82; Solat

1.1K 147 5
                                    

Ok cerita ni bukan aku nak menakutkan korang masa solat.

Cuma nak bagitau syaitan ni ada banyak cara dia nak sesatkan manusia.

Masa tu aku masih sekolah rendah lagi ke dah masuk form 1 tak sure tapi masih kecil tak baligh.

Aku rapat dengan cousin aku yang lebih muda dari aku jadi bila masa solat akulah jadi imam dorang.

Satu hari ni masa cuti sekolah cuma ada aku dengan sorang cousin aku Win.

Tah kenapa masatu rasa tertipu sebab kami berdua aje sedara yang datang kampung yang lain ada hal pergh memang pulun bosan.

Bila dah berdua kami tidur sama sama dalam bilik nenek dan arwah atuk kami.

Biasalah rumah kampung lagipun rumah tu dah berabad wujud jadi macam macam penghuni ada.

Ada satu bilik ni sekarang dah jadi stor tapi waktu tu bilik solat. Dekat dengan dapur.

Waktu subuh nenek kejut suruh kami solat tapi kami lewat sikit dalam 630 baru bangun jadi nenek dan arwah atuk dah solat dulu.

Nak dijadikan cerita kami berdua sahaja ada dalam bilik solat untuk menunaikan solat subuh dan aku lah imam yang hensem tu. Makmum aku sorang aje iaitu Win.

Aura pagi tu lain macam sejuk. Bukan sejuk sebab berwudukkan air tapi sejuk remang.

Aku perasan masa aku sujud ada benda tak kena. Macam ada yang nak mengusik kami solat.

Habis solat tu cousin aku Win bagitau tadi masa sujud dia nampak ada orang lain sujud sebelah dia.

Wallahu'alam. Jin islam ke syaitan laknat ke tapi memang rasa seram tu sampai sekarang aku boleh bayangkan lagi.

-AlienKacak.

🎈Votement
🎈Add library

# Midnight. Where stories live. Discover now