#9

120K 4.7K 622
                                    

Husna mula membuka mata perlahan-lahan apabila dia mendengar suara azan Subuh berkumandang. Selimut di paras bahu dinaikkan sehingga leher. Rasa nak selubung satu badan je. Tiba-tiba perut Husna disinggah oleh sepasang tangan. Mata Husna terus dibuka besar. "Abang.." panggil Husna dengan nada yang seakan-akan merajuk. Namun, tangan Harris tidak ditepis.

"Hm.." sahut Harris dengan keadaan yang masih mamai. Tubuh Husna ditarik mendekatinya lalu dipeluk rapat. Rambut Husna dihidu. "Abang, bangunlah. Dah Subuh ni. Nanti tak sempat solat Subuh." Husna mendongak memandang wajah Harris yang masih menutup mata. Rambut Harris masih serabai. Leher Harris pula erm..Husna yang buat ke? Uhuk huk.

Harris senyap tanpa memberikan sebarang balasan. Husna mencebik lalu mengangkat tangan sasa Harris. Nampak sangat beza saiz antara tangan dia dan Harris. Perbezaan yang terlalu besar. Harris mendegus kecil lalu menarik kembali tubuh kecil Husna sehingga badan Husna selamat mendarat di dada bogel Harris. Cis. "Abang!" Husna menepuk dada Harris dengan wajah yang cemberut. Orang nak solat nak mandi lagi ish. Geram pula orang dibuatnya.

Harris ketawa kecil dan matanya dibuka. Memandang wajah yang diidamkan sejak dulu lagi. Harris segera mengucup bibir Husna lalu tersenyum. Ya ya dan ya. Kini, Husna miliknya. Seperti yang dia idamkan. "Abang tak bangun, Husna nak merajuk. Tak nak cakap ngan abang dah." Ugut Husna sambil meletakkan dagunya di dada Harris. Harris hanya senyap sambil mengusap kepala Husna. "After I get my morning kiss."

Husna mencebik. Banyaklah ciuman pagi. Mulut tak gosok lagi nafas pun masih berbau. Air liur..eiiyuck. "Nantilah. Husna nak mandi dulu. Berbau busuklah badan ni." Ujar Husna sambil membuat muka simpati. Ala-ala muka puppy big eyes tu. Harris menggeleng. "Husna.." panggil Harris tegas. Okey. Ni yang Husna tak suka. Ish! "Fine!"

Bibir Harris dicium dalam 3 saat mungkin? Harris tersenyum kemenangan manakala Husna sudah beristighfar dalam hati. Jangan marah Husna. Dia layak. Husna mula bangun dari dada Harris lalu mencapai selimut yang menutup badannya. Akhirnya dia bebas! Bebas untuk berendam dalam bathup!

Badan Husna ditarik lagi lalu Harris menindih badan Husna. "Abang tak bagi morning kiss lagi."

Harris senyum.

Senyum miang tahap

Tinja.

Tinja.

Tinja.

Dan tinja.

***

"Mulai daripada hari ini, saya, Tan Sri Irwan Hamdan menyerahkan syarikat IH Sdn Bhd kepada cucu saya iaitu Ifhzan Harris bin Dato' Irsyad Hafiz!"

Bunyi tepukan memenuhi ruang bawah pejabat. Beratus-ratus orang pekerja turut hadir dalam majlis persaraan Tan Sri Irwan Hamdan. Hanya sebuah jamuan kecil yang mengiringi majlis persaraan Tan Sri Irwan Hamdan.

Tan Sri Irwan menepuk bahu Harris tanda Harris pula yang sepatutnya bercakap. Harris mengangguk lalu berdiri di hadapan khalayak ramai atau lebih tepat di hadapan meja receptionist. "I just want to say thank you to my grandpa because believe in me in managing this huge company. I hope all of you will cooperate with me with the best effort. For all of you information, today, my wife, Husna Raudhah binti Ahmad Bakar will be my new personal assistant since Kak Maya, my grandpa's assistant had quit. I hope you will accept this decision. Any question?"

Para pekerja memandang sesama sendiri. Mungkin salah seorang daripada mereka ingin bertanya namun, tiada. Harris menganggukkan kepala. "Okey. Kamu semua boleh makanlah dulu since sekarang pun waktu tengahari." Jam Rolex dikerling. Jarum pendek menunjukkan angka 12 manakala jarum panjang menunjukkan angka 1. 12.05 tengahari.

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now