08 장

408 66 31
                                    

---

"Mungkin sebab aku seorang je yang sayang kau lebih dari segalanya.."

Junhoe berbisik sendirian. Senyuman bahagia kian terukir di bibirnya. Jinhwan yang secara kebetulannya terdengar segala apa yang dilafazkan oleh mulut sahabatnya itu kebingungan seketika.

"Apa?"

"Aku. Sayang. Kau."

---

Junhoe menolak perlahan kerusi roda milik Jinhwan ke dalam perkarangan sekolah tersebut. Kedua-dua belah bahunya kini dibebani dua buah beg berwarna merah dan hitam. Beg di bahu sebelah kiri adalah miliknya , manakala beg di bahu sebelah kanan pula adalah kepunyaan Jinhwan.

Pandangan yang diberikan oleh sebilangan manusia di sekeliling mereka tidak Junhoe hiraukan sama sekali. Jinhwan yang kian dilihat seperti cacing kepanasan hanya diam membisu. Barangkali , dia merasakan bahawa dirinya berada di dalam keadaan yang tidak selesa apabila menjadi bahan tumpuan warga sekolah itu.

"Junhoe...."

Suara Jinhwan mulai kedengaran serak seperti hampir menangis. Tangan Junhoe yang masih lagi berada di atas pemegang kerusi roda itu digenggamnya sambil menggigil.

Bagaimana jika semua orang mengetahui tentang keadaan sebenar kakinya? Tidakkah mereka akan menjauhkan diri daripada Jinhwan nanti? Itulah persoalan yang sering bermain di fikirannya.

"It's alright , Jinhwan.. aku kan ada..."

Setibanya di tangga yang akan membawa mereka berdua ke kelas , langkah Junhoe serta-merta terhenti. Jinhwan yang agak tertanya-tanya dengan tindakan mengejut Junhoe itu kemudiannya menoleh ke belakang.

"Kenapa , June?"

Pandangan Junhoe jatuh pada kaki Jinhwan. Dia hanya diam. Mata figura di atas kerusi roda itu turut tergerak ke arah tempat di mana mata Junhoe sedang lihat. Kakinya. Ya , kaki Jinhwan. Dia mengeluh berat.

"Macam mana aku nak bawa kau naik dengan kerusi roda ni?"

Jinhwan mengemam ulas bibir nipisnya. Otak kedua orang lelaki itu kian mencari jalan.

"June.. apa kata kau buat macam biasa?"

"Maksud kau?"

Jinhwan menundukkan wajahnya buat beberapa ketika. Dalam diam Jinhwan tersenyum. Pipi lelaki itu terasa panas membahang tatkala otaknya mengimbas kembali apa yang telah disebutnya tadi. Apabila difikirkan , semakin malu Jinhwan jadinya.

"K-kau dukunglah aku macam biasa."

Dada Junhoe tiba-tiba bergolak kencang. Pipinya juga kian merona merah tanpa pengetahuan Jinhwan.

"Betul juga , kan? Kenapalah aku tak terfikir langsung?"

Junhoe menepuk dahinya lembut. Dia beralih ke hadapan Jinhwan. Sahabatnya itu didukung sebagaimana pengantin lelaki sering mendukung pengantin perempuannya. Oleh kerana ketinggian Junhoe yang jauh lebih berbeza daripadanya , Jinhwan gayat.

Tangan Jinhwan secara mengejut terus merangkul leher jenjang kepunyaan Junhoe. Matanya dipejam rapat lalu wajahnya disembam pada dada bidang lelaki itu. Degupan jantung Junhoe dapat dia dengari.

Kebanyakan pelajar yang mulai beransur naik ke kelas masing-masing sempat melihat kemesraan dua orang sahabat itu.

Tiba sahaja di kelas , kedatangan 5 orang jejaka di meja mereka berdua membuat jiwa Jinhwan menjadi kacau. Perasaannya pada saat itu bercampur-baur sehingga tidak mampu mereka gambarkan.

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now