28 장

235 35 5
                                    

---

"Jinhwan , Junhoe.. boleh kamu berdua duduk di sini sekejap? Omma ada benda nak cakap sikit ni."

Puan Kim perlahan-lahan menarik kerusi kayu di meja makan itu untuk ia duduk.

Junhoe dan Jinhwan yang sedang riuh bermain PlayStation segera menjeda permainan video mereka buat seketika.

Seperti biasa , Junhoe menolak perlahan kerusi roda kepunyaan Jinhwan menghala ke sebelah kiri meja makan yang dilihat kosong.

Sengaja Puan Kim mengalihkan kerusi yang sepatutnya berada di situ agar Jinhwan dapat duduk bersama-sama dengan keluarganya ketika waktu makan.

Junhoe mengambil tempat di sisi Jinhwan yang kini menghadap susuk tubuh wanita itu dengan pelbagai persoalan yang bermain di minda mereka.

"Apa dia , omma?"

Jinhwan dan Junhoe yang turut tertanya-tanya mula memandang antara satu sama lain. Puan Kim meramas kedua-dua belah telapak tangannya.

Ibu mana yang tidak gementar untuk berterus terang tentang rancangan besar yang bakal dia perkatakan ini?

"Omma akan kahwinkan kamu berdua selepas peperiksaan akhir tahun ni."

Tubuh Junhoe menegang setelah mendengarnya. Jari-jemarinya dikepal dalam diam.

"Omma kamu pun dah setuju , Junhoe.."

Junhoe berdiri lalu memukul meja dengan telapak tangannya sekuat hati. Bayangkan sahajalah betapa kecewanya lelaki itu selepas mendengarkan hal tersebut. Cuping telinga Junhoe mulai kelihatan kemerah-merahan.

"Siapa benarkan ahjumma tentukan hidup Junhoe?!"

Mata Jinhwan mulai berkaca-kaca memerhatikan bagaimana lelaki bertubuh tinggi itu membentak ibunya. Sudah terang lagi bersuluh, Junhoe tidak akan pernah memandang Jinhwan kerana tarikan pada lelaki bertubuh genit itu sudah ditutup oleh kekurangannya.

Junhoe kemudiannya mengorak melangkah meninggalkan rumah itu dengan amarah yang mendalam. Jinhwan masih diam membisu di tempatnya sejak diberitahu tentang hal yang mengejutkan itu.

"Jinhwan.. omma harap kamu bersabar-"

"Kenapa omma tergamak buat Jinhwan macam ni?! Omma tahu tak? Omma dah buat Junhoe bencikan Jinhwan!"

Puan Kim hanya mampu melirik ke arah anak lelakinya yang bersusah payah hendak mengendalikan kerusi roda itu menjauhi meja tersebut.

Tidakkah Jinhwan tahu betapa wanita itu ingin sekali melihat anaknya bahagia setelah segala kesulitan yang dia lalui?

Walaupun Junhoe telah menolak mentah-mentah rancangan wanita itu , dan Jinhwan pula yang memberontak kerana tindakan Puan Kim itu menyebabkan Junhoe semakin bengang , dia akan tetap usahakannya demi Jinhwan.

Seperti Junhoe , Jinhwan turut meluru keluar dari rumah itu. Namun , dia sama sekali tidak berniat untuk mengejar Junhoe kerana kelumpuhannya yang tidak mengizinkan Jinhwan untuk berlari.

Jinhwan hanya memerlukan ruang dan ingin menenangkan dirinya dengan angin malam yang bertiup di luar.

"Rupanya kau masih tak boleh terima kekurangan aku , June.."

Jinhwan menggerakkan kerusi rodanya jauh dari kawasan kejiranan itu. Melarikan diri daripada rumah? Mungkin. Hanya sahaja , Jinhwan tidak mengangkut pakaiannya bersama.

"Tak sejuk ke?"

Jinhwan menoleh ke arah punca suara tersebut. Air matanya dikesat dengan hujung lengan baju tatkala mendapati siapa yang turut berada di sana.

"Lari dari rumah?"

Jinhwan mengangguk lemah. Lelaki itu memandangnya dengan manik mata yang tidak kekal diam hanya di satu tempat. Barangkali sedang tercari-cari beg pakaian yang mungkin Jinhwan bawa bersama.

"Masuklah. Kau tentu taknak mati beku di luar kan , Kim Jinhwan?"

Pagar rumahnya dibuka luas untuk mempelawa Jinhwan masuk.

"Terima kasih.. Song Minho-shi.."

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now