23 - Metafora Bahagia

11.7K 570 78
                                    

Metafora itu ialah satu simbolik. Sesuatu yang tak semestinya mampu dizahirkan secara literal. Dan metafora bahagia ialah suatu kebahagiaan yang dirasa, namun tak semestinya milik yang merasa.

Boleh jadi, metafora bahagia seorang ibu ialah apabila anaknya berjaya.

Barangkali, metafora bahagia seorang ayah ialah apabila anak gadisnya menikah.

Mungkin juga metafora bahagia seorang isteri ialah apabila suaminya naik pangkat.

Tapi yang pasti, metafora bahagia aku ialah apabila Aikha tersenyum. Senyuman yang mampu buat dunia aku runtuh, hati aku luluh. Senyuman yang aku harap... aku tak akan pernah lupa sampai bila-bila. Sekurang-kurang cuma itu. Itu sahaja...

Zed menutup kembali buku nota kecil itu dan menyelitkannya di dalam poket seluarnya. "Jiwang. Never changed," ujarnya pahit.

Setelah mengasingkan beberapa barang yang dia rasa cukup peribadi dan berharga untuk disimpan, kotak sederhana yang diisi barang-barang tersebut dibawa turun dan diletakkan dia kerusi penumpang keretanya.

Sebaik sahaja sampai di rumah mama, Zed membawa kotak itu masuk dan meletakkannya di dalam bilik Aikha. Namun kelibat si adik langsung tidak dilihat sedari tadi.

Pintu bilik yang tiba-tiba terbuka menampakkan si ibu yang terjengul di muka pintu. "Oh, Zaid rupanya. Mama ingatkan Aikha dah masuk bilik,"

"Hah, Aikha mana, ma? Dari tadi Zaid tak nampak pun,"

"Ada dekat kolam tu," jawab wanita itu singkat sambil berjalan ke katil bayi di sisi katil bersaiz king itu. "Dah bangun dah cucu nenek!"

Bayi yang diagah itu automatik ketawa, menunjukkan gusi tak bergiginya. Zed yang melihat turut mendekat, menghulurkan tangan pada si kecil yang turut menyambut.

"Dah puas tidur la tu. Pergi bawak turun, Zaid. Bagi dekat mama dia. Mama turun buatkan susu dia,"

Dengan penuh sayang, Zed mencium pipi gebu bayi itu. "Syarah uncle dah bangun eh? Nak mummy ke? Nak mummy? Taknak uncle?"

Mengekek bayi itu apabila perutnya turut ditiup-tiup. Tangannya kecilnya laju sahaja mahu memukul wajah Zdd kerana geli. Spontan, tawa bayi ith berjangkit pada Zed.

Perasaan ini, kegembiraan ini sama. Sama seperti waktu dia mendukung dan mengagah Luna.

Luna, papa rindu.

"Jom turun bawah eh, minum susu. Lepas tu boleh main dengan abang Danish. Kan?" ujar Zed lagi. Masih sibuk mengajak Syarah berbual sedangkan bayi itu tidak faham apa.

Sampai sahaja di lantai bawah, kaki Zed bergerak sendiri menuju ke pintu gelongsor. Melihat adiknya yang sedang ralit merenung air kolam yang berkilau itu, matanya sendiri tak berkalih walaupun dengan Syarah yang masih dalam gendongannya.

"Nah, susu Syarah," ujar mamanya sanbil menghulurkan sebotol susu. "Dah, jangan ditenung je adik kamu tu Zaid. Pujuk dia. Mama dah tak tahu dah macam mana nak tenangkan dia. Mama jadi sedih tengok Aikha tu. Depan kita iyalah, dia ketawa-ketawa main dengan Syarah. Bila seorang diri tak ada buat apa, macam tu la dia. Setahun dah berlalu, Zaid. Mama dengan papa dah buntu,"

Zed hanya diam, mengiyakan kata-kata mamanya di dalam hati. Aikha memang beriak seperti biasa. Namun di sudut hati semua tahu yang Aikha mereka yang dulu sudah mati.

Dia mengorak langkah ke arah Aikha. Tepat seperti ramalannya, wajah yang murung itu terus tersenyum lebar apabila melihat Syarah di gendongannya. "Syarah mummy dah bangun, eh? Uncle bawa Syarah turun, eh?"

Sebaik sahaja bayi itu selamat di dalam gendongan Aikha, Zed turut melabuhkan duduk di sebelah adiknya dan memberi botol susu Syarah. Laju sahaja bayi montel itu menyedut, penuh semangat!

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now