13

7.2K 522 33
                                    

Celik.

Senyum.

Indahnya pagi aku menatap bidadari dalam pelukan. Aku rapatkan wajah kami, mahu mendengar nafasnya yang sekata. Tenang.

Masa bagaikan tak bergerak.

Tanpa sedar, jari telunjuk aku sudah menyusur di wajah Aikha. Mula dari keningnya yang terbentuk cantik, mata indahnya yang tertutup rapat dipagari bulu mata yang lentik, hidungnya yang mungil, hinggalah ke bibirnya yang sedikit terbuka.

Bibir yang merah dan basah.

Spontan aku menelan liur. Jari jemari aku membelai lembut bibir dan dagu runcingnya. Sungguh, hati aku rasa lapang dan bahagia memerhatikannya tidur lena.

Bahagia sangat sampai aku tak sedar yang bibirnya laju terbuka sehingga jari telunjuk aku berjaya digigit. Huh, masuk hari ini sudah genap dua minggu aku masuk ke perangkap yang sama.

"Auch! Sayang!" jerit aku kuat, pura-pura sakit.

Yelah, tak jerit nanti kecil pula hati Aikha. Effort kut dia nak ajak bergurau pagi-pagi ni.

"Padan muka abang! Suka kan usha Aikha pagi-pagi? Tahulah Aikha cantik,"

"Cantik," ujar aku mengiyakan dengan senyum yang mengembang. Hidung mungilnya aku picit lembut. "Cantik sangat Princess Tutu,"

Ketawa yang bercampur rengekan milik Aikha menjadi halwa telinga aku sepagi ini. Namun perlahan-lahan, tawa dan senyumnya berubah rasa. Hambar.

"Kenapa, sayang?" tanya aku dalam bisik. Dahi kami aku rapatkan agar mata bundar yang penuh emosi ini dapat aku selami.

"Luna. Aikha rindu Luna,"

"Nanti kita cari cara nak jumpa Luna, okey?" janji aku padanya sebelum bibir kami bertaut.

Di dalam sela ciuman ini pun Aikha masih menangis. Kalaulah boleh, kalaulah aku mampu menyerap segala rasa sedihnya, segala rasa sakitnya.

Aku tak ceritakan pada Aikha tentang perbualan aku dan Zed pada malam perkahwinan kami. Pantaskah situasi itu dipanggil perbualan apabila penumbuk aku turut serta dalam 'perbualan' itu?

Tetapi sumpah, aku tak faham jalan fikiran Zed. Sejak hari perkahwinan aku dan Aikha dua minggu lalu, Zed terus membawa Syira dan Luna pindah keluar dari rumah papa keesokan harinya. Apabila aku dan Aikha menyusul Zed ke pejabat untuk menanyakan keberadaan Luna, haram tak dilayan.

Tak habis-habis dengan ayat "Luna tu anak aku!"

Puas juga mama memujuk Zed untuk membiarkan kami berjumpa Luna, sedikit pun dia tak endahkan. Betapa batunya hati seorang Muhammad Zaid. Sungguh berbeza dengan Zed yang mereka kenal dahulu. Bagaikan Zed yang mudah mengalah dan lembut hati sudah mati.

Disebabkan pagi ini jadual aku kosong, aku mengambil keputusan untuk menghantar Aikha ke kedai bunganya. Sempat lagi dia nak singgah ke kafe kegemarannya, aku turutkan sahaja.

 Sempat lagi dia nak singgah ke kafe kegemarannya, aku turutkan sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now