Teaser Psycho Of Love 2.0

20.7K 762 54
                                    

Assalamualaikum semua. Seperti yang tertera di tajuk, yes akan ada POL 2.0 but in e-book version maybe? Or buku bercetak? I've not confirm yet but yes akan ada. When? Saya sendiri tidak dapat pastikan tarikh yang sebenar but I'll do my best to do ASAP. So, here is the one of the content in the story.



Seorang kanak-kanak lelaki melangkah masuk dengan gaya yang cukup santai; tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket. Dia lengkap memakai sut berwarna hitam dan sepertinya auranya sangat kuat. Bersamanya terlihat seorang lelaki yang berumur 40-an lengkap memakai sut hitam juga dan terlihat sedang bermain mata dengan seseorang.

Harris mengetap bibir. Pandangannya tajam melihat ke arah lelaki 40-an itu seperti sedang berbicara melalui mata. Hadirin yang berada di ruangan mesyuarat memerhati kanak-kanak tersebut dengan pandangan yang pelik. Apa yang dia buat di sini? Siapa dia? Semua orang mulai berbisik antara satu sama lain kecuali Ifhzan Harris. Dia masih memandang tajam anak lelaki itu dengan ketapan bibir.

Anak lelaki tersebut tersenyum sinis apabila melihat memek muka Ifhzan Harris lalu dia mengambil tempat duduk di salah satu kerusi yang kosong. Kaki disilangkan dan rambut dibetulkan. "Ladies and gentlemen, I introduce myself, Ilman Harraz Bin Dato Ifhzan Harris," ujarnya sambil menayangkan senyuman sinis terhadap ayahnya, Ifhzan Harris. Lalu senyuman itu diganti dengan pandangan yang serius dan cukup tajam. The game just has started.


So what do you think? Jujur je. Author tak makan orang pun hehhehe. But tu la I also dont know what should I title this story. Any suggestions? Also bagitahu korang punya pendapat okey. I really appreciate it. Thank you in advance!



Psycho Of LoveOn viuen les histories. Descobreix ara