10 장

383 45 14
                                    

---

Junhoe dalam diam sedang khusyuk memerhati bagaimana Dr. Kwon memeriksa keadaan kedua-dua belah kaki Jinhwan. Kepala lututnya diketuk perlahan.

Namun , tiada sebarang tindak balas yang dapat mereka lihat.

Dr. Kwon mengalihkan pandangannya pada Junhoe. Isyarat mata digunakan sebagai cara untuk mereka berkomunikasi. Jinhwan ditinggalkan di dalam bilik rawatan itu buat seketika.

"Masih tiada perubahan. Seingat saya , masa Jinhwan pertama kali diperiksa selepas kemalangan tu , masih ada peluang untuk kaki dia sembuh. Tapi sampai sekarang , saya tak dapat pastikan sama ada dia betul-betul boleh kembali berjalan macam dulu ataupun tidak."

Doktor muda itu hanya mampu menggeleng lemah. Bibirnya turut dinipiskan. Junhoe memegang dadanya erat. Sungguh , dia juga dapat merasakan kepedihan hakikat itu.

Apa lagi Jinhwan yang sedang dibebani fikiran dan perasaan sedihnya sehingga hari ini.

"Seboleh-bolehnya , urutlah kaki Jinhwan perlahan-lahan untuk lembutkan kembali sendi dia. Sehari sekali pun tak apa. Janji kita dah cuba sebaik mungkin. Saya akan usahakan cara lain untuk pulihkan Jinhwan."

---

Junhoe meletakkan tubuh kecil Jinhwan perlahan-lahan ke atas katilnya. Sebotol minyak biji bunga matahari dikeluarkan dari plastik yang dibawanya bersama sejak tadi.

Jinhwan memandang tindak-tanduk Junhoe dalam keadaan kepalanya yang disengetkan sedikit sambil memuncungkan bibir merah jambunya itu.

Memandangkan Jinhwan hanya bercelana pendek pada malam itu , maka mudahlah kerja Junhoe untuk mengurut kakinya. Minyak biji bunga matahari itu disapu lembut pada kaki kanan Jinhwan , kemudian di bahagian kirinya pula.

Junhoe perlahan-lahan mengurut kaki kanan Jinhwan terlebih dahulu. Bermula dari kepala lutut , terus ke jari kakinya. Jinhwan berasa tenang buat seketika. Kegusaran di hati kecilnya seakan sudah melayang jauh.

"Wangi kan minyak ni? Aku beli kat farmasi tadi."

Jinhwan memejamkan matanya buat seketika untuk menikmati bauan dari minyak biji bunga matahari tersebut. Junhoe benar , bauan ini sama sekali seperti bau aromaterapi buat dirinya. Amat menenangkan.

Selesai sahaja sesi mengurut , Junhoe duduk di sisi Jinhwan dan kembali menyimpan minyak tersebut.

Apabila Junhoe kembali menoleh ke arah sahabatnya , secara mengejut juga Jinhwan mencium pipi lelaki itu. Wajah Junhoe serta-merta bertukar merah padam. 'Comel!' Teriak hati Jinhwan sambil tersenyum malu.

"Geomawo , June-yahh.."

---


Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now