03 장

469 59 56
                                    

---

"J-June.. kenapa.. aku tak dapat rasa kaki aku?"

Jinhwan merenung tepat ke dalam mata Junhoe. Sepasang anak mata milik lelaki bertubuh genit itu kelihatan seperti sedang bergetar ㅡ mendebarkan lagi Junhoe yang sudah tidak mampu menahan sebaknya.

Jinhwan perlahan-lahan menyelak selimut yang masih membaluti kakinya itu dengan lemah.

"Agaknya doktor dah tersuntik banyak sangat ubat kebas kat kaki kau." Bohong Junhoe. Bersungguh-sungguh dia cuba mempamerkan senyuman di bibirnya itu.

Lambat laun , Jinhwan pasti akan mengetahui akan kecacatan kekalnya , fikir Junhoe. Dia segera menangkis segala kenyataan tersebut walaupun tanpa disedari , air mata kejantanannya jatuh mengenangkan nasib Jinhwan.

Junhoe tidak sanggup membayangkan kesedihan yang bakal sahabatnya lalui selepas mengetahui hal sebenar. Mungkin bukan hari ini. Mungkin bukan esok. Bila-bila masa sahaja Junhoe akan lihat Jinhwan menangis. Bagaimana lelaki berhati lembut seperti Jinhwan mampu tabah dengan apa yang akan dilalui sepanjang sisa hayatnya nanti?

"Junhoe? Kau nangis ke?"

Junhoe kembali mengangkat wajahnya sambil tersenyum apabila ditegur sebegitu. Tangan Jinhwan digenggam kemas olehnya.

"Aku gembira , Jinhwan. Gembira sangat bila dapat tahu yang kau selamat. Kalau kau tak ada , siapa lagi nak belajar dengan aku? Siapa lagi nak usap kepala ni bila aku berjaya jawab soalan dengan betul? Siapa lagi yang nak puji aku handsome setiap pagi?"

Junhoe dan Jinhwan sama-sama tertawa kecil.

"Tenanglah Junhoe. Yang tengah bercakap dengan kau ni bukannya roh aku. Nanti bila aku dah sihat , kita buat apa saja yang kau nak buat dengan aku , okay? Janganlah sedih lagi."

Jinhwan mengangkat tangan kanannya lalu mengusap lembut ubun-ubun kepala Junhoe. Lelaki itu kian menundukkan wajahnya. Bibirnya turut dikemam.

'Aku takut kau yang akan bersedih nanti , Jinhwan.. Aku takut kau tak dapat terima kenyataan.. maafkan aku sebab terpaksa menipu.'

---

Attention [ JunHwan ] ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin