12

7K 554 120
                                    

So, yeah. Sorry sebab jarang update. But I really look forward for comments from you guys. Enjoy😁😁





"Aku terima nikahnya Nur Zulaikha binti Zahir dengan mas kahwinnya RM300 tunai,"

Kepala aku terasa sejuk. Beku. Keadaan yang sama aku akan rasa setiap kali aku terlalu cuak dan gementar. Aku rasa... lost.

Namun ucapan sah dan anggukan oleh para saksi dan Tok Kadi kembali menarik aku ke ruang ini. Tangan aku terlerai dari jabatan lelaki yang aku kira separa abad ini sebelum semua orang di ruang ini mengangkat tangan menadahkan doa.

Aku turut menadah sama. Tanpa sebab yang dapat diungkap, dada aku menghangat. Apatah lagi apabila aku menoleh ke belakang, aku nampak dia, isteriku.

Isteri? Satu watak dalam hidup aku yang tak pernah aku bayangkan.

"Dah boleh batalkan air sembahyang teruslah," ujaran Uncle Zahir aku sahut dengan anggukan. Eh, silap. Papa.

Perlahan-lahan aku mendekati Aikha, berlutut di hadapannya dan menyarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan sebutir berlian. Ringkas dan serba biasa. Namun tatapannya jelas terasa istimewa.

Dan setitis air mata mengalir dari mata bundarnya yang sedang menatap aku.

Aku hapuskan dengan ibu jari. Tiada ciuman di dahi seperti pengantin yang lain, tetapi aku begitu ingin mencium pipinya merona merah.

Lalu aku cium.

Dan aku sebut seuntai kata magis. Jika akad mengikat jiwa kami, ucapanku ini bakal mengikat rapat hati kami.

"Mal sayang Aikha. Cintakan Aikha,"




***


"Macam biasa, Aikha selalu menang,"

Gumaman Zed yang sedang bersandar tenang di sofa Ottoman ruang rehat ini berjaya menghentikan langkah aku daripada keluar. Pandangan tajam aku arahkan padanya yang sedang menghirup kopi hitam dari cangkir di tangannya itu.

Spontan aku mengernyit. Zed tak suka black coffee.

"Apa maksud kau?" soal aku dingin. Bagai terlupa tujuan aku ke ruang ini tadi mahu mencari Luna.

"Aikha, anak kesayangan. Everyone's little princess. Kau tahu perasaan bila ada adik, Mal? Of course la kau tak tahu, kau anak tunggal,"

Zed meletakkan cangkir di tangannya ke atas meja kopi. Tertangkap keluhan kecil dari mulutnya tatkala dia meraup wajah.

"It feels frustrating. Kau kena selalu mengalah dengan dia, kena layan manja dia, kena ikut telunjuk dia, kena jaga dia. Dia boleh dapat semua yang dia nak, every steps that she took was in our parents' attention. Habis aku? Penat, tahu tak? Penat.

"Sebab tu masa papa halau dia dulu, aku rasa lapang. Lega. It's so good to beat her, to have all the attention that she got all this while. Tapi kau tahu tak, Mal? Aku rasa tak cukup. Aku masih dapat rasa rindu papa dengan mama pada dia, padahal dia dah conteng arang dekat muka diorang. Aku ni, Mal, aku dah ikut semua cakap diorang termasuklah kahwin dengan Syira.

"Tahu apa aku dapat? Nothing. Dalam kepala diorang tetap cuma ada Aikha, Aikha, Aikha! Aku muak! So I was thinking, apa lagi yang aku boleh ambil daripada Aikha, ye? Oh, yes..."

"Luna,"

Bukan Zed yang menghabiskan ayat itu selain aku sendiri. Rahang aku terketap kuat bersama tangan yang sudah terkepal. Aku geram. Mentaliti budak tadika mana yang Zed pakai ni?!

"Pandai! Yes, Luna Amyra. Aku berjaya ambil anak dia,"

Seringaian jahat Zed membuatkan kendali diri aku hilang. Aku tarik kolar baju Melayunya sebelum tumbukan aku hinggap di wajahnya.

Dan reaksi si gila ini? Tertawa senang.

"See, Malique? Betul kan apa yang aku cakap? Aikha selalu dapat semuanya, termasuklah kau,"

"Kau mengarut apa ni?!" pekik aku tertahan di telinganya.

Aku tak faham. Sungguh aku tak faham permainan Zed. Apa benda dia cakap ni?

"Aku kena paksa kahwin dengan Syira sebab papa dapat hidu hubungan kita masa tu. Aku sanggup lepaskan kau walaupun aku cintakan kau, Malique! Aku terlalu cintakan kau! Tapi aku tak nak kecewakan mak ayah aku.

"Aku tak kisah lepaskan kau, asalkan kau bahagia. Asalkan bukan Aikha yang dapat kau sebab aku tahundia dah lama sukakan kau. Aku ikhlaskan diri, belajar cintakan Syira, sayang Luna macam anak aku sendiri. Tapi apa yang aku dapat? Rupa-rupanya Luna anak kesayangan aku sebenarnya anak kandung kau! Dan kau balik sini, kahwin dengan Aikha!"

Rambutnya yang sedia kusut dia ramas dengan kedua-dua belah tangannya, sesekali menarik kasar. "Balik-balik, mesti Aikha juga yang menang! Aikha juga yang gembira!"

"Kenapa aku tak boleh dapat kau, Malique? Kenapa aku kena lepaskan kau? Kenapa masyarakat tak boleh terima kita? Everything was okay when we're in Aussie. Kenapa dunia ni tak adil?"

Matanya yang tadi jelas keliru dan buntu kini bagaikan tombak menikam aku dengan ekspresi marah. Kemarahan yang terpendam.

"Kenapa kau kahwin dengan Aikha? Kau tak boleh kahwin dengan orang lain ke?"

"Kau gila,"

Hanya itu yang mampu aku ucapkan sebelum aku melangkah keluar dari ruang itu. Segala kata-kata Zed buat aku ketandusan logik, aku pusing!

Sehinggalah aku nampak Aikha yang sedang membuka pintu untuk masuk ke biliknya, segera pinggang rampingnya aku tarik rapat ke tubuhku sebelum menolaknya masuk dan menghempas pintu. Cepat-cepat aku membalikkan tubuhnya dan memeluknya erat.

"M..Mal! Kenapa ni?" soalnya dengan sedikit nada kaget. Barangkali terkejut dengan tingkahku.

"Nothing. Mal cuma nak peluk Aikha," aku menjawab berbata sebelum aku benamkan wajah pada lekukan lehernya. Menyedut dalam-dalam wangi isteriku.

Isteri aku. Dan Aikha ialah pilihan aku.

"Okey,"

Menjadi gadis yang penurut dan menenangkan seperti biasa, Aikha mengusap lembut belakang badan dan lengan aku. Aku masih tak faham macam mana Zed boleh ada rasa tak puas hati pada gadis polos ini. Abang jenis apa Zed tu?

"Aikha, sayang," panggil aku lembut di telinganya.

Dan isteriku ini hanya mampu menggumam iya. Jelas telinga memerah.

"Jom balik rumah Mal,"

Aku tidak mahu Aikha dekat-dekat dengan abangnya yanh sedang bengang saat ini. Dan aku juga tidak mahu merosaakkan malam istimewa ini dengan fikiran aku tentang Zed. Malam ini, aku mahu Aikha menjadi milik aku dan aku menjadi milik dia. Seutuhnya.






Hah, haaa... fikir malam apa tu gaiss? Masya Allah sisturrr, bulan Romadonnn ni, lagipun I memang tak tulis cerita-cerita berunsur 'matang' sebegini. Aku tak kahwin lagi gaiss.

Ok, ecchi sikit mungkin ada hahahaha astaghfirullah Romadonnnn sisturrr!!

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now