18 장

323 45 14
                                    

---

"Jinhwan.."

Perhatian Jinhwan dengan mudahnya teralih kepada Junhoe yang sedang tersenyum malu.

Kebiasaannya , payah untuk seseorang mengalihkan tumpuan Jinhwan ketika teruna bertubuh kecil itu sedang membaca. Boleh dikatakan , hampir 100% tumpuan Jinhwan diberikan sepenuhnya pada bahan ilmiah yang dipegangnya. Tidak kiralah bahan bacaan berupa buku fiksyen mahupun bukan fiksyen.

Jinhwan memandang Junhoe penuh hairan. Sehingga terangkat sebelah kening Jinhwan melihat Junhoe yang kelihatan amat kontra dengan sikap sebenarnya.

"Eung?"

Semakin ceria senyuman Junhoe pada pandangan mata Jinhwan. Dari tadi sudah dia perhatikan Junhoe yang begitu asyik tersengih-sengih sendirian.

"Aku rasa aku dah jatuh hati pada seseorang.."

Sifat ingin tahu yang ada pada diri Jinhwan di saat itu pudar serta-merta. Pegangan tangan kecil Jinhwan pada bukunya semakin ketat. Dia yakin , gerangan yang disebutkan Junhoe itu langsung tiada kaitan dengannya. Bahkan , bukan juga dirinya.

Namun demi sahabatnya , Jinhwan sanggup mendengar.

"Siapa?"

Junhoe sekadar tersenyum.

"Ada lah. Nanti kau tahu juga."

Jawapan Junhoe itu langsung tidak menyenangkan hati Jinhwan yang semakin tertanya-tanya. Dia kembali memikirkan tentang ciuman Junhoe tempoh hari. Adakah ciuman itu juga adalah untuk mempermainkan perasaannya?

"Jinhwan , kau rasa Doktor Min tu cantik tak?"

Mata Jinhwan kian panas. Bersungguh-sungguh lelaki itu menahan air matanya daripada kelihatan. Bagaimana caranya untuk Jinhwan terus bertahan dengan perasaan sebegini yang begitu menyakitkan bagi dirinya?

"Cantik..."

Namun , tidak boleh dinafikan sekiranya Junhoe mampu jatuh hati pada doktor muda itu. Jinhwan sendiri melihat bagaimana manisnya senyuman gadis bernama Min Yoohee tersebut apabila berbual dengan pesakit lain. Sudahlah baik , cantik pula.

Bukan seperti Jinhwan. Ditakdirkan lumpuh dan hanya menyusahkan Junhoe sepanjang masa.

"Junhoe , boleh aku tanya sesuatu?"

Junhoe mengangguk laju bersama senyuman menawan yang dipamerkan bibirnya. Lihatlah bagaimana Junhoe boleh berubah sekelip mata hanya kerana seorang gadis. Jinhwan sendiri pun tidak mampu membuat Junhoe tersenyum dan gembira seperti itu. Sangat menyedihkan.

"Aku ni tak pernah menyusahkan kau ke?"

"Maksud kau?"

"Setiap pagi kau datang sini semata-mata untuk siapkan aku ke sekolah. Kau juga masakkan sarapan untuk aku. Di sekolah , kau tunggu aku di luar kelas semata-mata untuk tolak kerusi roda aku ni ke kantin. Waktu petang , kau teman aku pergi hospital untuk dapatkan rawatan. Kadang-kala kau tak balik rumah hanya sebab temankan aku. Tak penat ke buat semua tu untuk aku? Aku ni selalu sangat menyusahkan kau. Tak bosan ke?"

"Jinhwan , kenapa cakap macam tu? Kau tak pernah menyusahkan aku. Aku tolong kau ikhlas. Aku tak minta apa-apa pun dari kau. Kalau bukan aku , siapa lagi yang akan tolong kau? Dahlah kau tinggal seorang je dalam rumah ni. Kalau apa-apa jadi pada kau , aku juga yang susah hati."

Kata-kata Junhoe melegakan benak hati Jinhwan yang sudah menangis. Tubuh kecil milik lelaki itu ditarik ke dalam dakapan Junhoe.

"Kita kan kawan. Apa gunanya aku sebagai kawan kalau aku sendiri pun tak tolong kau?"

Kawan. Ya , hanya sebagai kawan.

---



Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now