9

6.7K 592 51
                                    

"Uncle okey?"

Uncle Zahir berpaling memandang aku, meninggalkan pemandangan yang aku pasti dia rindu sepanjang 5 tahun ini. "Okey. Uncle okey,"

"Tapi uncle nampak distant dengan Aikha. Uncle masih marah Aikha?"

"Mal," panggilnya, kemudian menarik nafas dalam. Perlahan-lahan nafas itu dihembus kembali, bagai ada penyesalan ikut keluar bersama.

"Uncle percaya, hukuman paling berat dekat dunia ni ialah rasa bersalah. Bayangkan rasa bersalah uncle pada Aikha, uncle malu dengan diri sendiri. I hurt her, I abandoned her, uncle buang dia dari hidup uncle. My one and only precious baby girl,"

Aku pula yang memandang ke arah dapur, memerhatikan Aikha yang sedang selesa menyiapkan makan malam bersama mamanya. Diam-diam dalam hati aku tertoreh satu lagi luka tak berdarah mendengar kata-kata lelaki tua ini.

Benar, rasa bersalah yang aku kendong sejak lima tahun yang lepas kini menjerut aku kembali dengan tali-temali penyesalan. Aku sesak.

"Pa, Mal, jom makan," panggil Aikha lembut.

Tanpa mempedulikan kedinginan papanya sedari tadi, Aikha langsung menuju ke arah Uncle Zahir dan menarik tangannya. "Jom la makan, pa. Aikha masak tau! Papa mesti rindu masakan Aikha, kan?"

Lelaki tua itu termangu tidak tahu membalas apa. Akhirnya dia bangun sahaja dan mengikut langkah Aikha ke dapur.

Aku menurut sama dari belakang sambil tersenyum. Senang melihat mata Aikha yang berbinar terang apabila dapar berkumpul kembali bersama keluarganya. Kecuali tanpa...

"Kau buat apa dekat sini, Malique?"

Teguran kasar seseorang automatik menghentikan langkah kami ke dapur. Heh, speak of the devil!

"Zaid, apa tanya macam tu? Malique kan tetamu. See, Aikha balik rumah kita?" jawab si ibu. Turut berkongsi binar di mata yang sama dengan puterinya.

Melihatkan Zed yang tidak bereaksi dalam ketegangannya, aku pula bertanya. "Seorang je? Mana Syira dengan Luna?"

"Kau nak sibuk buat apa? Tu isteri dengan anak aku,"

"Zaid," panggil Uncle Zahir dengan nada yang agak tegas. "Tak elok tinggikan suara. Alang-alang kamu dah balik ni, jomlah makan sekali. Ajak Syira dengan Luna, kita dah lama tak makan sekeluarga,"

"No, Malique bukan keluarga kita,"

"Zaid..." panggilan lelaki tua ini sudah bernada amaran pada anak lelakinya. "He will be our family member soon,"

Mendengarkan kata-kata itu, Zed automatik ketawa. Tetapi ketawa dengan riak kekalahan. Perlahan-lahan air mukanya bertukar keji.

Saat ini membuatkan aku betul-betul sedar Zed bukan lagi Muhammad Zaid yang aku kenal. Dia dah berubah.

"So betul la kau nak kahwin dengan Aikha? Papa tahu tak apa yang Malique ni dah buat dekat anak perempuan papa? Papa tahu tak keretakan keluarga kita ni berpunca dari siapa?!"

"Zed!" Suara Aikha melengking tinggi. Bagaikan sebuah amaran buat lelaki ini untuk tidak melanjutkan kata-katanya.

Tetapi di telinga Zed, aku pasti itu menjadi sebuah tentanga buatnya. Cabaran yang dia akan sambut. "Dia ni la-"

"Mommy, is that you?"

"Luna!" jerit Aikha gembira sebaik sahaja mendengar suara kecil itu.

Cakap dekat aku, mak bapak mana yang tak gembira apabila dipanggil manja si anak? Di dalam atmosfera tegang setebal ini pun aku masih mampu tersenyum mendengar suara Luna.

Namun Zed bertindak di luar jangkaan. Dia menahan Luna yang berlari dari belakangnya ke arah Aikha.

"Papa!!" protes gadis kecil itu.

"Masuk bilik, Luna," arah Zed penuh kedinginan.

"Kejap la, nak peluk mommy dulu. Dah lama tak-"

"Syira!" laung Zed kuat walaupun wanita itu hanya berdiri beberapa depa darinya. "Bawak Luna masuk bilik,"

Aku mengetap bibir. Apa hak Zed nak halang Luna daripada jumpa ibu kandung dia sendiri?

Namun belum sempat aku bersuara, anak kecil itu memprotes lagi. Malah memukul tangan Zed yang menahannya. "Papa, lepaslah! Luna nak hug mommy, lepas tu Luna masuklah bilik, mandi,"

"PAPA KATA SEKARANG!!!"

Terlepas sahaja dari pegangan Zed, Luna terus berlari sambil menghentak kaki ke biliknya. Jelas di telinga semua orang dia tersedu-sedan menangis sebelun langkahnya disusuli Syira.

"Zed, kau kenapa nak tengking-tengking Luna? Dia budak lagilah-"

"Kau diam la, Aikha! Luna tu anak aku! Legally!" pekik Zed pada adiknya.

Kalau aku tak saksikan sendiri depan mata, sumpah aku tak percaya. Zed yang semua orang kenal tak mungkin akan jadi sekasar ini dengan adik kesayangannya.

Namun balasan Aikha yang aku paling tak jangka. Dia memecahkan rahsia di hadapan ibu dan bapanya.

"Tapi Luna anak aku, biologically!"

"Aikha," seru aku, sedikit percaya. Bahunya aku sentuh tetapi Aikha pabtas menepis.

"Tepi, Mal! Biar semua orang tahu yang Luna anak kandung Aikha! Aku dah penat sorokkan semua ni, Zed. Kenapa kau sampai tipu papa dengan mama lata aku keguguran?"

"Habis tu kau nak aku cakap apa? Luna anak kau? Kau rasa papa dengan mama boleh terima Luna ke masa tu?"

Melihatkan Aikha yang bagaikan sudah kalah di dalam sedu-sedannya, Zed mengalihkan pandangannya pada Uncle Zahir dan Auntie Zarina. Aku tahu apa yang dia nak cakap.

Dan aku dah bersedia.

"Mama dengan papa nak tahu siapa pula bapak kandung Luna? Siapa yang musnahkan hidup anak kesayangan papa?"

"Kau nak buat papa sakit jantung ke hah?" jerit Aikha dalam tangisannya.

Segera aku tarik gadis ini ke dalam dakapan aku. Aku tarik kepalanya agar wajahnya terlindung di dada aku dan aku usap lembut belakang tubuhnya. Biarlah uncle nak bunuh aku sekali pun, aku layak.

Yang pasti, aku dah tak nak tengok Aikha terluka.

"Jantan keparat yang buntingkan buah hati papa ni dulu si Malique ni la! Lepas tu lari tinggalkan Aikha, sikit pun tak ada rasa tanggungjawab. Tiba-tiba balik ni berlakon jadi hero depan papa. Bullshit!"

Aku diam menanti reaksi Uncle Zahir. Aku tahu, aku layak dipukul, dicaci maki, disepak terajang orang tua ini. Aku, manusia yang tidak mengenang budi.

Namun Uncle Zahir hanya terdiam memandang anak lelaki sulungnya. Tiada secebis pun riak kaget diwajahnya melainkan ekpresi tenang. Seperti...

"Papa tahu,"






Ok sori lamaaaaaa gile tak update. Aku macam... "Ala susahlah. Jom baca manga,"

Everytime aku bukak wattpad gaiss. So enjoy la cite ni walaupun pointless

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now