#33

61.4K 3K 659
                                    

Hanya bunyi kicauan burung sahaja menemani pagi itu. Harris sudah bangun terduduk di atas katil dia dan Husna. Jam loceng yang berada di atas meja dipandang sebelum dia mencapai telefon pintarnya.

TO: OFFICER

I'm not coming

Send.

Dia meletakkan kembali telefon pintarnya di tempat asal sebelum dia menoleh memandang Husna yang masih nyenyak tidur. Nasib baik Husna 'cuti' . Kalau tak, dah lama kena ngap. Harris segera memakai baju tshirt nipis berwarna putih. Memang tabiat dia kalau tidur, tak pakai baju.

Langkahnya tersangkut apabila kaki Harris terkena gari Husna. Gari besi itu memang panjang. Husna hanya boleh keluar daripada bilik sehinggalah ke ruang tamu. Tapi apabila sampai di pintu, Husna tak boleh keluar kerana panjang gari itu sampai di situ sahaja.

Kunci? Kunci dia tak ada siapa tahu. Harris dah letak di satu tempat rahsia. Dia yakin, Husna takkan dapat jumpa. Tapi, ikutkan hati, Harris memang kasihan dengan Husna tapi inilah pengajaran buat Husna. Dia dah lama bersabar dengan Husna tapi apa yang dia dapat? Masih sama sahaja.

Apabila Harris sudah siap berpakaian, dia turun ke bawah dan terlihat Husna sedang menyediakan sarapan untuk dirinya. Hari ini, Harris hanya berpakaian casual. Ambil cuti kan. Husna yang mendengar derapan kaki seseorang terus memandang ke arah tangga di mana Harris sedang turun.

Pandangan mereka bertaut lalu Husna cepat-cepat melarikan pandangan. Takut. Kali ini, Harris nampak lain. Sangat dominan.

"Masak apa?" Soal Harris datar. Husna mengangkat wajahnya memandang Harris sekejap. "Mee goreng basah." Harris mengangguk tanda dia berpuas hati. Lengan baju tshirt yang panjang itu disinsingkan lalu dia duduk di salah satu kerusi.

Mereka tidak bercakap. Hanya kedengaran bunyi gari besi sahaja apabila terkena lantai. Harris pernah ternampak juga Husna garu-garu pergelangan kaki dia. Mungkin gatal atau mungkin sebab besi tu tak sesuai dengan kulit sensitif Husna.

"Awak makanlah dulu. Saya nak kemas dapur." Ujar Husna setelah dia meletakkan beberapa cedok mee goreng basah ke dalam pinggan Harris. Harris mendiamkan diri lalu menyuap satu demi satu suapan ke dalam mulutnya. Dia masih lagi memerhatikan Husna yang bertungkus-lumus mengemaskan dapur.

Melihat Husna kena gari sambil buat kerja rumah, memang dia tak sampai hati. Serius tak sampai hati. Tapi, dia harus bertahan untuk seketika. Dia nak buat Husna jadi serik. Dia tak nak Husna lari lagi lepas ni. Lagipun, ini baru je sehari Husna kena gari. Belum lagi sebulan. Dia target, sampai empat bulan baru dia akan buka gari Husna.

Apabila Harris sudah siap makan, dia bangun lalu meletakkan pinggan bersebelahan Husna. Husna menoleh memandang Harris sebelum menyambung membasuh pinggan. Harris berdiri di belakang Husna sambil memerhatikan Husna.

Okey.

Bukan perhatikan Husna.

Tapi badan dia.

Perfect.

Tapi kenapa dia tak mengandung lagi? Dah beberapa bulan diaorang kahwin dan dah beberapa kali Harris 'sentuh' dia. Kenapa Husna masih belum mengandung?

Masih belum ada rezeki agaknya.

Harris mengeluh. Dia keluar daripada dapur lalu mengambil sesuatu. Sesuatu itu dipegang erat dan dia masuk semula ke dapur. Harris mencangkung dan memegang pergelangan kaki Husna. Husna yang masi berdiri sambil membasuh pinggan terkejut.

"Awak buat apa?" Soalnya naif. Harris mendongak memandang Husna lalu dia memandang pergelangan kaki Husna kembali.

Klik.

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now