#44

69.8K 3.6K 611
                                    

Kereta Audi R8 dan kereta BMW i8 mula memasuki perkarangan Universiti Malaya. Ramai orang memandang ke arah kereta-kereta tersebut kerana bunyi enjinnya yang mengaum hebat. Harris yang berada di dalam kereta Audi R8 memusingkan stereng untuk mencari parkir yang sesuai. Setelah jumpa, Harris keluar daripada kereta dan mendapati ramai orang sedang berkerumun dari jauh untuk melihat dirinya dan keretanya. Kali ini, Harris tidak bersendirian. Dia telah membawa dua orang pengawal peribadi daripada syarikat yang Harris pernah membeli saham di syarikat tersebut. Harris dan para pengawalnya mula melangkahkan kaki ke fakulti Fakih.

Fakih seorang yang bijak. Sebab itulah, dia berjaya menempatkan diri dalam Universiti Malaya dan menjadi salah seorang siswazah di sini. Dengar khabar, Fakih sedang meneruskan pengajiannya untuk mendapatkan pangkat Master di sini pada usia yang muda. Umuf Fakih baru 26 tahun. Setahun tua daripada Harris.

Harris mula mencari dewan kuliah abang iparnya. Satu per satu diperiksa dan kadang-kadang, dia akan bertanya dengan pelajar di sini. Semestinya, pelajar lelaki. "Sekarang kitaorang tak ada kelas lagi. Tapi, Fakih mungkin ada kat perpustakaan ataupun bilik dia." Harris mengangguk saat teman satu fakulti Fakih memberikan jawapan. Setelah ucap terima kasih, Harris segera berlalu ke perpustakaan pula.

Saat dia mencari Fakih di perpustakaan, tiada langsung kelibat Fakih. Harris mengeluh hampa. Penat jugalah jalan satu universiti ni semata-mata nak mencari abang ipar. Harris berpatah balik lalu mencari bilik Fakih. Mengikut apa yang Husna beritahu, Fakih berada di dalam bilik yang bernombor 20. Tingkat 2. Fuh. Kena exercise jawabnya. Nampaknya, pengalaman semasa di universiti dulu kembali berulang. Heh. Tapi kali ni agak berbeza kerana ditemani para pengawal yang sado. 😎

Semasa Harris sedang mendaki anak tangga, kedengaran beberapa orang budak lelaki seperti sedang menjerit dan ada yang seperti bergelak tawa. Harris mula rasa tidak sedap hati. Dia memberikan simbol kepada pengawal-pengawalnya melalui pandangan padu. Pengawal-pengawalnya mengangguk lalu segera mengambil langkah.

"Tak guna betul," Harris mula mencarut dalam hati apabila melihat Fakih dibuli oleh beberapa orang pelajar lelaki. Dengan sekali gerakan jari sahaja, para pengawal Harris mula mengambil tindakan. Seorang daripada mereka bertindak untuk memusingkan tangan si pembuli manakala yang seorang lagi memusingkan tubuh kawan si pembuli lalu menangkap kedua-dua tangannya.

Harris segera mendapatkan Fakih yang sudah terduduk apabila terkena sepakan daripada si pembuli. Harris mengetap bibir lalu menutup mata. Tangan dikepal menjadi penumbuk lalu pipi si pembuli ditumbuk. Tak cukup dengan itu, sepakan pula diberikan kepada si pembuli.

"Kau kalau nak lawan, lawan dengan akulah!" Cabar Harris lalu dia memberikan sekali lagi tumbukan padu di pipi kiri si pembuli, Izham. Harris melipat lengan bajunya sehingga ke paras siku. Merah jugalah buku lima Harris. Mungkin terkena jawline Izham. "Harris, dah dah. Jangan bergaduh. Abang okey je ni." Fakih segera menarik lengan Harris apabila melihat Harris ingin menumbuk teman Izham pula.

Harris memandang Fakih. "Okey apanya kalau masuk hospital ha? Eh, kau. Kau ingat kau hebat sangat ke s***?! Setakat buli abang ipar aku apalah sangat weh. Nak lawan, lawan dengan akulah!" Lepas memarahi abang iparnya, Fakih, si Izham pula kena herdik. Padahal, umur dia lebih muda berbanding dua orang di hadapannya ini. Tapi, Harris tetap Harris. Ingat dia pengecut? Semestinya tidak.

Fakih terdiam saat Harris memarahinya. Ya. Fakih sudah dimaklumkan oleh Husna bahawa perangai Harris ni lain sikit. Panas baran dia tak boleh dijangka. Kalau nak tenangkan dia, kena cakap lembut-lembut. Kalau tak, memang takkan jalan. "Harris, demi abang. Jangan bergaduh. Tolonglah. Abang takut nanti dekan dapat tahu. Habislah abang."

Harris terus mencerlung tajam ke arah Fakih. "Yang abang Fakih takut sangat kenapa? Dia ni yang sepatutnya takut! Ha kau, asal kau diam?! Tak berani?! Dasar pengecut!" Hambur Harris. Kali ini, semua yang berada di situ kecut perut termasuk pengawal-pengawal yang diupahnya. "Korang bernasib baik sebab aku tak campak korang kat kubur hidup-hidup! Kalau aku dapat tahu korang buli Fakih lagi, memang mati korang berdua! Faham tak?!"

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now