21 장

242 32 4
                                    

---

Jinhwan duduk bersahaja di sisi dataran gelanggang bola keranjang itu ㅡ memerhatikan Junhoe dan rakan sekelasnya yang sedang melakukan senaman ringan untuk memanaskan badan.

Sejujurnya , Jinhwan sudah tidak peduli sekiranya dia terpaksa duduk seorang diri di sini tanpa berbuat apa-apa. Dengan kelumpuhan pada kedua-dua belah kakinya ini , dapatlah Jinhwan mengelak untuk menyertai kelas PJK bersama-sama mereka.

Sekurang-kurangnya , rakan sekelas Jinhwan tidak akan dapat memperlekehkan kemampuan lelaki itu untuk bermain bola keranjang kerana kaki pendeknya.

Sepanjang perlawanan persahabatan antara dua kumpulan itu , Jinhwan hanya termenung sendirian. Jika dahulu dia sering bersorak untuk Junhoe , kali ini dia diam sahaja.

Mengucapkan kata-kata semangat juga tidak. Apa lagi mengucapkan tahniah setelah perlawanan itu tamat nanti. Angin Jinhwan tidak begitu baik nampaknya.

Junhoe menghampiri Jinhwan dengan senyuman gembira kerana kemenangan yang mereka perolehi.

Namun , kedatangannya seperti tidak diambil peduli oleh Jinhwan. Nama lelaki bertubuh genit itu dipanggil sehingga dia akhirnya mendongak.

"Aku tak dengar pun kau bersorak untuk aku?"

Junhoe mengesat manik peluh di dahinya. Untuk kelihatan hot kononnya. Al-maklumlah , idola semua pelajar , bukan?

Dengan wajah datar , Jinhwan membalas soalan Junhoe acuh tak acuh.

"Aku tak ada suara.."

Junhoe berpeluk tubuh di hadapan Jinhwan.

"Habis tu , suara siapa pula yang aku dengar ni?"

Jinhwan berpaling ingin memutarkan bebola matanya.

'Pandai rupanya. Ingatkan bodoh.' Ingin sekali Jinhwan melafazkannya.

---

Attention [ JunHwan ] ✔Место, где живут истории. Откройте их для себя