#22

87.1K 4.3K 438
                                    

"Tapi aku cintakan kau."

Satu ayat, empat patah perkataan telah menggetarkan hati wanita Husna. Husna memandang Harris dengan pandangan tidak percaya. "A--apa awak cakap?" Harris tersenyum sinis. "Sah. Kau memang pekak. Aku cakap aku tak sayang kau tapi aku cintakan kau."

Dup dap dup dap dup dap.

Husna melangkahkan kakinya menghampiri Harris. Dia mendongak memandang Harris. "Betul ke? Awak masih cintakan saya?" Harris mencapai tangan Husna lalu digenggam erat. Dia merapatkan lagi jarak antara mereka berdua.

"Aku tahu, aku banyak buat kau nangis kebelakangan ni tapi-- aku nak bagitahu kau satu perkara ni awal-awal." Anak mata Harris menikam anak mata Husna. Husna mengangguk perlahan-lahan seperti dipukau oleh kehenseman dan kekacakan Harris. Puih. "Kau jangan terlalu berharap yang perkahwinan kita akan bahagia macam drama atau novel yang kau pernah baca tu."

"Sebab aku, bukan lelaki sempurna yang mampu membahagiakan kau setiap waktu." Sambung Harris lagi. Husna menunduk ke bawah sambil memandang lantai mozek yang berwarna coklat pekat. Husna mengangguk sekali lagi. "Tapi, kau boleh berharap yang keluarga kita boleh bahagia macam orang dulu-dulu asalkan kau masih dengan sifat kau yang satu ni. Selalu mengalah dengan aku."

Tangan kanan Harris mengusap pipi kiri Husna dengan lembut. Lalu, dahi Husna dikucup. "Aku nak minta maaf sekarang untuk masa depan kalau nanti aku akan sakitkan hati kau atau buat kau nangis lagi. Aku tak dapat nak janji yang aku akan pujuk kau masatu macam sekarang sebab aku sendiri bergantung kepada emosi. Faham?"

"Faham." Husna menjawab dengan lembut. Harris tersenyum lalu menarik Husna ke dalam pelukan. Ah. Rasanya sudah lama dia tak peluk Husna dengan perasaan sebegini. Perasaan rindu, sayang, bersalah dan yang paling penting cinta. "Saya pun nak minta maaf."

"Aku maafkan kau. Janji dengan aku, kau takkan tinggalkan aku suatu hari nanti dan kau akan jauhkan diri dengan mana-mana lelaki ajnabi."

"In shaa Allah." Husna tersenyum lalu memeluk Harris erat. Dia boleh menjauhi beribu lelaki pun demi mendapatkan cinta Harris, iaitu suami dia sendiri. Harris mengusap rambut Husna lalu mencium ubun-ubun Husna. Setelah itu, dia meleraikan pelukan. "Aku pun nak minta maaf sebab-- aku-- layan kau kasar kat pejabat hari tu. Kau faham kan maksud aku?"

Husna mula mengimbas kembali perbuatan Harris terhadap dia sepanjang di pejabat semalam. Oh. Layanan kasar? Husna memandang Harris lalu mengangguk perlahan. "Saya ma--maafkan." Husna menjawab dengan nada yang agak tergagap. Harris yang menyedari nada Husna mengeluh kecil. Rasa perasaan bersalah semakin menebal di dalam hati.

"Awak." Husna memanggil Harris. Harris memandang Husna. "Hm?"

"Boleh tak jangan gunakan perkataan kau dengan aku? Saya lagi suka kalau awak panggil diri awak abang dan saya, sayang."

"Tapi kau masih gunakan panggilan saya-awak."

"Okey. Sayang tak guna dah panggilan tu." Husna tersenyum lalu mencapai tangan Harris. Harris mengangguk. "Okey. Siapa yang panggil selain daripada panggilan sweet macam ni, dia kalah dan dia berhak menuntut denda." Bisik Harris di telinga Husna. Husna menepuk dada Harris perlahan. Faham sangat dengan ayat Harris itu. Harris ketawa kecil.

"Kan bagus kalau gelak. Tak adalah muka ni cepat tua." Husna memegang wajah Harris lalu menarik bibir Harris ke kiri dan ke kanan. Membentuk sebuah senyuman. Harris melakukan perkara yang sama terhadap Husna. "Kan bagus juga kalau senyum. Tak adalah muka tu berkedut."

"Kedut ke muka sayang?"

Husna mula meraba wajahnya. Kedut ke? Umur dia baru 24 tahun. Takkan dah kedut? Harris ketawa lalu menarik pipi Husna. Husna hanya merelakan. "Tak adalah sayang. Tak kedut pun." Auch. Dengar perkataan tu, Husna tersengih macam kerang busuk. "It's been a long time you didn't call me sayang."

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now