♥️52; Bayang

2.8K 260 9
                                    

00:00 .

Tersenyum Namjoon melihat jam ditangan sudah menunjukkan waktunya. Waktu di mana sumpahan itu berlaku.

Sumpahan orang mati masuk ke alam orang yang masih hidup. Lebih tepat, dimana orang yang masih hidup dapat merasa kehadiran'nya'.

Kawan Namjoon memberi cadangan pergi ke suatu tempat yang berlakunya tragedi yang ngeri pada tepat tengah malam.

Kini dia berada disebuah rumah dimana dahulu berlakunya pembunuhan kejam seorang bapa terhadap keluarganya sendiri.

Langkahnya dibawa ke ruang tamu yang kelihatan usang itu. Perlahan dia melabuhkan punggungnya di atas lantai yang kotor dan berhabuk itu. Kain hitam ditangan segera diikat dikepala untuk menutup mata.

Pisau lipat ditorehkan ke tapak tangan lalu darah itu dibiarkan menitik dilantai sambil membaca satu mantera.

Upacara itu berlaku dengan lancar mengikut syarat yang kawannya pernah bagitahu. Namun, tiada sebarang perkara yang terjadi pada waktu itu.

Namjoon pulang ke rumah dengan perasaan yang kesal.

'Dah agak dah. Bullshit semua tu mana wujud. Mengarut' bicara Namjoon sambil mengepal tangannya yang luka ditoreh tadi.

1June2016

Malam itu waktu Namjoon sedang lena, dia tersedar kerana ada orang masuk ke dalam biliknya. Tetapi, sebarang kelibat sesorang tidak kelihatan. Cuma dia sedikit terkejut kerana ada bayang seseorang terpancar di dinding biliknya.

3June2016

Malam berikutnya, bayang itu makin bertambah kepada 3 bayang-bayang. Paling menakutkan apabila kedengaran suara 'mereka' berbual.

5June2016

Namjoon makin tidak selesa apabila bayang bayang itu bertambah dan makin kuat rancak berborak. Suara itu seolah olah bergema di dalam kepala otaknya. Seperti sedang mendengar lagu melalui earphone.

7June2016

Makin lama Namjoon sudah faham apa yang dibicarakan oleh mereka. Mereka sedang berbual tentang mangsa mereka yang seterusnya untuk dijadikan makanan. Satu persatu nama disebut oleh 'bayang bayang' itu. Namjoon dapat menangkap satu tarikh yang disebut oleh mereka iaitu pada 11 June dimana mangsa mereka akan mereka bunuh untuk dijadikan hidangan.

9June2016

Walaupun Namjoon sudah kerat kedua belah telinga akibat tidak tahan dengar perbualan ngeri 'bayang bayang itu', namun suara itu masih bergema dalam kepala otaknya. Namjoon tahu upacara yang dibuat pada hari yang lalu berjalan dengan lancar. Perkara itu wujud.

11June2016

Waktu Namjoon mahu naik ke flatnya, dia perasan ada seorang perempuan dibahagian atas bumbung flat. Perempuan itu jatuh ke bawah seperti bunuh diri. Namjoon tahu perempuan itu tidak bunuh diri kerana ada banyak lembaga dibelakang perempuan itu sengaja menolak perempuan tersebut. Kini mata lembaga yang merah menyala itu dihalakan ke arah Namjoon sambil menyeringai. Namjoon menelan liurnya kesat. Tarikh hari ni. Jadi, akulah mangsa seterus dorng! Ah!

-AlienKacak.

p/s ( based on komik; Jangan Tutup Lampu. Character dan beberapa part shj d'tukar. )

# Midnight. Where stories live. Discover now