02 장

583 65 89
                                    

---

Fikiran Junhoe semakin kusut. Terlalu banyak perkara yang menerpa ke dalam kotak mindanya pada saat itu. Junhoe terlalu bimbang akan Jinhwan. Sudah 2 jam setengah dia bersabar menanti keputusan hasil daripada pembedahan yang masih lagi berjalan di dalam sana.

"Doktor.."

Junhoe terus bangkit dari kerusi ruangan menunggu itu sejurus menyedari akan kehadiran seorang lelaki bersama kot putih yang tersarung di tubuhnya. Figura itulah yang dia sempat lihat di dalam bilik pembedahan tadi.

"Jinhwan macam mana? Dia selamat , kan?"

"Kami dah berjaya keluarkan besi konkrit dari bahu kiri pesakit. Cumanya.... kami tak dapat selamatkan kedua-dua belah kaki dia."

"Maksud doktor?"

"Kedua-dua belah kaki pesakit lumpuh. Kami tak dapat potong kaki pesakit berikutan terlalu banyak darah yang hilang. Dan syukurlah masih ada harapan untuk merawat kelumpuhan kaki tu."

---

"June-yahh.. tolong ambilkan buku kat atas rak ni.."

Jinhwan kelihatan begitu gigih ㅡ hanya untuk mencapai senaskhah buku di atas rak tersebut. Berikutan saiz badannya yang terlalu kecil , melompat setinggi mana pun Jinhwan , mustahil buku itu akan berada di tangannya. Jinhwan semakin keletihan.

"Tulah.. suruh makan sayur , tarik muka masam."

Jinhwan memuncungkan bibir ㅡ menyerupai anak itik yang biasa Junhoe lihat di kaca televisyen semasa waktu kecilnya.

"Tengok tu. Buat muka itik lagi. Ingat comel ke?"

Junhoe menggulingkan anak matanya. Buku yang ingin Jinhwan ambil tadi Junhoe serahkan. Kedua-dua teruna itu kemudiannya kembali ke meja mereka.

"Kau ni banyak sangat membaca lah , Jinhwan. Tak terfikir nak buat benda lain ke?"

Jinhwan mengalihkan pandangannya dari buku yang dipegang. Berkerut wajahnya mendengar kenyataan Junhoe itu.

"Kau nak aku buat apa? Main bola tampar dengan kau? Habis muka aku yang ditampar bola nanti."

Jinhwan mencebik lagi. Kali ini , dia turut bercekak pinggang.

"Mainlah bola keranjang. Kau boleh jadi makin tinggi. Tengoklah Donghyuk tu. Sejak main bola keranjang , perempuan keliling pinggang " Cadang Junhoe sambil terkekeh ketawa.

"Okay , fine.. tengoklah bila aku dah makin tinggi nanti. Lagi tinggi daripada kau , June." Jinhwan tersenyum yakin.

Junhoe mengeluh. Segala yang diingati lelaki itu membuatkan dia tersenyum sendirian. Namun selepas beberapa ketika , air matanya kembali menitis ke pipi.

'Macam mana aku nak beritahu Jinhwan tentang ni? Aku tak sanggup..' Junhoe merintih di dalam hati kecilnya.

Tangan kecil Jinhwan dicapai lalu digenggam lembut. Kakinya yang dikatakan sudah tidak berfungsi itu masih lagi dibaluti kain selimut. Jari-jemari Jinhwan kian bergerak di dalam tapak tangan Junhoe. Lelaki itu segera mengesat air matanya dari terus mengalir.

"Jinhwan...."

Mata lelaki itu perlahan-lahan terbuka ㅡ membuatkan Junhoe tersenyum gembira. Namun , kenyataan pertama yang terbit dari bibir Jinhwan sebaik sahaja dia sedarkan diri ternyata meluluhkan lagi hati sahabatnya itu.

"J-June.. kenapa.. aku tak dapat rasa kaki aku?"

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now