2

9.1K 650 36
                                    

Kereta yang aku rasa dah cantik terparkir dalam petak parkir aku matikan enjin. Ala, boleh sangat kalau aku nak parkir senget-benget pun sebab hari ini hari Sabtu, mana ada pegawai nak main saman-saman.

Tapi, ya... aku tak nak jadi si bedebah yang kena maki dengan pemandu lain sebab mereka fikir aku gagal ujian parkir sisi. Oh, tolonglah! Aku lulus ujian litar sekali jalan je ya.

Jalan raya je yang kena repeat.

Tapi abaikan sahajalah. Yang penting sekarang aku kena collect bunga yang Kak Ros tempah, hantar dekat dia, balik dan tidur.

Jangan tanya kenapa aku jadi runner mak cik tu. Mentang-mentang aku banyak terhutang budi dengan dia, aku iyakan sahajalah segala arahan dia. Aku dengan Kak Ros tu pun dah macam adik-beradik kandung. Setakat ambil tempahan dia, tak ada hallah!

Sebaik sahaja menolak pintu florist ini, semerbak bau wangi bunga menerpa deria bau aku. Disebabkan aku bukan pencinta bunga, aku tak tutup mata sambil hirup dalam-dalam wangian ni. Aku terus tegur staf kedai ni. "Miss, saya nak collect tempahan,"

"Atas nama siapa ya?"

"Rosyaira,"

"Sekejap ya, saya inform bos. Kalau tempahan ni biasa dia yang uruskan,"

Perempuan yang bertag nama "Sabrina" itu terus berlalu ke bahagian lain kedai. Aku biarkan sahaja sambil melihat-lihat bunga-bunga segar yang bersusun cantik. Saat pandangan aku jatuh pada sebaris bunga daisy, entah kenapa aku tersenyum sendiri.

Teringatkan seseorang yang selalu tersenyum manis di saat aku memberikannya bunga.

"Oh my godddd! Is this for me, Mal?"

Aku tertawa senang melihat reaksi Aikha yang teruja memeluk bouquet daisy yang aku beri. Kepalanya aku gosok lembut sambil tersenyum.

"Congrats best student sekolah!"

"Thank you, Mal!" cengirannya masih tidak hilang malah pandangannya beralih pula pada Zed.

Sengih Aikha dikuasaduakan.

Tak perlu cakap apa-apa, Zed dah tergelak dulu. Bukan dia tak kenal adik dia macam mana. Manjanya ya ampun!

Bahu gadis itu Zed peluk kasar sebelum kepalanya diluku sedikit. "Yelah, aku belanja makan,"

"Eish, nak belanja tak payah la siap jotos kepala orang! Tak ikhlas!"

"Tu bayaran, tahu tak?"

Aikha menjelir pada abangnya. Tiba-tiba dia sudah menempel di sisi aku, siap memeluk lengan aku sekali dengan bunga yang aku bagi tadi.

"Malique... tengok Zed. Dia cederakan Aikha. Cepat, protect me from that evil!" rengekan Aikha bercampur tawa apabila Zed mengacah hendak melukunya lagi.

"Mal, kau jangan nak cover budak kecik ni! Meh aku sekeh kepala dia. Ketuk duit orang je kerjanya,"

"Ala, Aikha tahu duit tu papa bagi memang suruh belanja Aikha kan? Zed yang songlap!"

Aku cuma mampu pasrah sahaja apabila Aikha sudah menyusup ke dalam pelukan aku dan Zed masih membebel tak puas hati dengan adiknya. Adik-beradik aneh.

"Tempahan bunga atas nama Puan Rosyaira ya, encik?"

"Hah, ya!"

Aku memejankan mata, cuba menghapuskan kenangan lebih lima tahun lalu. Perit melihat kenyataan kini yang sudah tidak seperti dahulu.

Namun di saat aku berpaling menghadap si tuan kedai bunga, waktu seakan terhenti. Sekurang-kurangnya buat kami berdua.

"Aikha,"

Dia tidak bereaksi, hanya wajahnya masih kekal dengan ekspresi kaget. Aku cuba merapatinya. Siapa sangka Aikha sekarang-

"J- Jangan dekat!"

Kelam-kabut dia berpaling seperti cuba menyembunyikan wajah daripada aku. Dari belakang pun aku boleh nampak tangannya yang terketar mahu mengangkat jambangan bunga yang sepatutnya aku ambil.

Segera aku rapati Aikha, tapi tiba-tiba aku perasan bahunya menegang.

"Err... en- encik... boleh ke jarak sikit? I need to-"

"Kenapa Aikha macam takut dengan Mal?" soalan itu aku utarakan sambil mengepungnya dari belakang.

Sungguh aku tak suka cara Aikha yang takut-takut dengan aku. Ini bukan Aikha yang aku kenal.

"Malique... please..." rayu gadis ini perlahan. Tapi kenapa suara dia macam nak menangis?

"Kenapa? Kenapa takut sangat dengan Mal? Aikha masih jijik dengan Mal?"

"Tolonglah, Mal. Jangan muncul lagi depan Aikha, jangan muncul depan Zed, jangan muncul lagi depan keluarga Aikha. Just go away!"

Hati aku tersentap. Sebegini sekalikah benci Aikha pada aku? Ternyata lima tahun tak cukup untuk mengembalikan hubungan kami bertiga seperti dahulu.

Atau Aikha sebenarnya takut Zed jatuh kembali ke tangan aku?

Tubuhnya aku peluk dari belakang lalu aku sanggakan dagu di bahunya. Rindu. Aikha meronta, tapi aku tak pedulikan. Sedaya-upaya aku cuba kekalkan posisi kami. Mujurlah Sabrina tadi tidak muncul-muncul.

"Malique, lepaslah!"

"Not until you tell me what is wrong?" ucap aku cuba memujuk. Sisi kepala Aikha aku kucup lembut. Ternyata wangi rambut Aikha masih sama.

"Mommy!"

Suara kecil seorang kanak-kanak mengejutkan aku, membuatkan pelukan aku pada Aikha melonggar. Lincah sahaja gadis ini mengambil kesempatan dengan melepaskan diri dari rangkulan aku.

"Luna sayang, nampak macam kita kacau mommy dating je,"

Seorang wanita turut muncul bagai mengekori kanak-kanak perempuan ini.  Aku hanya tersenyum, kekok mahu memberi reaksi apa namun aku lihat Aikha sudah memeluk erat anak kecil itu.

Comel budak ni. Kecil-kecil dah cantik. Tapi apa kaitan budak ni dengan Aikha sampai dia panggil mommy?

"Mommy, ni daddy ke?"

"Bukan!" suara Aikha yang tiba-tiba melengking membuatkan aku dan wanita tadi terdiam.

Aku ingatkan budak kecil - yang aku rasa namanya Luna - ini akan menangis apabila dibentak tiba-tiba macam itu, tetapi ternyata tekaan aku salah.

"Mommy tipu! Ni mesti daddy!" jerit Luna kembali pada Aikha sebelum kaki aku pula dipaut.

Okey.... awkward...

"Luna, mana ada daddy. Papa kan ada? Jom kita pergi jumpa papa, jom," ujar wanita ini cuba berkompromi namun si kecil Luna malah menghentakkan kakinya tanda protes. Tangannya masih erat memeluk kaki aku.

"Tipu! Mama ada papa, mommy mestilah ada daddy kan? Lagipun tadi Luna nampak daddy peluk mommy, kan, daddy, kan?"

Soalan polos Luna yang memandang aku dengan mata bundar penuh mengharapnya membuatkan aku tak sampai hati nak menolak. Habislah aku, terperangkap dalam logik budak yang aku agak tak sampai lima tahun pun lagi umurnya.

Lantas senyuman sehabis ikhlas aku tarik sebelum mengangkat tubuh mungil ini ke dalam dukungan. Pipi tembamnya aku cium lembut. "Yes, honey. Ini daddy,"

"Malique Aqeef!"

"Apa ni, mommy? Dengan Luna pun nak gaduh. Betullah ni daddy. Kan, Luna?"

Luna mengangguk laju. Senang betul budak ni percaya cakap aku.

Hanya sekilas, namun aku dapat menangkap satu sinar yang tak mampu dibaca pada mata Aikha. Apa maksud pandangan itu?!

Tetapi sebentar cuma. Aikha memejamkan matanya sebelum kembali dibuka. Aku nampak, lain dengan tadi.

Senyuman tersungging di bibirnya.

"Okay then. But first of all, yang Mal tengah dukung tu Luna Amyra, anak saudara Aikha. And yang cantik sebelah Mal ni mama Luna, Kak Syira,"

Inner voice aku tertawa sendiri.
Does it ring a bell, Malique?

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now