5

8.1K 578 28
                                    

"Siapa Luna?"

"Anak Zed,"

"Atau anak Mal?"

Aikha yang sudah terjaga sejak beberapa ketika tadi mengalihkan baringnya membelakangkan aku. Aku tahu dia cuba menyembunyikan kebenaran. Firasat aku kuat mengatakan kenyataan itu.

Luna Amyra anak aku. Bukan Zed.

Dari belakang pun aku dapat lihat bahunya yang bergetar. Perlahan aku mengeluh. Lima tahun cukup merubah Zulaikha yang aku kenal menjadi selemah ini.

Mana Aikha yang selalu ketawa? Mana Aikha yang sentiasa tersenyum?

Perlahan-lahan aku ikut berbaring di sisinya. Memeluk tubuh mungil ini dari belakang. Haba tubuhnya masih terasa, namun aku kira sudah menurun sedikit berbanding.

Dagu aku sanggakan pada kepalanya. Lalu aku tarik tangannya agar jemari kami saling bersulam.

"Jujur dengan Mal, Aikha, apa yang dah jadi lima tahun ni? Sebab ni ke Aikha dah tak tinggal dengan mama dan papa? Hmm?"

Esakkannya berlagu membuat aku sakit. Sakit sangat. Lantas tubuhnya aku tarik lebih kuat lagi ke dalam dakapan. "Tell me, Aikha,"

"Pa... papa sakit jantung bila tau Ai.. Aikha mengandung. M..Mama kecewa sangat dengan Aikha. M- Mama tak mengaku Aikha anak. Aikha sedih, Mal. Sampai hari ni mama dengan papa tak maafkan Aikha.

"Zed dengan Kak Syira  yang ambil Luna jadi anak angkat. Itu pun dia orang tipu mama dengan papa, cakap dia orang ambil Luna dekat rumah anak yatim. Ka-Kalau tak... mungkin Luna pun mama dengan papa benci,"

Tubuh yang menggigil ini aku tarik agar menghadap aku. Wajahnya yang basah dengan air mata, aku lap seadanya sambil hati aku sendiri meringis sakit. God... aku dah musnahkan hidup Aikha. Apa yang aku dah buat?!

"Tapi kenapa Aikha tak pernah cari Mal? Kalau Mal tahu-"

"Apa yang Mal boleh buat? Aikha tak nak susahkan Mal. Benda tu jadi sebab Aikha yang goda Mal. Aikha yang terlalu obses nak rebut Mal dari Zed. Aikha yang murah, merayu dekat Mal-"

"No!" bibirnya aku tahan dengan ibu jari. Tak mampu nak hadam kata-katanya. Walaupun selama ini Aikha manja, dia jauh dari murah.

Dia bertindak sebegitu sebab dia cintakan aku. Heh, sungguhlah cinta itu buta. Dia tak nampak ke betapa pathetic dan menjijikkan aku ini?

Mata bundar Aikha aku tatap dengan pandangan sayang. Tak sangka budak perempuan manja yang aku kenal sejak dia berumur  lapan tahun kini sudah menjadi seorang ibu. Ibu kepada anak aku.

Namun sayang, seiring masa berlalu, sinar bahagia di mata cantiknya turut pudar. Dan kini yang aku tatap hanya kesedihan.

"So, Luna..."

"Luna nak pergi,"

"Apa?" wajah Aikha yang kembali basah dengan air mata, aku pandang keliru. Apa maksud dia dengan pergi?

Aikha menarik tangan aku di pipinya dan digenggam erat. "Zed nak pindah Dubai. Dia nak bawa Kak Syira dengan Luna sekali," bisiknya lirih.

Aku tarik kembali Aikha agar dia menghamburkan tangisan di dada aku. Aku tahu dia tak rela melepaskan Luna. Ibu mana sanggup melepaskan anaknya lagi-lagi Luna membesar depan matanya.

Dan walaupun aku baru sekali bertemu dengan gadis kecil, mengetahui hakikat bahawa dia darah daging aku membuatkan aku tak boleh melepaskan Luna pergi. Zed tak boleh rampas kebahagian aku untuk kali kedua!

"Zed tahu Luna anak Mal?"

"Kalau Zed tahu, Mal rasa Mal hidup lagi ke?"

***

Bukk!

Aku kesat hidung aku yang terasa basah dan panas. Darah.

Tak cukup sekali, tumbukannya dihadiahkan lagi dan lagi pada wajah aku. Sedikit pun aku tak melawan atau mempertahankan diri. Aku tahu aku layak untuk ini.

"Lawan la aku, Mal! Lawan! Aku tahu kau marah dengan aku, aku tahu kau dendam dengan aku, tapi kenapa kau musnahkan hidup Aikha? Macam tu ke cara kau balas dendam dekat aku?!"

Aku ketawa sinis. Walaupun sakit nak memaksa senyum sebab aku rasa bibir aku koyak, aku tetap nak hadiahkan tawa sinis buat lelaki ini. Lelaki yang pernah beri aku harapan lalu dengan mudah menghancurkan. Lelaki yang tiada pendirian. Aku tak tahu kenapa aku bodoh sangat cinta setengah mati dekat lelaki ini.

Tadi sebaik sahaja pulang dari rumah Aikha, aku terus menghubungi Zed dan memintanya datang je apartment aku. Aku sendiri mengaku dengan Zed bahawa aku yang meniduri adik kesayangannya. Akulah ayah kandug puteri kecilnya.

Macam yang Aikha jangka, aku rasa nak mati kena belasah dengan Zed.

"Aku tak berdendam dengan kau. Cukuplah lima tahun aku simpan rasa marah dekat kau, tapi dendam? No. Apa yang jadi antara aku dengan Aikha, it was purely attraction. Cuma silap, aku tak tahu dia mengandung,"

"Kalau kau tahu, kau buat apa? Kau tahu tak kau ni menjijikkan? Lepas aku, adik aku-"

"Kau tahu tak kau ni menjijikkan? Lepas aku, bini kau terus kau sapu. Jangan cakap dengan cermin la, Zed," bahunya aku tolak kasar. Puas hati aku memulangkan kembali ayatnya. Perasan suci!

Kotak rokok di atas meja aku capai sebelum aku nyalakan api pada sebatangnya. Duduk aku labuhkan ke atas sofa sambil menghulurkan kotak rokok itu pada Zed. Tanpa berkata apa, dia terus capai dan lakukan hal yang sama seperti aku.

Damn, badan aku rasa remuk gila! Boleh tahan jugak si Zed ni tibai orang.

"Anyway, Syira tak tahu kan pasal kita dulu? Kau rasa apa yang dia rasa kalau dia tahu apa taste suami dia dulu? Disgusted?"

"Fuck," keji Zed tajam sambil menghembus asap rokoknya. "Apa kau nak, hah, Mal?"

"Aku nak kau blah je dengan Syira, tak payah bawa Luna. Aikha perlukan anak dia,"

Giliran Zed pula ketawa sinis. Asap bernikotin itu disedut dalam-dalam sebelum dihembus kembali. "Semua orang tahu Luna anak aku. Tak kan aku nak tinggalkan Luna? Apa pula perasaan Luna kalau mama dengan papa dia tinggalkan dia?"

"She'll be fine. Dia ada aku dengn Aikha, mommy dengan daddy dia,"

"Apa maksud kau?"

Puntung rokok di tangan aku, aku lenyekkan sahaja pada tin minuman di atas meja itu. Wajah keliru Zed aku pandang dengan senyuman prakemenangan.

"Aku akan kahwin dengan Aikha. Dan aku akan tuntut Luna sebagai anak aku,"

"Kau tak akan berjaya. She's legally my daughter," simpul Zed mudah.

Puntung rokok yang di tangannya dicampakkan ke dalam tin yang guna tadi sebelum dia menepuk tangan menghilangkan debu. Bodoh, dia ingat debu rokok tu boleh hilang ke setakat tepuk-tepuk?

Dasar Zed yang semakin berlagak. Payah!

"Kau sedar tak, bila kau bawa Luna pergi, kau sakitkan adik kau sendiri?"

Aku perasan dia terkaku. Tetapi hanya sebentar sebelum dia tarik riak selamba balik di wajahnya.

"Bila kau kahwin dengan Aikha nanti, kau orang akan ada anak sendiri, anak yang halal. Kau rasa Aikha akan sayang Luna lagi ke masa tu, bila ingat yang Luna tu anak tak sah taraf?"





Pebenda merapu la ni... gerak lu pape roger 💃💃


Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now