10

6.8K 527 29
                                    

"Apa maksud papa?" soal Zed perlahan. Wajahnya bingung.

Jangan kata Zed, aku dan Aikha pun ikut sama kebingungan.

"Papa tahu Zaid tak ambil Luna dekat rumah anak yatim. I did a background check on her when you first took her in. Dan tentang Malique, papa dapat agak lepas papa halau Aikha.

"Fahrin, sepupu kamu, cakap dekat papa dia nampak Aikha tarik Malique ke bilik hotel dia masa majlis perkahwinan kamu. Fahrin bagi tahu papa lepas dia tahu papa halau Aikha. Dia syak anak yang dikandung Aikha ialah anak Malique,"

Aku terdiam apabila pandangan Uncle Zahir lurus ke arah aku. Sedikit pun aku tak menundukkan wajah. Aku tahu, itu salah aku.

Perlahan-lahan, mata itu memancarkan sebuah emosi yang sukar aku tafsir. Pelbagai gelojak perasan yang saling bergelut mahu diekspresi terbingkai di dalam anak matanya. "Tahu tak apa perasaan uncle masa tu, Malique?"

Aku angguk. "Marah,"

"Salah. Uncle sedih. Uncle rasa kena khianat dengan Malique yang uncle anggap macam anak sendiri. Tapi kamu tahu apa yang lagi sakit?" soalnya lagi sebelum anak matanya bergerak memandang Aikha.

"Lagi sakit hati papa bila anak perempuan kesayangan papa tarik lelaki masuk ke bilik dia. Pada hari perkahwinan abang dia! Lima tahun, Aikha, papa fikir apa dosa papa sampai anak papa sendiri tak reti beza dosa pahala? Apa salah papa dalam mendidik korang berdua?

"Papa selalu menyesal sebab halau Aikha, selalu risau dengan keselamatan Aikha, selalu doa untuk kebaikan Aikha, papa rindu sangat dekat Aikha. Tapi papa tak mampu nak jemput Aikha sendiri balik ke rumah. Hati papa sakit, nak.

"Bila akhirnya Malique datang sendiri ke rumah ni untuk melamar Aikha, papa lega sangat. Papa nak lupakan semua yang dah jadi sebelum ni sampailah Zaid ungkit balik tadi. Dan sekarang papa dah tahu kenapa Zaid menipu papa dan mama tentang keguguran Aikha.

"Zaid takut Aikha dengan Malique akan rampas Luna, kan?"

Lama terjeda. Hanya garisan tegang di wajah Zed dan urat-urat nadinya yang timbul sahaja menjadi saksi kesedaran dan kemarahan Zed. Tatapan tajamnya pada Uncle Zahir bagai orang terluka.

Barangkali terluka dengan ego sendiri apabila dikalahkan si ayah.

"Walau apa pun, Luna tetap anak Zaid, pa. Zaid dengan Syira yang jaga dia dari baby. Memang betul, Aikha ibu kandung dia tapi keparat macam Malique tak layak sentuh Luna!"

"Dan kau, Aikha. Kau ingat kau kahwin dengan Malique, aku nak serahkan Luna dekat kau? No. Aku akan bawa Luna jauh daripada kau!"

Sesudah menghabiskan kata-katanya, Zed langsung pergi meninggalkan ruang ini. Aikha di sisi aku tiba-tiba melorot ke lantai, mujur sempat aku sambut. Tak semena-mena gadis ini menangis terisak-isak. Barangkali terkejut dengan ugutan abangnya.

Uncle Zahir menghampiri kami, mengusap lembut kepala Aikha. "Jangan nangis, Aikha. Zaid takkan buat macam tu, kamu adik kesayangan dia. Papa kenal anak papa,"

Tak uncle. Selagi sejarah antara aku dan Zed menjadi rahsia yang tidak diketahuinya, lelaki tua ini belum cukup kenal Muhammad Zaid.

Melihatkan emosi Aikha yang tidak stabil, aku meminta izin pada ibu bapa Aikha untuk membawanya pulang. Tidak mungkin aku membiarkan dua beradik yang sedang dalam kekacaun jiwa duduk sebumbung.

Ketika sedang memandu pun, kepala aku tidak habis memikirkan amaran Zed. Aku tak percaya cakap Uncle Zahir, dia sepertinya hanya mahu menyedapkan hati Aikha sahaja. Aku pasti jika aku berkahwin dengan Aikha, Zed akan benar-benar membawa Luna pergi.

Heh, sebegitu dalam benci dia pada aku. Tetapi kemarahannya buat aku terfikir. Dia bengang dengan aku sebab rencana aku dan Aikha untuk mendapatkan Luna, atau ternyata akulah yang merosakkan adiknya, atau aku dan Aikha berhubungan di hari perkahwinannya?

Tak, saja curious.

"Mal, Aikha tak nak balik rumah,"

Wow, ayat pertama aku dengar dari mulutnya sejak tadi dan dia terus minta benda pelik. "Habis tu, nak balik rumah papa Aikha?"

Gadis ini menggeleng lemah. Tanpa sedar pastinya, bibirnya memuncung sedih. Mungkin mahu mencari escapisme namun tidak tahu bagaimana.

Pipinya yang sedikit merah dan terkesan jejak air mata aku cubit lembut. "Dah tu, nak pergi mana?"

"Hmm, hantar je la Aikha balik rumah. I'm tired," pintanya tapi masih dengan nada lemah tak bersemangat.

"Okey. Kalau Aikha penat, tutup je dulu mata, tidur. Dah sampai nanti Mal kejut,"

***

"Aikha sayang, bangun, kita dah sampai,"

Wajahnya jelas bingung saat membuka mata. Perlahan-lahan dia menyingkirkan bomber jacket aku yang menyelimutinya tadi.

"Kita dekat mana ni?" soalnya sambil menatap bingung persekitaran yang gelap.

Mungkin masih mamai dan menganggap kami sudah sampai ke kawasan rumahnya, dia terus membuka pintu kereta dan keluar. "Urghh, sejuknya!"

Segera aku turut keluar dari kereta dengan jaket yang disingkirkan Aikha tadi.

"Kita kat mana ni, Malique?"

Tubuhnya yang hanya tersarung sepasang baju kurung kapas aku litupi dengan jaket sebelum tubuh mungil ini aku peluk dari belakang. Tumpang menyanggakan dagu di bahunya sebelum aku bisik perlahan.

"Dekat syurga,"





Ceh sorga! Tak sedar peluk-peluk tu dosa lol Malique

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now