78; Rapunzel (1)

1.2K 141 9
                                    

" Rapunzel rapunzel ! Turunkan rambut kamu, sayang~ "

Alamak!  Makcik dah balik. Aduhh

Mayat seorang lelaki segera dikunci di dalam almari.

Habislah kalau makciknya tahu kegiatan membunuhnya muncul kembali.

Hai aku Rapunzel.

Ye, rambut aku yang panjang gila tu.

Halus, kemas dan berwarna coklat keemasan.

Diimpikan semua gadis bila tengok rambut aku.

Tapi... makcik aku kata aku ada penyakit.

Sebab tu dia kurung aku jauh kat dalam hutan.

Dalam menara tinggi tanpa pintu  :(

Dia kata dulu masa aku kecik aku bunuh ibu bapa kandung aku.

Hahah, dia tak tahu setiap kali dia keluar cari makan, aku akan menyanyi kuat-kuat umpan orang yang lalu lalang dalam hutan ni.

Tak kesahla pemburu ke putera ke.

Semua kena bunuh dengan aku.

Aku turunkan rambut aku pastu nanti dorang naik.

Sampai atas tu aku suruh dorang bawakan aku turun lihat dunia.

Tapi semua tak nak, so aku bunuh la.

(end pov)

Rapunzel menjatuhkan rambutnya ke luar tingkap hingga mencecah ke tanah.

Dengan segera wanita di pertengahan usia itu memanjat menara tersebut dengan bantuan rambut Rapunzel yang panjang itu.

Sesudah sampai di birai tingkap, perempuan tua itu mendaratkan kakinya di atas lantai bilik Rapunzel.

" Harini makcik ada bawakan katak merah untuk kamu " sambil menggoyangkan bakul di tangannya.

Mata Rapunzel bersinar melihat dalam bakul tersebut ada beberapa ekor katak merah melompat-lompat.

Ahh my favorite!

*     *     *

" Rapunzel~ Makanan dah siap sayang! "

Kakinya berlari anak ke arah dapur.

Rapunzel melabuhkan punggung di atas kerusi menanti hidangan.

Sementara makciknya mencedokkan nasi serta daging katak yang baru digorengnya tadi.

" Makcik tak makan? " tanya Rapunzel prihatin.

" Takpe, kamu makan dulu. Makcik nak rebus sayur. Makan elok elok ye sayang " ujar perempuan itu sambil mengusap lembut kepala Rapunzel.

Matilah kau!

Suapan pertama.

Rapunzel memejamkan matanya seolah-olah aroma daging katak merah itu meresap ke dalam badannya.

Sedapnya~ tak pernah mengecewakan 
pujinya dengan keenakan daging tersebut.

Suapan kedua.

Sedap.. cuma terlebih berperisa!

Bersinar mata Rapunzel apabila rasanya makin cair di dalam mulutnya.

Dengan gelojoh suapan ketiga selamat masuk ke dalam mulut gadis itu.

"Ah!! " serentak dengan bunyi garfu dan sudu jatuh ke lantai.

Nikmat yang dirasanya tadi bertukar kepada sakit yang tak terkata.

Terasa ada sesuatu yang tajam mencucuk di saluran tekak gadis itu.

Segera satu jari telunjuk di jolokkan ke dalam mulutnya untuk mengeluarkan benda tersebut.

Rapunzel memuntah daging katak merah tersebut di atas pinggan.

Jelas sekali muka gadis itu terkejut dengan perubahan daging katak merah itu.

Daging itu bertukar rupa kepada warna ungu kebiruan dihiasi dengan duri-duri kecil juga terdapat cecair berwarna putih di sekelilingnya.

Rapunzel masih berteka teki apa sebenarnya mak cik bagi dia makan ni.

Adakah mak cik sengaja mahu meracuninya?

Pandangan Rapunzel mula kabur.

Rasa sakit di tekak sudah hilang namun kini hatinya pula rasa dicucuk bagai ditikam berulang-ulang kali.

" Maaf. Mak cik terpaksa lakukan semua ni. " ujar perempuam tua itu diiringi suara yang di buat buat sedih.

Badan Rapunzel terjelepuk di atas lantai. Dadanya makin sakit begitu juga nafasnya sudah tersekat-sekat seolah ajal mahu menjemputnya sekejap lagi.

Makciknya pula tersenyum kegembiraan setelah melihat anak buahnya itu sedang nazak di atas lantai.

Dia sudah tidak tahan mahu menjaga anak arwah kakaknya itu. Mental.

Tapi senyumannya bertukar kepada jeritan apabila kakinya tersadung pada tali  perangkap yang dibuat oleh Rapunzel.

Tali itu mengikat satu kapak besar lalu melibas kuat ke arah perempuan tua itu sekaligus kepalanya bercerai dari tubuh dan bergolek ke di atas lantai.

Percikan darah merata rata di dalam dapur tersebut. Wajah Rapuzel juga terkena tempias darah makciknya itu.

Sempat Rapunzel menjilat sisa darah yang terpecik itu sebelum nafasnya terhenti.

-AlienKacak

Tahla noobkan ? Lama hiatus tapi tetap takde idea.
And yah sorry ayat makin tak sedap puih

I hope so masih ada lagi pembaca buku ni kyah i appreciate it

Votement bebeh 💕

# Midnight. Where stories live. Discover now