#48

58K 2.9K 326
                                    

Alhamdulillah, aku menang. Terima kasih kepada korang yang mengundi. Seperti aku janjikan, double chapter untuk korang. 3000+ words. Lepas ending, bonus chapter. Lepas bonus chapter, aku akan tubuhkan group Whatsapp POL untuk korg pula ya.

Enjoy!

Harris terkekek-kekek ketawa apabila dia melihat kembali video dia dan Husna menari lagu baby shark di dalam pejabatnya sendiri. Tak sangka Husna boleh mempengaruhi dia sampai begini sekali kerana dulu dia bukannya senang dipengaruhi. Memang terbuktilah Husna ni separuh daripada dirinya yang lagi satu; baik, comel, periang dan suka ketawa.

Cakap tentang dipengaruhi, Harris teringat kembali tentang zaman sekolahnya di mana saat Harris mengucapkan kata-kata terakhir buat Husna apabila Husna memberikannya syarat jika hendak bersama Husna. Harris tersenyum sinis lalu menutup video tersebut. Telefon diletakkan di tepi sambil dia merenung ke arah gambar perkahwinan dia dan Husna yang terletak elok di atas meja. Dia kini sedang berada di bilik rahsianya yang kini sudah tidak menjadi rahsia.

Ya. Sejak daripada itu memang dia ambil keputusan untuk tidak lagi terjebak dengan gejala malas. Selaku anak tunggal di dalam keluarga, semua permintaannya dipenuhi oleh ayahnya, Dato' Irsyad. Harris sengaja masuk ke kelas belakang dan mengambil aliran yang paling senang kerana dia tidak suka mendapat tekanan ketika belajar. Dia lebih senang untuk bersikap fleksibel.

Tetapi, untuk mendapatkan Husna, cara fleksibel tidak berkesan. Oleh itu, dia perlukan cara yang lebih berkaliber dan berwibawa. Akhirnya, Harris memutuskan untuk mengambil subjek-subjek yang sepatutnya dia ambil iaitu sains tulen atas kehendak Dato' Irsyad. Atas salah satu sebab mengapa Dato' Irsyad hendak Harris mengambil subjek tersebut supaya senang untuk Harris menguruskan syarikat mereka nanti dan ya, Harris merupakan pewaris tunggal bagi syarikat IH Sdn.Bhd..

Dia mengupah cikgu persendirian untuk belajar di rumah manakala di sekolah, dia terus bertukar ke aliran lain walaupun cikgu memberitahu bahawa terdapat risiko besar jika mengambil subjek tersebut kerana Harris sudah tertinggal silibus Tingkatan Empat. Harris hanya tersenyum sinis mendengar cikgu yang menguruskan hal SPM dan dia hanya berkata, "Kalau saya tak sanggup ambil risiko tu, saya tak akan cari cikgu."

Semasa dia menjejakkan kaki ke kelas 5Venus, semua pelajar memandangnya dengan pandangan hairan, pelik dan juga serong kerana Harris yang mereka kenal adalah Harris yang baran, biadap dan kurang bijak. Itu apa yang mereka fikirkan. "Apahal pandang-pandang? Tak pernah nampak aku?" Itu sahaja soalannya saat pertama kali dia masuk ke kelas itu. Lalu, yang lain segera membuat kerja masing-masing. Harris tersenyum sinis dan mengambil tempat di sebelah seorang pelajar yang sangat nerd. Semestinya lelaki. Alasan? Senang untuk belajar dengan dia.

Hari pertama, hari yang amat tidak berjalan dengan lancar kerana Harris sering tidak fokus di dalam kelas dan dia juga sering ditanya oleh guru dengan soalan, "Awak masuk kelas ni, awak mampu ke carry subjek-subjek ni? Cikgu bukan apa cuma risau kalau-kalau nanti kamu stres belajar," Harris hanya mengangguk lalu menjawab dengan suara yang agak kuat, cukup untuk didengari oleh satu kelas. "What can I do if I'm too obsess with this killer subjects?" Lalu, Harris ketawa. Dia memandang setiap pelajar dengan pandangan yang tajam.

"Okey Harris. Kalau kamu rasa kamu tak mampu, jumpa cikgu." Harris mengangguk, sekali lagi. Dia hanya tersenyum sinis dengan apa yang dia alami saat itu. Soalan demi soalan, sinisan demi sinisan sehinggalah suatu hari, dia berjaya mendapatkan tempat nombor satu di dalam kelas. Saat itu, semua orang terkejut termasuklah cikgunya sendiri.

Tipulah kalau cakap Harris merendah diri, bersikap malu apabila dipuji dan menjadi lebih sopan. Tak. Itu bukan Harris. Malah, dia membongkak, meriak dan mentakbur. Okey tu lagi tipu. Harris ialah Harris. Apa yang dia dapat dia berasa biasa sahaja. Tidak rasa bangga atau merendah diri. Heartless.

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now