07 장

385 58 30
                                    

---

Usai menghabiskan makanan tengah hari hasil air tangan ibu Junhoe bersama-sama , Jinhwan didukung perlahan ke atas kerusi roda yang telah dibawa masuk oleh seorang jururawat hospital itu sebentar tadi.

Seperti yang Jinhwan minta di awal pertemuan mereka pada hari itu , Junhoe membawa sahabatnya bersiar-siar di laman belakang hospital.

Pada pandangan Junhoe , membawa Jinhwan ke sini bukanlah suatu perkara yang teruk. Sebaliknya , keadaan sekeliling mereka ini pasti dapat membuka mata hati Jinhwan untuk menerima kekurangan dirinya itu.

Perhatian kedua-dua mereka kemudiannya teralih pada satu pasangan muda yang berada tidak jauh dari situ.

"Awak.. kandungan saya dah masuk 4 bulan. Awak nak sentuh tak?"

Wanita yang sedang berdiri membelakangi Jinhwan dan Junhoe perlahan-lahan melabuhkan punggungnya ke atas bangku yang berada di laman itu. Lelaki yang dipercayai suami kepada wanita itu hanya duduk di atas kerusi rodanya tanpa berkata apa-apa. Badannya sedikitpun tidak bergerak. Persis patung.

Wanita itu kemudiannya mencapai tangan lelaki tersebut lalu dibawa ke perutnya.

"Rasa tak dia tendang?"

Lelaki itu mengedipkan matanya beberapa kali. Gadis tersebut pula cepat-cepat mengeluarkan sehelai kertas lalu menulis sesuatu di atasnya.

Junhoe sudah faham. Barangkali wanita itu sedang menterjemahkan isyarat mata yang diberikan suaminya. Mungkin begitulah cara mereka berkomunikasi.

Pilu hati Jinhwan tatkala melihat pasangan itu. Tentu sukar bagi wanita tersebut menerima nasib suaminya. Terdetik di hati kecilnya untuk bertanya sesuatu kepada Junhoe.

"Junhoe... agak-agak kawan kita nanti boleh ke terima aku sama macam perempuan yang tengah mengandung tu terima keadaan suami dia?"

Junhoe beralih ke hadapan Jinhwan lalu melutut di atas tanah. Pipi sahabatnya dielus lembut. Sentuhan sudah menjadi perkara biasa buat mereka. Jadi tidak hairanlah sekiranya mereka sentiasa berpegangan tangan di mana-mana sahaja. Jinhwan dan Junhoe masing-masing selesa bersama.

"Kalau aku boleh terima keadaan kau macam ni , mereka tentu boleh. Aku , Jiwon , Hanbin , Donghyuk , Chanwoo dan Yunhyeong kan sayang kau sangat-sangat."

Lengan Jinhwan diusap lembut.

"Kenapa diorang semua tak datang melawat aku langsung? Kenapa kau seorang je yang datang teman aku kat sini?"

Jinhwan menundukkan wajahnya ㅡ cuba menyembunyikan air mata yang kian membasahi pipi. Teresak-esak dia menangis di situ.

"Mungkin sebab aku seorang je yang sayang kau lebih dari segalanya.."

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now