Husna membelek-belek cincin berlian yang tersarung di jari manisnya sebelah kiri. Tak sangka dia akan kahwin dengan Harris secepat ini. Nak tahu bila? Dua minggu lepas! Lepas je Husna dengan Harris balik kampung, dua hari lepas tu mereka langsungkan pertunangan. Husna tak membantah sebab ibu dengan abah dia okey je. Abang dia dengan adik Husna pun tak kisah dengan alasan 'perkara baik bagus dilangsungkan secepat mungkin.'
Husna menopang dagu sambil memandang wajahnya di cermin. Rasa berlengas juga badan ni dengan gaun warna putih ala-ala puteri macam pasangan Bella Astilla dengan Alif Aziz tu. Walaupun cantik tapi rimas. Serius. Pintu dikuak daripada luar. Husna tersentak. "Assalamualaikum sayang." Sapa Harris dengan senyuman. Dia menutup pintu lalu membuka kot. Pakai suitlah katakan.
"Waalaikumsalam." Jawab Husna lambat-lambat. Dia kembali memandang wajah di cermin. Tiba-tiba dia rasa gugup, gementar, tak selesa, rasa nak lari, nak halau Harris keluar. Ini pertama kali lelaki yang bukan mahram duduk sebilik dengan dia. Pertama kali okey! Apatah lagi nak buat hubungan tu. Ish! Geli! Harris meletakkan kotnya di penyangkut baju. Kot ni kena hantar dekat dobi untuk dibasuh. Jam Rolex dibuka lalu diletakkan di atas meja solek. Bersebelahan tangan Husna.
"Sayang." Panggil Harris lalu mencapai tangan Husna. Husna menunduk sambil memandang tangannya yang dipegang oleh Harris. Perlahan-lahan Harris menarik Husna untuk berdiri. Husna menurut sahaja. Apabila mereka berada di tengah bilik, tangan Harris mengeratkan rangkulan di pinggang ramping Husna. Husna terkedu. Dia menelan air liur yang terasa pahit secara tiba-tiba.
Jari kasar Harris menelusuri wajah Husna dari mata, hidung dan bibir. Bibir Husna dielus lama. "I'm sorry because stole your first kiss last year." Ujar Harris dengan nada yang perlahan. Tanda dia menyesali. Husna mampu senyap. Otaknya mengimbas kembali perbuatan Harris dari pertama sehingga Harris digari oleh pihak polis. Walaupun dia masih trauma, sedikit, Husna cuba untuk menahan. It is one of wife's responsibility right?
Mahkota Husna dibuka lalu dicampakkan di atas katil. Pin tudung Husna dibuka lalu tudung Husna pula ditarik perlahan-perlahan ke belakang. Husna memejamkan mata. Aset pertama, rambut. Dia sedia untuk bagi Harris tengok. Anak tudung berwarna putih pula ditarik dan ya. Nampaklah rambut Husna yang diikat kemas sedikit meskipun sudah lapan jam dia mengikat rambutnya. Harris tersenyum. "Thank you because you take care one of your aset for me. Thank you wife." Bisik Harris tepat di telinga Husna. Husna mengangguk.
Sebenarnya..
Dia masih malu dan dia..
Tak bersedia untuk..well korang tahu kan? Ia nampak seperti pelik dan janggal. Teramat janggal sebenarnya.
"Okey dah. Abang nak mandi. Sayang dah mandi belum?" Harris mula menyoal apabila Husna macam tak ada reaksi atau balasan. Masih malu agaknya. Dia tak kisah pun pasal 'benda' ni asalkan dia dapat Husna. Dapat cinta Husna. Dia takkan paksa Husna selagi Husna tak merelakan. Lelaki memahami bukan? Ya. Harris tahu itu. Harris mula menjauhkan diri daripada Husna lalu mencapai tuala di ampaian. Husna hanya memerhati.
"Be..belum.." jawab Husna tergagap-gagap. Biasanya dalam novel, lelaki mesti miang malam pertama. Lagi-lagi kalau dia tahu bini dia tak mandi. Lagilah miang. Tapi Husna tak tahulah kalau Harris ni jenis macam tu. Harap-harap tidaklah. Dia belum bersedia. Belum bersedia okey. "Oh. Erm..Husna nak mandi dulu? Abang mandi nanti." Husna menggeleng laju. "Tak apa tak apa. Senior mandilah dulu nanti Husna mandi."
Harris senyap. Dia memandang wajah Husna yang terpinga-pinga. Nafas dihela dengan berat. "Husna, abang suami Husna sekarang. Please change your call to me. I'm not your senior anymore." Pesan Harris sambil memandang mata Husna dengan pandangan sayu. Satu perkataan. Satu perkataan yang menyebabkan dia tahu apa isi hati Husna terhadap dia. Apa gunanya perkahwinan ni kalau Husna masih anggap dia sebagai orang luar? Apa gunanya? Harris menghela nafas dengan berat lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Pintu dikunci. Harris bersandar di belakang pintu. "Ni bukan apa yang aku nak."
YOU ARE READING
Psycho Of Love
Romance[ The Great Writer Winner Novaestar Award 2017 ] "Senior...tolong lepaskan saya.." "Shhh my love" Dia bukan lelaki perfect. Dia gila. Dan dia psiko. Psiko akan kau. ⚠WARNING ONLY 15+ CAN READ THIS⚠ Start Publish: 21/12/2016 End Publish: 31/12/2017 H...