#26

73.7K 3.5K 742
                                    

Harris memandang kosong kertas di hadapannya. Mengikut apa yang dia tahu, kertas ni merupakan kertas ujian psikologi untuk menguji tahap kepsikoan dalam diri. Harris mengangkat kening lalu memandang Doktor Najihah di hadapannya. "Is this is so important than my RM1 million project doctor?" Harris menggunakan nada yang sinis kali ini.

Dia datang dan tinggalkan urusan kerja dia yang bernilai RM1 juta untuk ni je? Ini sahaja? Kali ini, Doktor Najihah pula yang tersenyum sinis. "Then your marriage is lower than RM1 million huh?" Harris terdiam. Tak guna. Pandai betul doktor ni memanipulasi dirinya. Nak tak nak, dia terpaksa juga menjawab 'ujian' ini.

Tidak sampai 30 minit, semua soalan dijawab dan kertas itu diberikan semula kepada doktor psikologi itu. "You mark it by your own. I need to go. About the result, just message me like usual." Usai berkata sedemikian, Harris segera keluar dari bilik Doktor Najihah itu. Tidak sanggup dia berlama-lama di situ. Seperti dia seorang pesakit mental dalam keadaan kritikal walhal keadaan dia amat baik sekarang ini.

Teramat baik.

Harris menyandarkan tubuhnya di tempat duduk kereta. Dia memejamkan mata lalu mengeluh pendek. Apa yang dia buat ni betul ke? Kalau tak betul, apa akan jadi agaknya? Harris segera menghidupkan enjin keretanya dan bergegas ke syarikatnya.

Saat dia masuk ke dalam ruangan kerjanya, dia melihat Husna sedang bertungkus-lumus menyiapkan kerja. Wajah Husna dari sisi amat cantik dan dapat menyejukkan mata dan hatinya. Tanpa sedar, sebuah senyuman terbit di bibir.

"Sayang." Panggil Harris. Beberapa orang pekerja yang berada berdekatan dengan Husna menoleh memandang Harris dan Husna. Mereka tersenyum. Sungguh sweet pasangan suami isteri ini.

Husna mengangkat wajah lalu memandang wajah Harris yang tersenyum manis. Husna turut tersenyum lalu bangun. Tangan Harris dikucup. "Dah balik dah? Macam mana tadi? Okey?" Harris mengangguk. "Okey je. Erm.. can you make me a cup of teh ais?"

"Sure. Nanti sayang bawakan ke pejabat abang."

"Okey honey. Thank you."

"My pleasure, boss." Lalu, Husna ketawa kecil. Harris menggeleng lalu masuk ke dalam pejabatnya. Kerusi kerjanya menjadi pelabuhan dia saat ini. Penghawa dingin yang tidak tertutup tadi menambahkan kedinginan di dalam ruangan pejabatnya. Sungguh indah situasi dia dengan Husna saat ni. Adakah ini akan berkekalan?

Agak-agak apa reaksi Husna kalau tahu dia menipu? Atau dia sebenarnya mengalami masalah mental? Bagaimana? Harris meraup wajahnya lalu mengeluh kecil. Selagi dia masih hidup, dia takkan lepaskan Husna walau apa-apapun yang terjadi. Itu tekad dia. Sampai bila-bila.

Harris kembali menyambung kerjanya yang tergedala sambil menunggu kedatangan Husna bersama air kegemarannya. Teh ais.

***

Syafiq menghela nafas lega setelah operation pesakitnya telah berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah. Syafiq membuka topengnya lalu segera menuju ke bilik air. Tangan harus dibasuh. Ketika dia ingin masuk ke biliknya, dia baru teringat bahawa dia harus berjumpa dengan Doktor Najihah. Dia harus tahu kenapa Harris selalu datang ke sini.

Pintu bilik Doktor Najihah diketuk. Tidak lama kemudian, suara doktor itu menyuruhnya masuk. "Assalamualaikum doktor." Sapa Syafiq sambil menutup kembali pintu bilik Doktor Najihah. Doktor Najihah yang tadi sibuk menganalisis fail pesakitnya mula memandang wajah Syafiq.

"Waalaikumsalam Doktor Syafiq. Yes? Anything that I can help you?" Soalnya lalu menutup kembali fail tersebut dan diletakkan di tepi meja. Meja yang agak bersepah dikemaskan sedikit. "Yes."

"Okay. Have a seat first."

Syafiq duduk setelah dipelawa. Doktor Najihah memandang Syafiq sambil mengangkat keningnya. "Apa dia?" Soal doktor itu penasaran. Syafiq mengetap bibir. "Actually, this is quite privacy but.. I have to know this doctor."

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now