#20

86.5K 4.1K 764
                                    

Kedatangan seseorang di dalam koridor itu membuatkan semua pekerja menoleh ke arahnya. Pandangan mereka tidak lagi tertumpu ke arah komputer atau fail malah mereka menumpukan pemandangan mereka ke arah seseorang itu. Di belakangnya terdapat beberapa orang terbesar di dalam syarikat.

"Goodmorning everybody." Sapa salah seorang Ahli Lembaga Pengarah. Di sebelahnya terdapat seseorang yang baru. Mungkin pekerja ataupun ketua.

"Goodmorning dato'."

"I want to make annoucemant. As you know, Encik Ifhzan Harris dah meletakkan jawatan sebagai CEO. For couple weeks, kita tak ada CEO and today. We have a new CEO. Introduce, Encik Nik Mikail bin Profesor Haji Nik Muhammad."

Pengumuman tersebut mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh pekerja. Senyuman mekar mulai terbit di bibir pekerja khususnya pekerja wanita. Sudahlah dapat bekas CEO yang hensem dan muda dulu. Sekarang pun sama? Wah wah. Memang rezeki namanya ini.

Lelaki yang bernama Nik itu tampil ke hadapan lalu bersalaman dengan pekerja-pekerja lelaki sahaja. Dia melemparkan senyuman kepada pekerja di bawahnya.

"Encik Nik, sila bagi ucapan untuk mereka." Nik mengangguk sekilas lalu berdiri di hadapan mereka. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. "Assalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya, Nik Mikail. Boleh panggil Tuan Nik. Saya berasal dari Kelantan. Anyone from Kelantan?"

Hampa. Tiada seorang pun. Kesian.

"Alaa baru nak kecek Kelate sikik ni. Tak apalah. Saya harap korang boleh bekerjasama dengan baik bersama saya lepas ni. Anything boleh tanya PA saya dan semestinya bukan saya. Erm..tu je lah. Have a nice day!" Ucapnya riang sambil melambai-lambai. Persis seperti seorang jejaka yang berjumpa dengan belon udara panas? Tetiba.

Para pekerja ketawa apabila melihat CEO dia jenis yang kebudakan dan sangat riang. Satu petanda yang bagus. Lainlah Harris dulu, muka ketat macam kena ikat dengan tali pinggang. Nak bercakap pun jarang gila. Macam ada emas, berlian, intan permata dengan kaca dalam mulut tu.

"Baiklah Encik Nik. Encik Nik punya PA ialah Cik Liyana." Nik terus memandang ke arah ahli lembaga yang menyatakan bahawa personal assistant dia perempuan. Hoho. Memang tidak dia akan pilih gadis itu. Dia sedikit rasist dan anti dengan wanita. Ha. Nak tahu kenapa? Nanti ya beta ceritakan. Sabar dahulu.

Nik mendekati ahli lembaga tadi lalu berbisik. Kenalah bisik. Tak baik buka aib orang depan orang ramai. "Maaflah. Tapi saya tak nak perempuan yang jadi PA saya. Kalau boleh, saya nak lelaki." Pada mulanya, ahli lembaga itu terkejut tapi bila difikirkan balik, itu memang tindakan yang benar lagi saksamalah. Sebab Nik ni... (rahsia)

"Baiklah. Liyana dan Firman ikut saya sekejap. Yang lain, kamu boleh sambung kerja kamu."

Dengan sekali arahan, para pekerja mula menyambung kerja-kerja mereka semula. Nik mengangguk perlahan. Baguslah. Nampaknya, dia mempunya pekerja yang bertauliah kali ini. Tidak seperti di syarikat pak ciknya. Nik menggeleng perlahan.

"Encik Nik," bahu Nik ditepuk dari belakang. Nik menoleh lantas tersenyum. Terserlah kerataan giginya yang tidak memakai sebarang braces. Berkilau lagi. "Ya tuan?"

"Firman sekarang jadi personal assistant kamu. Lagi satu, jangan panggil saya tuan. Kamu bos kan sekarang." Bahu Nik sekali lagi ditepuk mesra. Nik hanya mampu ketawa sambil menutup mulut. Bayangkan betapa comelnya Nik ketika itu. Tidaaakk. "Tak apalah. Sekali sekala. Apa-apa pun terima kasih ya tuan. Tanpa tuan, siapalah saya."

Ahli lembaga itu tersenyum. Senang dengan perlakuan Nik yang ramah dan merendah diri. Bukan senang nak cari orang macam ni dekat kota metropolitan ni. It ain't easy you know. Having one, is lucky. "Yelah. Suit yourself with the environment. Anything, just ask Firman. Uncle nak pergi dulu. Assalamualaikum."

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now