15

6.8K 473 23
                                    

"Aikha!"

Serentak itu mata aku terbuka luas. Gelap. Otak aku seperti tersalah koordinasi, tetapi aku cukup ingat visual yang aku lihat tadi.

Aikha... Aikha terjun dari balkoni!

"Abang,"

Suara lembut yang menyeru itu membuatkan aku berpaling ke kiri. Aikha...

"Kenapa? Abang-"

Tak sempat dia menghabiskan soalan, aku sudah memeluk erat tubuh mungilnya. Lekukan leher Aikha menjadi tempat aku membenamkan wajah, menghidu dalam-dalam wangi tubuh, merasa sungguh-sungguh haba badan dan detak nadinya.

Ya, ini Aikha. Ya Tuhan, syukurlah semuanya hanya mainan tidur.

"Abang kenapa? Berpeluh ni?" ujarnya prihatin sambil mengusap anak rambut aku.

Aku hanya tersenyum tawar. Tangannya di dahi aku, aku tarik dan kucup lembut. Di sela-sela jadi runcingnya pun aku cium penuh perasaan, masih dalam proses meyakinkan minda separa sedar aku.

Nur Zulaikha masih ada di sisi aku. Masih bernafas, bernyawa dan sejahtera.

Tapi kenapa mimpi tadi terlalu 'real'?

"Sayang, sayang tak kan tinggalkan abang, kan? Janji dengan abang, please, Aikha tak kan tinggalkan abang. Abang tak ada sesiapa dekat dunia ni, sayang. Abang ada Aikha je,"

"Abang mimpi apa ni?" soalnya lembut sambil mengusap dahi aku yang basah dengan peluh.

Perlahan-lahan Aikha menarik aku kembali berbaring, namun kali ini terbalik daripada biasa, dadanya menjadi tempat sandaran aku. Degup jantungnya yang sekata perlahan-lahan mengurangkan kesan adrenalin pada aku gara-gara mimpi ngeri tadi.

Namun mata aku gagal terpejam hingga ke pagi. Walaupun elusan lembut di rambut aku sudah lama berhenti, mata aku masih terkebil-kebil menatap kosong, hanya ditemani deru pendingin hawa di dini hari ini. Namun di kepala aku, Tuhan sahaja yang tahu apa yang berkecamuk di dalamnya.

Dua imej yang berputar, menjadi mimpi ngeri tanpa lena yang harus aku hadapi.

Dan siapa sangka, mimpi itu menghantui aku berbulan lamanya. Setiap malam aku habiskan masa dengan memeluk erat Aikha dan terjaga hingga ke pagi. Aku tak mampu tutup mata kerana yang aku nampak hanya tubuh berdarah Luna atau terjunan Aikha dari balkoni.

"Aikha! Aikha!"

Aku melaung kuat. Terasa beku kepala aku apabila membuka pintu rumah dan Aikha tidak terlihat di hadapan mata. Balkoni menjadi tempat pertama aku mencari dia tetapi nihil.

Darah aku masih gemuruh selagi aku belum menemuinya.

"Nur Zulaikha! Sayang dekat mana?"

Sumpah aku takut!

Beberapa minggu pertama kepergian Luna, bersungguh-sungguh ditangisi Aikha. Dia nampak terlalu lemah, terlalu rapuh hinggakan aku yang turut bersedih terpaksa menelan air mata aku sendiri. Menyediakan dada buat isteriku menyorokkan wajahnya ketika menangis.

Melakar senyum untuknya, menata tawa untuknya. Segalanya aku lakukan untuk Aikha agar mimpi ngeri itu tidak menjadi nyata.

Perlahan-lahan dia mula kelihatan menerima. Namun aku yang paranoid dengan mimpi ngeriku. Setiap masa risaukan Aikha padahal sebahagian diri aku sendiri rasa dia baik-baik sahaja.

Namun tak, kepanikan aku tak mendengar kata apatah lagi nama yang aku seru dari tadi tak menampakkan batang hidungnya. Setiap ruang aku cari hingga ke ruangan terakhir iaitu bilik tidur kami.

"Aikha! Answer me, Aikha! Where are you?"

Namun mata aku membulat saat menolak pintu bilik air yang tidak berkunci. Aikha di dalam tab mandi dengan air yang sudah melepasi dagu bagai menyemarakkan lagi rasa panik aku.

"Aikha! Sayang!"

Tubuh itu segera aku tarik agar wajahnya jauh dari air dan earphone ditelinganya aku tarik kasar dan campak sembarangan. Serta-merta mata cantik itu terbuka.

"Abang,"

Cukup satu perkataan dia menyebut, aku terus menariknya ke dalam dakapan. Tanpa menghiraukan baju aku yang basah gara-gara memeluk Aikha, tubuh mungil ini aku peluk erat dan aku kucup pipinya berkali-kali.

"Abang, kenapa ni?" soalnya dalam kebingungan terus membangkitkan kemarahan aku.

"Kenapa? Kenapa, Aikha tanya?"

Bahunya aku jauhkan agar mata cantik ini menatap aku. Memahami terus punca kemarahan aku.

"Kenapa Aikha tidur dalam tab? Aikha tahu tak berapa ramai orang mati lemas sebab tertidur dalam tab mandi? Dengan pasang earphone, abang panggil banyak kali tak menyahut!

"Aikha tahu tak betapa risaunya abang? Aikha nak abang mati ke sebab risaukan Aikha?!"

Mencemik.

Iya, guys. Wanitaku ini mencemik dengan mata yang berair memandang aku.

"Abang jangan la jerit-jerit, terkejut Aikha. Mana Aikha tahu Aikha terlelap, nama pun ter-, mana boleh kawal,"

"Sayang..." panggil aku lembut sambil mengelap hujung matanya yang sudah basah dengan cairan hangat.

"Terkejut Aikha, buka mata je, abang peluk kuat-kuat lepas tu marah-marah Aikha,"

Tubuhnya aku tarik kembali agar merapat. Belakang badannya yang polos aku usap lembut, membiarkan dia tersedu-sedan di bahu aku dengan aku sendiri yang sudah melutut di tepi tab mandi.

"Abang minta maaf, abang tak ada niat pun nak marah Aikha. Abang cuma takut,"

Abang takut Aikha tinggalkan abang macam Luna.

Abang takut Aikha ambil jalan singkat macam dalam mimpi abang.

Abang takut bahagia yang abang baru nak kecap direnggut perih sekali lagi.

Namun tak terluah. Kita, manusia, selalu ada kata yang sudah tersangkut di hujung lidah, namun di situlah ia kekal selamanya.

"Abang,"

"Ya, sayang," jawab aku perlahan sebelun mengucup cuping telinganya.

"Abang marah Aikha lagi?"

Pelukan kami, aku longgarkan dan aku tekup kedua-dua pipi gebunya. Mata dan hidungnya yang merah gara-gara menangis membuatkan aku diserang rasa bersalah.

Aku kucup lembut bibirnya yang sedikit pucat.

"Tak, sayang. Abang tak marah. Dah, jom keluar. Dah berapa lama Aikha berendam dalam ni?"

"Entah. Dukung..." rengeknya manja sambil mengangkat tangan pada aku yang sudah berdiri.

Aku tertawa kecil sambil menggapai tangannya, namun Aikha lebih pantas. Dia merentap tangan aku kuat hingga apabila aku sedar, seluruh tubuh aku sudah basah lencun di dalam tab mandi ini.

"Zulaikha..." aku menggeram rendah sambil menatapnya tajam.

Namun hanya cengiran yang aku dapat dari bibir manis Aikha.

"Abang jangan marah-marah, nanti cepat tua," candanya sambil melepaskan kemeja-T aku.

Ahh... baru aku perasan tubuhnya yang polos tanpa sehelai benang. Polos dan berkilat basah dengan air sabun.

Tidak menunggu lama, aku tarik tubuhnya mendekat dan mengucup bibir manisnya lagi. Bibir yang membuat aku kecanduan, namun kali ini lebih dalam.

"Abang..." rengek Aikha di sela ciuman, barangkali protes apabila ciuman aku sedikit mendesak.

Aku tak hiraukan. Yang aku tahu, Aikha benar-benar dalam dakapan aku.







Sorry lama tak update. Sorry chapter ni bosan, hambar dan mengarut. A lot of things happened, raya, and now aku tengah demam and also minggu depan ada MUET hahahah tak study lagi.

So, aku minta maaf awal2 k?

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now