#42

69.4K 3.1K 543
                                    

Nasib baik itu semua satu mimpi.

Harris memandang sekeliling. Semuanya terang. Dia memandang lagi. Ya. Tak salah lagi. Ini memang pejabatnya. Maknanya, dia pengsan lah kan? Dan, tiada siapa tahu bahawa dia pengsan? Walaupun atuknya sendiri?

Wow. Nice.

Harris bangkit daripada atas lantai yang beralaskan karpet. Kepalanya berdenyut-denyut. Terasa berat sahaja ketika ingin bangun semula. Macam mana boleh dia pengsan? Dia sendiri tidak tahu. Harris segera duduk di atas kerusinya apabila dia sudah tidak bermaya untuk berdiri lama-lama. Kepala semakin kuat berdenyut. Dia rasa, dia perlu segera balik.

Cakap pasal balik, Husna apa cerita ya?

Dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja. Punat ditekan dan terdapat beberapa missed calls dan mesej. Harris tersenyum. Walaupun atuknya sendiri tak kisah pasal dia, dia masih ada Husna. Harris segera menelefon semula Husna.

"Assalamualaikum abang. Abang kat mana? Sibuk ke? Bila nak balik? Kenapa tak jawab panggilan Husna tadi? Husna risau tahu tak?" Ya. Itulah yang dirindukan. Bebelan kanak kanak fanta yang sudah tua. Ceit. Harris tersenyum. "Waalaikumsalam sayang. Sorry tak angkat call sayang. Abang tertidur tadi. Abang dah nak balik dah ni. Saja call sayang dulu. Sorry honey."

Husna berdecit. Cis. Tertidur rupanya. Ingatkan Harris ada apa-apa masalah. Yelah. Tengok perangai Harris tu mustahil Harris tak ada apa-apa masalah kan? Haihlah. "Ha yelah kalau macam tu. Balik tu hati-hati. Husna tunggu abang kat rumah. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Panggilan dimatikan. Tenang sedikit hati Harris setelah mendengar suara Husna. Kepala Harris yang tadi berdenyut kembali tenang. Seperti disuntik dengan ubat penenang. Mungkin ini yang dinamakan cinta? Puih. Abaikan.

Aku hanyalah budak yang belum habis sekolah yang berkata-kata tentang cinta.

Harris segera mengemas mejanya yang agak bersepah dengan fail-fail dan kertas-kertas kerja. Satu per satu diletakkan di tempat asal. Takut ada yang hilang atau tidak tersusun. Masak nak kena kemas dari A sampai Z nanti. Kot yang berada di atas sofa diambil lalu disarung ke badan. Malam-malam macam ni sejuk dia lain sikit. Menyengat gitu.

Apabila dia ingin keluar, dia ternampak figura atuknya yang sedang duduk sambil meletakkan tangan di kepala. Harris berasa hairan. Takkan atuk dia tak balik lagi? Kenapa masih duduk di situ? Bukan dah malam ke ni?

Harris perlahan-lahan mendekati datuknya. Dia berhadapan dengan figura tersebut. Beg bimbit diletakkan di atas meja berhampiran. Bahu datuknya ditepuk lembut. Sekali. Dua kali dan tiga kali.

"Hey, what are you doing here?" Soal Harris dengan nada yang hairan. Mestilah hairan. Entah apa-apa yang atuk dia buat kat sini sorang-sorang. Buang tebiat? Tan Sri Irwan memandang wajah Harris lalu tersenyum nipis. Tangannya yang sudah berkedut menoyoh matanya. Cuba menghilangkan rasa ngantuk.

"I thought you already home."

"I am but not after I found one old man sitting here while touched his head."

Tan Sri Irwan ketawa kecil. Sekurang-kurangnya, Harris masih pedulikan tentang dirinya. "Is dah nak balik. Pejabat ni pun dah nak tutup. You still wanna stay here or not?"

"If I won't, would you lift me?" Harris memandang jam tangannya di pergelangan kiri. Okey. Masih ada lagi beberapa puluh minit sebelum dia menemui Husna di rumah. Harris memandang wajah datuknya yang seperti baru bangun tidur. Mungkin tadi datuknya datang dengan driver.

Harris mengangkat kening. "Why not?" Lalu, dia bangkit dan segera mencapai beg bimbitnya. Tangan dimasukkan ke dalam poket dan dia sudah bersiap sedia untuk masuk ke dalam lif. Cuma, tunggu Tan Sri Irwan sahaja. Entah kenapa Tan Sri Irwan seperti tiada tenaga untuk berjalan lagi.

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now