04 장

415 56 21
                                    

---

"June-yahh.. agaknya kenapa kaki aku tak rasa sakit langsung eh?"

Mendengar soalan seperti itu terbit dari bibir Jinhwan , hati Junhoe seakan-akan terbenam jauh ke dasar perutnya. Dia sudah serik menyembunyikan kenyataan sebenar bahawa Jinhwan kini lumpuh kedua-dua belah kakinya akibat kemalangan tersebut.

Junhoe kembali melabuhkan punggungnya pada kerusi yang berada di sisi katil Jinhwan. Jari-jemari mereka disilangkan di antara satu sama lain ㅡ mencantumkan kedua-dua tangan yang berbeza saiz itu serapat-rapatnya.

Jinhwan merenung Junhoe penuh tanda tanya. Sehingga berat hati lelaki bertubuh tinggi itu untuk bersuara.

"Jinhwan.. aku nak cakap sesuatu ni.."

Separuh dari dirinya tidak mahu melihat hati lembut Jinhwan hancur hanya kerana berita yang akan dia sampaikan nanti. Bahkan , separuh dari dirinya juga sudah tidak sanggup untuk terus berbohong pada Jinhwan.

"Kau dah tak boleh berjalan macam dulu lagi.."

Jinhwan seakan-akan tidak mampu memproses apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Dia bingung.

"Apa yang kau cakap ni , June?"

Tubir matanya kian dipenuhi cecair jernih. Apa yang begitu ditakuti Junhoe kini benar-benar berlaku di hadapan matanya.

"Kau lumpuh , Jinhwan.."

Air mata Junhoe turut jatuh berlinangan ㅡ sama seperti Jinhwan. Tubuh kecil sahabatnya yang masih terbaring lemah di atas katil itu dipeluk seerat-eratnya.

'Cakaplah apa yang kau beritahu aku tu hanya gurauan , June-yahh..'

---


Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now