05 장

435 59 21
                                    

---

Dengan penuh berhati-hati , Jinhwan terlebih dahulu membawa kaki kanannya turun dari katil. Diikuti pula dengan kaki sebelah kirinya. Perlahan-lahan tapak kaki Jinhwan dicecahkan ke permukaan lantai.

Besi katil dijadikan sebagai penyokong untuknya berdiri. Jinhwan yakin dia masih mampu untuk berjalan seperti insan lain. Kenyataan Junhoe bahawa dia sudah lumpuh akibat kemalangan itu sekadar dianggap sebagai kata-kata untuk menyakat Jinhwan.

'June tentu sengaja nak sakat aku. Dia tu bukan boleh percaya sangat. Aku tahu kaki aku ni masih kuat!' Bicara hati Jinhwan dengan yakin.

Biarpun dia kelihatan begitu tenang , tetapi hakikatnya , Jinhwan takut untuk menghadapi kenyataan yang bakal dia lihat nanti.

Di saat ketika Jinhwan cuba untuk berdiri , dia bergantung sepenuhnya pada kedua-dua belah kaki yang sudah tidak dapat digunakan lagi. Jinhwan rebah ke lantai lalu merintih kesakitan.

Bahunya yang masih belum sembuh dari kesan tusukan besi konkrit semasa kemalangan itu terasa pedih. Tubuh kecilnya dipeluk lalu lelaki itu menangis dalam diam.

"Ya Tuhan.. Jinhwan!"

Junhoe perlahan-lahan mengangkat kepala Jinhwan ke atas pahanya. Air mata kejantanan di pipinya Junhoe kesat dengan lembut. Dia sangat faham bahawa sahabatnya itu sedang mengalami saat-saat sukar pada ketika ini.

"Jahat sangat ke aku ni sampai jadi lumpuh , June?"

Jinhwan menggenggam erat baju Junhoe sekuat hatinya. Giginya diketap rapat. Semakin laju juga air mata lelaki itu mengalir membasahi pipinya.

"Tak ada sesiapa pun yang kata kau jahat , Jinhwan. Kaulah kawan baik yang paling aku sayang. Aku tak suka tengok kau menangis macam ni. Aku jadi sedih , Jinhwan."

Jinhwan mula memikirkan perjalanan hidupnya nanti. Bagaimana penerimaan individu lain terhadapnya?

Pelajaran yang terganggu gara-gara emosi yang terbawa-bawa dan masa depan lelaki itu sendiri. Bagaimana dia mahu menghadapi segala kesukaran ini?

"Jangan risau , Jinhwan. Aku akan sentiasa berada di sisi kau. Itulah gunanya aku sebagai sahabat kau." Kepala Jinhwan ditarik rapat ke dadanya.

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now