25 장

213 26 2
                                    

---

Lewat malam pada hari yang sama , Jinhwan terjaga lagi. Kepalanya terasa berat. Begitu berat. Sehinggakan tidak larat rasanya untuk Jinhwan menggerakkan tubuh kecilnya itu walaupun sedikit.

Malah , Jinhwan tidak mampu untuk bertutur dalam keadaan bibirnya yang merekah dan tekaknya yang kering-kontang.

Entah sakit apa pula yang singgah di tubuhnya. Tidak cukupkah diberi kelumpuhan yang benar-benar menyusahkan ini?

"Air.."

Adakah keupayaan Jinhwan untuk berkata-kata juga akan ditarik? Kerana di saat ini , Jinhwan sendiri pun tidak dapat mendengar suaranya!

Setelah yakin bahawa tiada sesiapa pun yang akan mendengarkannya , Jinhwan perlahan-lahan menggerakkan tangannya untuk mencapai secawan gelas kaca kosong yang letaknya di atas meja lampu tidak jauh dari katil.

Jinhwan terpaksa mengesotkan tubuhnya menghampiri hujung katil itu semata-mata untuk mendapatkan gelas kaca yang kosong di sana.

Ia jatuh menimpa lantai dengan kepalanya yang terlebih dahulu terhantuk pada permukaan keras itu.

---

"Jinhwan , bangunlah nak..."

Sayup-sayup kedengaran suara lirih si ibu memujuk anaknya untuk kembali sedar.

Jasad Jinhwan masih terlantar di atas katil hospital. Sudah tiga hari lamanya dia tinggal di sana sehingga dia beransur-ansur pulih dari demam panasnya.

"Janganlah bersedih. Dari mana lagi Jinhwan akan temui kekuatan kalau bukan dari ibunya sendiri."

Kata-kata Hanbin ada benarnya. Jiwon yang turut berada di sana mengangguk sahaja.

Si ibu yang lembut hatinya seperti Jinhwan sendiri semakin menjadi-jadi tangisannya. Apa yang dikatakan oleh Hanbin benar-benar mengusik jiwa keibuan wanita itu.

Terlalu banyak perkara buruk yang telah menimpa anak bongsunya ini. Jinhwan menderita walaupun kesakitannya tidak pernah diluahkan.

Puan Kim buntu bagaimana lagi untuk membahagiakan anaknya yang manja ini.

'Ya Tuhan , berilah Jinhwan kekuatan. Sembuhkanlah setiap satu kesakitan yang dia alami.'

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now