#36

73.7K 3.1K 427
                                    

"Twinkle twinkle little star. How I wonder what you are."

"Tak nak lagu tu. Nak lagu lain," kedengaran suara Husna meleret sambil menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Lengan Harris diambil lalu dibuat bantal. Pinggang Harris dipeluk sambil mendalamkan lagi kepalanya ke dada Harris.

Harris mengeluh kecil. "Nak lagu apa sayang? Aku dah nyanyi berbelas lagu tahu tak? Pergi tidurlah. Mengada nak lagu pula." Kepala Husna ditolak tepi namun Husna pantas menarik balik lengan Harris. "Awak, nak.." Husna mula merengek kembali. Bibirnya dicebikkan. Menunjukkan protes heh. Mengada betul.

"Baik aku baca ayat Al-Quran daripada nyanyi lagu."

Zas.

"Yelah. Asalkan saya tidur," Harris menjulingkan matanya lalu menarik Husna lebih rapat. Dia mengusap rambut Husna lembut sambil memandang mata Husna. Surah An-Nisa dibacakan. Surah ketiga dalam kitab Al-Quran. Husna yang mendengarnya tersenyum lalu mengangguk-angguk tanda suka.

Harris memandang Husna dari tepi. Bidadari syurganya. Setelah pasti Husna sudah tidur, dia kembali ke bilik yang dulunya rahsia, sekarang tidak lagi. Bilik inilah bilik kenangan dia dan Husna. Diarinya dibuka.

14.8.2017

Hye diary. Hari ni, aku kena buli dengan bidadari syurga aku. Dia suruh aku nyanyi lagu budak-budak untuk dia. Heh. Aku tahu suara aku sedap tapi tak perlulah buli aku macam ni. :') . Apa-apa pun aku masih berusaha untuk dapatkan zuriat. Aku harap, dalam masa terdekat. Aku dah boleh jadi seorang daddy. Okeylah tak nak daddy. Nak abi. Biar dia boleh jadi aset untuk aku dan Husna di akhirat kelak. Aamiin.

Buku berwarna hitam itu ditutup. Harris menghela nafas lega lalu tersenyum seorang diri. Ya. Dia akan serahkan segalanya kepada Allah SWT. Harris meletakkan buku hitam itu ke rak buku. Terdapat pelbagai buku berwarna yang sama tetapi di tepi buku tersebut terdapat juzuk buku. Maksudnya, buku yang pertama, kedua dan seterusnya.

Buku ini ialah buku ke-10.

Harris mengunci pintu dengan rapat. Satu hari nanti, bilik ini akan menjadi sumber rujukan buat anak-anak mereka. Maksudnya, kalau anak-anak mereka ingin tahu kehidupan abi dan uminya sebelum dan selepas berkahwin, inilah dia.

Harris kembali mendaki anak tangga dan berbaring di sebelah Husna. Tubuh Husna ditarik rapat dan bantal peluk ditolak ke tepi. Dia ingin Husna menjadi bantal peluknya dan bukan benda lain lagi. "Goodnight honey."

***

Bau kopi yang harum menusuk rongga hidung Nik. Dia memandang sekeliling. Mana pula datang kopi ni? Nik bangun dari tempat duduk dan mengintai dari dalam. Fuh. Tak ada orang beb. Apa yang dia bau ni? Bahaya.

Nik menelan air liur dan dengan perlahan, dia memusingkan tubuhnya. Zikir menjadi peneman. Laungan Allahuakbar juga bergema di dalam biliknya. Dia memejamkan mata. Tak ada apa akan jadi kan pada waktu pagi? Tak kan? Atau ya?

Tiba-tiba telefon pejabat berbunyi. Nik terkejut sehinggakan dia terlompat daripada kerusi. Telefon itu dipandang lama sebelum dia teragak-agak untuk menyambutnya. "Nak atau tak? Nak ke tak?" Soalnya sendirian. Nik menelan air liur lagi. Mana Firman ni?! Mana yang lain?! Ya Allah. Diaorang ni makan gaji buta ke apa?

Gagang telefon diangkat dan senyap. Tiada apa yang terjadi. Tiada suara yang memenuhi corong telefon. Hanya senyap dan kedengaran hawa suara. "Assalamualaikum bos." Erk? Suara siapa ni? Nik membetulkan kedudukannya dan tali leher dibetulkan. Dia berdehem kecil sebelum menyambut salam. "Waalaikumsalam. Siapa ni?"

"Saya. Fir. Bos buat apa kat office hari Ahad ni?" Soalan Firman membuatkan Nik terkedu sebentar. Macam mana Firman tahu dia dekat pejabat sekarang ni? "Macam mana kau tahu?"

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now