#49

61.5K 2.6K 400
                                    

Bunyi kompang dipalu memenuhi suasana dewan yang bising dengan orang ramai yang sedang beratur mengambil makanan dan tempat duduk. Saat kompang dipalu, semua orang berhenti melakukan aktiviti untuk melihat para pengantin yang tiba manakala beberapa orang jurugambar giat menangkap kenangan manis pasangan-pasangan pengantin tersebut.

Dewan yang dihiasi dengan pelbagai perabot dan barang hiasan mengikut tema Prince dan Princess amat kelihatan mewah, sepadan dengan pasangan-pasangan pengantin ini. Kedua-dua pasangan pengantin ini berjalan di karpet merah, sesuai dengan tema yang diadakan. Tangan si suami merangkul tangan si isteri dan mereka berjalan beriringan. Senyuman langsung tak lekang daripada bibir kedua-dua pasangan.

"Diumumkan ketibaan pengantin yang pertama, Encik Harris dan Puan Husna bersama pasangan yang kedua, Encik Nik bersama Puan Ilyahani," pengumuman dibuat oleh MC yang bertugas yang menarik perhatian orang ramai dalam dewan tersebut. Lebih-lebih lagi si jurugambar yang langsung tidak memberhentikan kegiatannya. Pasti ada sahaja flash yang memenuhi wajah para pengantin.

Pasangan yang pertama melabuhkan punggung di atas pelamin yang disediakan setelah mereka naik ke atas pentas, diikuti dengan pasangan kedua iaitu Nik dan Ilyahani. Husna dan Harris, pasangan pertama saling memandang antara satu sama lain dengan pasangan kedua. Masing-masing bersikap malu apabila duduk di atas pelamin dan menjadi tumpuan umum.

Husna mengulum senyuman. Dah enam bulan kandungan baru nak bersanding ya? Itulah, masa kahwin dulu acah sangat tak nak bersanding grand-grand. Sekarang lagi malu kalau dah mengandung, bersanding lagi. Husna menggeleng kepala kecil, cuba membuang anasir negatif daripada kepala.

Ini semua atas permintaan atau lebih tepat, syarat yang diberikan oleh Harris. Dia yang memberikan syarat ini sewaktu dia, Nik dan Tan Sri Irwan berada di ruang tamu tempoh hari. Ingatkan syarat apa yang dikemukan oleh Harris. Nasib baik benda yang normal sahaja; tak ada panjat gunung, ambil gigi harimau kat hutan atau kumpul tujuh air daripada tujuh perigi yang berlainan.

"Is dah fikir masak-masak. Is terima kalau Nik masuk ke dalam keluarga kita dan menjadi suami Ilyahani tapi ada beberapa syarat."

Senyuman Tan Sri Irwan mati, begitu juga dengan Nik. Harris tak ada cakap pun nak bersyarat bagai sebelum ni? "Syarat apa?" Tan Sri Irwan menyoal lalu memandang Harris dan Nik. Nik turut memandang Harris, cuba mentafsir air muka Harris namun tiada apa yang dapat ditafsirkan kecuali..

Sebuah senyuman.

"Jap eh," Harris bangkit lalu bergerak menuju ke dalam keretanya. Apabila dia keluar, terdapat sebuah fail yang berada di dalam genggamannya. Nik membesarkan anak matanya, cuba untuk menjelaskan imej yang berada di retinanya.

Harris melabuhkan punggungnya di tempat tadi, sofa yang berhadapan Tan Sri Irwan. Fail yang dibawa tadi dibuka beriringan dengan senyuman yang dari tadi terukir. Macam orang menghidap penyakit angau pun ada. "Atuk, Nik. Ini fail perjanjian kita. Is nak tetapkan syarat tapi karang kalau terlanggar syarat tu tak boleh saman pula," ujar Harris.

Nik mengangkat kening lalu menoleh ke arah Harris. "Kau tak cakap pun ada syarat semua ni," nada Nik kedengaran lembut tapi tegas. Nasib baik umur dia dan Harris hanya berjarak setahun. "Aku sedang bagitahu la ni," Tan Sri Irwan menggeleng melihat kerenah Harris. Harris, Harris. Ku sangkakan kau dah berubah rupa-rupanya belum lagi.

Saat fail itu dibuka, hanya tertera empat syarat sahaja di situ. Fail bukan main besar tapi hanya sekeping kertas berada di dalam. Sengaja nak bikin suspen Harris ni. Nik menarik nafas lega dan adrenalinnya menjadi normal kembali. Syukur syaratnya tak gila sangat macam cerita dongeng tu.

"Syarat pertama, persandingan Nik Mikail bin Profesor Haji Nik Muhammad dan Ilyahani Hafizah binti Dato' Irsyad Hamid kena sekali dengan persandingan Ifhzan Harris bin Dato' Irsyad Hafiz dan Husna Raudhah binti Ahmad Bakar. Syarat yang kedua, selepas Nik Mikail kahwin dengan Ilyahani Hafizah, seminggu sekali kena pergi ke rumah ayah Ilyahani Hafizah dan Tan Sri Irwan Hamdan. Syarat yang ketiga, jangan sakitkan hati Ilyahani Hafizah sehingga dia lari daripada rumah kalau tidak, hukuman akan dijalankan di mana Nik Mikail tak dapat tidur serumah dengan Ilyahani Hafizah selama lapan hari. Syarat yang terakhir, hormat Ifhzan Harris dan Husna Raudhah sebagai sepupu ipar walau di mana pun Nik Mikail berada. Setuju?"

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now