38; Jelmaan

4.3K 299 13
                                    


Amin salah seorang senior di dalam dorm di sebuah asrama. Pada suatu malam tu , Amin tak boleh lelapkan mata . Dia mengambil keputusan untuk baring atas lantai sambil dengar lagu di mp3 .

Sedang kusyuk menghayati lagu tiba tiba dia terdengar ada orang tengah bercakap . Lebih kurang macam membebel bebel . Amin segera mematikan lagu dan mencampak ear phone nya di tepi . Kepala ditoleh ke kanan dimana suara itu kedengaran .

Kelihatan satu susuk tubuh sedang berdiri tegak . Phew~ Rupa-rupanya itu ialah Peyud . Junior yang sememangnya terkenal dalam dorm tu dgn sleep-walking dia . Dengan lajunya Amin segera mendapatkan tubuh Peyud .

"Yud ! Woi dah dah . Pergi baring atas katil tu elok elok " perlahan Amin tepuk bahu Peyud .

Amin kembali mendapatkan mp3 nya di lantai dan segera untuk naik ke katil kerana jam sudah menginjak ke 1 pagi . 'Esok ada account fuh hw tak siap lagi' keluh Amin dalam hati .

Dalam samar cahaya , Amin terkejut kerana terlihat susuk tubuh Peyud masih berdiri tegak sambil membebel bebel .

" sedap " " aku lapar " "block Seri Kenanga " " darah " itu adalah perkataan yang didengari oleh Amin .
Beberapa minit kemudian Peyud gelak kemudian merengus tanda marah . Amin hanya memerhati . Rasa tak sedap hati . Buk ! Terjelepuk badan Peyud di atas lantai . Seperti ada sesuatu yang menolaknya sehingga jatuh . Amin kelam kabut bangun untuk menolong Peyud . Tapi kaki Amin terhenti seketika kerana kelihatan Peyud duduk di atas lantai sambil mengesot dirinya ke arah katil .

'Dah kenapa pulak dia mengesot ni' debar dalam hati Amin . Sedang mata memerhati , Amin perasan yang Peyud mengesot kemudian memeluk tiang katilnya .

'Apa kena budak ni' Amin pelik .
_____________________________

Esok itu Amin bangun awal pagi . Mata memerhati katil Peyud . Kosong.
Awalnya bangun . Selalunya dia paling lambat nak bersiap .

Dalam perjalan nak ke tandas , Amin tegur sorang kawan Peyud ni .

"Mana dak Peyud kawan kau tu ?
Pagi pagi dah hilang" tanya Amin kepada Bochang .

"Hah? Peyud? Abang tak tau ke ? Kan dia balik kampung . Urgent . Parents dia meninggal 2 hari lepas " jawab Bochang lalu berlalu pergi selepas kepala Amin mengangguk .

' Uiks . Habis malam tadi aku nampak tu siapa ? Dan . . . Sebelum aku nak tidur malam tu aku ada berborak dengan dia . Siap teman dia pergi tandas . Gelak bagai . Tak guna main jelma jelma jadi Peyud ni pulak . '

-Bocil + A.K.

# Midnight. Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ