23 장

245 29 22
                                    

---

"Kita pergi arcade nak tak?"

Setiap seorang daripada mereka mengangguk laju. Hanbin tersenyum singkat sambil menolak perlahan kerusi roda Jinhwan.

Sungguhpun Jinhwan telah menolak mentah pertolongan Hanbin untuk membantunya menggerakkan kerusi roda ini , lelaki itu tetap berdegil ingin melakukannya.

Jinhwan pula yang terpaksa mengalah. Namun , alangkah bagusnya jika Junhoe yang membawanya berjalan-jalan di taman rekriasi ini. Apa lagi sekiranya mereka hanya berdua seperti pasangan lain biasa lakukan.

Tangan lelaki itu dipanjangkan untuk menyentuh bunga-bungaan yang tumbuh di sisi laluan pejalan kaki di taman tersebut.

Warnanya yang pelbagai membuatkan Jinhwan ingin sekali memetik bunga itu dan dibawa pulang.

Anak matanya beralih tumpuan pada kanak-kanak yang sedang bermain di dataran lapang tidak jauh dari mereka.

Ketika rakan-rakan Jinhwan sedang bergurau senda di hadapan mereka , Hanbin perasan Jinhwan langsung tidak menunjukkan minat.

Seketika kemudian , butiran jernih yang mengalir jatuh ke pipi gebu itu membuatkan dahi Hanbin berkerut. Setelah dilihat apa yang mengganggu Jinhwan pada ketika itu , Hanbin melebarkan matanya.

Hanbin tidak dapat berbuat apa-apa. Bahkan sudah terlambat untuk Hanbin menghalang pandangan Jinhwan daripada menonton Junhoe dan wanita yang diingatnya merupakan seorang doktor berciuman di bawah pokok sana.

Hanbin memandang Jiwon yang datang merehatkan lengan di bahu kanannya.

"Wae?"

Dengan bantuan jelingan mata Hanbin , Jiwon turut mengeluh berat setelah melihat Junhoe dan wanita tadi berdua-duaan.

"Tak apa ke kalau kita pergi arcade , Jinhwan hyung?"

Jinhwan mengangkat dagu apabila namanya disebut-sebut oleh mereka. Sambil menunduk , Jinhwan mengangguk perlahan.

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now