang bersorak. Biasalah lelaki kan. Dengar bogel pun dia dah melompat keriangan. Lol.

_____________________

Kami diberikan sehelai kain hitam untuk menutupi mata. Semua bergerak secara individu dengan berpegangkan tali yang disediakan.

"Kalau kamu semua dah rasa tiada lagi tali untuk dipegang sebut atau jerit 'Angin Malam' dan jika ada yang menyahut 'Terang Bulan' sila ikut dia. Sebaliknya jangan" teringat aku balik kata kata abang fasi dalam dewan tadi sebelum memulakan game Hello Highschool ini.

Aik? Mana lagi tali? Bersoal jawab aku dalam hati dengan keadaan mata bertutup. Aduh seram pulak!

"Angin malam!" Jeritku.

~bunyi angin adalah. Aduhai mana dorng ni?

"Angin malam oi!!" Ulangku sekali lagi.

"Malam ni takde angin !" Jawab seseorang diiringi dengan gelak ketawa budak lelaki. Musibat betul.

Aku mengambil keputusan untuk duduk. Aku tak pasti aku kat mana. Aku tau yang aku sedang duduk di atas tanah dan disebelahku ada sebatang pokok.

Keadaan hening. Tidak lagi kedengaran suara pelajar lelaki mengusik malah suara perempuan menjerit acah histeria pun tiada.

~ rasa ada sesuatu ditengkukku. Sejuk.

"Mahu lihat pontianak tak?" Seraya dengan itu ada suara halus menyapa ditelinga. Astaga terkejut !

"Lol. Kan tengah tutup mata macam mana nak tengok? Haha" jawabku bodoh.

"Bukalah kalau berani" suara itu seolah olah mencabarku.

Aku diam. Rasa tak sedap hati. Aduh asal aku menjawab? Abang fasi tadi ada pesan jangan layan apa apa selain bercakap tentang 'angin malam' dan 'terang bulan' tu aje.

"Ikut sini" ada satu tangan memegang lenganku. Walaupun berlapikkan baju aku dapat rasa tangannya sejuk.

"Angin malam?" Aku tanya.

Diam. Dia hanya menarik tanganku ke sesuatu tempat yang sememangnya aku tak tahu.

____________

Lama aku mengikut dia, sampai satu tempat aku rasa ditinggalkan. Keadaan yang tadi sempoi sempoi bahasa mula bingit seperti keadaan dipasar malam.

Perasaan ingin tahu membuatkan aku laju membuka kain yang menutupi mata.

Dup!

Aku sedang berdiri ditengah-tengah pasar yang sesak dek puluhan orang menjual-beli.

Pelik.

Semua pakaian yang dipakai oleh orang disini seperti zaman dulu dulu. Perempuan berbaju kurung serta selendang dibahu manakala lelaki berbaju melayu serta disimpang kain pelikat.

Paling merunsingkan apabila tadinya keadaan sudah menjelang malam kenapa sekarang ni nampak macam waktu petang.

"Adik, mari sini ikut nenek." tegur seorang nenek tua.

Aku hanya ikut dia tanpa banyak soal. Kepala aku terasa amat pening. Masih tidak faham apa sebenarnya yang berlaku.

Sesampainya aku ke dalam rumah nenek itu, pening aku beransur pulih. Mungkin keadaan sudah sepi tidak membingit lagi. Malah nenek tu bagi aku air untuk hilang rasa dahaga.

×××××

Aku melepak di bawak pokok belakang rumah nenek tersebut. Nyaman disini. Walaupun hati aku resah dengan keadaan sekarang tetapi aku buat tak endah. Nak buat macam mana.

Puas aku tanya nenek tu aku ada dimana dan apa sebenarnya yang berlaku tetapi dia hanya membuat tak endah.

Keadaan sudah menjelang ke senja. Berpusu-pusu orang masuk ke rumah serta menutup rapat pintu dan tingkap.

"Aku ada bau manusia disini!!" kedengaran suara seorang lelaki menjerit.

Cepat aku menyorok dibalik semak samun disitu.

"Nek piah! Aku nampak dia bawa seorang budak ke rumah dia, aku yakin dia bukan dari sini. Budak itu manusia kan!" tambah lagi seorang perempuan.

Aku keliru. Apa yang manusia tak manusia ni.

"Aku jumpa dia!!"jerit seseorang dibelakangku.

Allah! Terkejut aku dibuatnya. Dap!

Lagi terkejut apabila muka lelaki dibelakang ku ini tidak normal. Bukan seperti manusia. Kulitnya yang terkopek bersertakan mata penuh berwarna putih.

Serentak dengan itu penduduk disitu serta nek piah menoleh ke arahku. Sekali lagi aku dilanda kejutan apabila muka penduduk disitu semua berubah menjadi menakutkan begitu juga nek piah.

"Maafkan nenek ye cu. Kami sekampung dah lama mengidam nak merasa daging manusia"

Menyeringai.

-AlienKacak + Arfa Syam.

# Midnight. Where stories live. Discover now